Harinya sudah tiba.
Ahli keluarga Choi kini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Quahog. Mereka masih lagi didalam kereta kerana keadaan terlalu sesak dengan wartawan dan manusia yang terlalu obses dengan mereka.
Miyoung ternganga melihat sebegitu banyaknya kamera yang sedang merakam mereka. Cahaya daripada kamera sejak tadi tidak berhenti daripada ditekan. Manusia membawa sepanduk yang dipenuhi dengan gambar-gambar adik-beradik vampire itu.
Sooyoung bercakap dengan seseorang melalui telefon. Selepas mendapat pengesahan, dia menyimpan telefonnya didalam tas tangan.
"Dah sedia?" soal Sooyoung kepada Miyoung. Sooyoung risau sekiranya Miyoung tak mahu keluar kerana takut.
Miyoung tersenyum pendek. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Begitu ramai cuba merempuh pengawal keselamatan untuk merakam para vampire.
"Mari?" ajak Siwon. Pengawal peribadi manusia mereka nampaknya sudah tiba. Mereka menggunakan khidmat manusia kerana risau sekiranya pengawal vampire akan mencederakan para manusia disana. Satu-persatu vampire keluar dari kereta.
Mereka diserang beberapa orang yang menginginkan gambar secara berdepan-depan dengan mereka dan juga untuk mewawancara mereka. Sooyoung dan Siwon hanya memberikan senyuman megah sahaja begitu juga yang lain. Ada yang kekal dalam mood dingin vampire. Tapi yang anehnya wajah dingin itu membuatkan manusia semakin jatuh cinta dengan mereka. Kini, tinggal Miyoung dan Sehun sahaja didalam kereta itu.
"Nak tunggu flight seterusnya?" soal Sehun. Miyoung diam kemudian menggeleng.
"Bazir duit je.." jawab Miyoung. Tak membazir pun. Duit para vampire itu kalau digunakan untuk 50 keturunan pun belum tentu habis. 20% pun tak tercapai.
"Jom. Aku ada," ajak lelaki itu. Sehun membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Para wartawan terpegun.
Ini kali pertama mereka melihat seorang lagi vampire yang tak diketahui namanya. Kamera difokuskan pula pada Sehun. Sementara itu, Sehun menunggu Miyoung untuk keluar.
Mereka sama-sama melewati banjiran manusia. Badan Miyoung beberapa kali dirempuh oleh beberapa orang yang ingin merakamnya dengan kasar. Beberapa bisikan dan umpatan kasar kedengaran. Ianya dituju kepada khas kepada Miyoung.
'Wanita murahan.
Wanita pelacur.
Wanita tiada harga diri.
Wanita gila seks.
Semuanya dilontarkan kepada Miyoung dengan tidak berhati perut sekali. Hanya gara-gara dia yang menjadi 'penderma' untuk vampire dan bukan mereka yang berada disana, dia dihina dengan sebegitu kejam. Tindakan itu menyebabkan Sehun menggapai tangan Miyoung dan memegangnya erat.
"Jangan pandang diorang.. Pandang aku je. Pegang aku kuat-kuat. Aku ada dengan kau," Sehun menundukkan badannya agar menyamai ketinggian Miyoung untuk berbisik kepadanya. Kamera disorot dengan begitu laju kearah mereka untuk merakam adegan itu.
Mereka terus berjalan seperti tidak ada halangan didepan mereka. Sampai sahaja didepan kawasan imegresen, mereka akhirnya selamat. Pegangan tangan Sehun masih tidak terlepas. Lelaki itu berlagak seolah-olah kejadian tadi bagaikan tidak pernah berlaku.
Selesai sahaja pemeriksaan, mereka dilepaskan ke pesawat peribadi. Pesawat itu akan diterbangkan oleh juruterbang terbaik didunia dan bukan calang-calang orang boleh terpilih.
Sehun mengiringi Miyoung bersama seperti pasangan kekasih yang terlampau protektif.
"Terima kasih.." ujar Miyoung, perlahan.

YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampiroQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...