Hari perkahwinan Miyoung dan Sehun telah pun tiba. Ahli keluarga masing-masing sibuk menguruskan pelamin dan juga makanan.
Taeyeon sentiasa berada bersama Miyoung yang kini sedang ditata rias oleh mak andam. Mereka agak kalut untuk merias Miyoung kerana begitu banyak pilihan untuk raja sehari.
Beberapa jam merias Miyoung, akhirnya siap juga. Kini, Taeyeon membawa pula gaun pengantin Miyoung. Ianya dipilih khas oleh Sehun.
Taeyeon dan mak andam berserta anak buahnya terpegun saat melihat Miyoung keluar dari bilik persalinannya. Dia nampak begitu anggun memakai gaun itu. Nampak seperti seorang tuan puteri yang sebenar.
Taeyeon menitiskan air matanya. Dia tak sangka, sahabatnya kini bakal menjadi isteri seseorang. Walaupun mereka baru sahaja bertemu namun persahabatan mereka itu begitu kukuh.
Rambut Miyoung digayakan dengan gaya yang ringan sahaja. Tidak melebih-lebih. Cukup untuk membuatkan dia selesa sahaja.
"Pengantin perempuan.. boleh ke altar sekarang.. bakal pengantin yang lain kalau nak ikut pun boleh," ujar Baekhyun. Dia mengenyitkan matanya kepada Taeyeon dan menutup semula pintu.
Taeyeon menggeleng kecil. Rasanya mahu sahaja dia mengetuk kepala Baekhyun.
"Kau bila nak kahwin dengan Baekhyun?" soal Miyoung.
"Apa? Hubungan kitorang pun entah ke mana. Boleh jadi macam korang pun entahlah aku tak tahu.." jawab Taeyeon.
Jujur, dia takut dengan hubungannya dan Baekhyun.
"Tak perlu jadi macam aku dan Sehun. Jadi diri korang je.. Aku yakin korang akan kahwin jugak suatu hari nanti.." ujar Miyoung.
Siap sahaja dia dirias, dia mengambil bunga yang telah dihias untuknya itu. Jantungnya berdegup kencang. Sebentar lagi, dengan satu lafaz sahaja, hidupnya bakal berubah sepenuhnya.
Dia gugup. Tangan Taeyeon digenggam erat. Sejuk sahaja tangannya ketika ini. Pintu bilik dibuka dan mereka menuju kearah dewan.
Miyoung berhenti dihadapan pintu. Dia takut. Dia gelisah.
"Tae aku nak balik.."
"Miyoung, tengok aku! Kau boleh buat. Sekejap je. Lepastu kau akan lega. Ingat. Sehun tunggu kau," pujuk Taeyeon.
Miyoung semakin menggeletar saat mendengar nama Sehun. Taeyeon terus memeluk sahabatnya itu untuk menenangkannya. Belakang Miyoung diusap lembut.
"Kau boleh buat. Tarik nafas dan hembus. Ulang sekarang," arah Taeyeon. Miyoung menurut perintah Taeyeon. Ada sedikit kelegaan dihatinya.
Ayahnya dipandang.
"Jumpa kau kat dalam Miyoung.. Pergilah.." ujar Taeyeon. Dia melepaskan tangan Miyoung dan menyerahkan gadis itu pada ayahnya.
Lengan Encik Kim dirangkul. Miyoung merenung ayahnya, takut.
"Ayah bangga dengan kamu Miyoung.." ujar Encik Kim. Tangannya anaknya diusap. "Terima kasih, ayah."
Pintu dewan dibuka. Miyoung menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali. Mereka terus melangkah melalui karpet merah menuju ke altar.
Disana, Sehun sedang menunggunya dengan sabar.
Lelaki itu ternganga saat melihat betapa cantiknya Miyoung saat ini. Dia terpegun.
Bahkan saat Miyoung berada dihadapannya pun dia masih tidak berkelip. Miyoung agak malu kerana dipandang sebegitu oleh Sehun.
"Pengantin lelaki. Lepas dah sah ni boleh lah pandang lama-lama.. Jangankan tenung, terkam pun boleh.." usik juru nikah.
Sehun tersedar. Dia menunduk malu. Bibirnya menguntum senyuman kepada Miyoung. Kini, mereka mengadap satu sama lain..Acara pernikahan akhirnya bermula.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
WampiryQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...