"Serius cantik. Tak payah malu-malu dengan aku. Semuanya perfect dimata aku. Everything inside it.." ujar Sehun.
Miyoung tersedak steak. Kenapa Sehun perlu memberi komen akan bentuk badan dia dihadapan Baekhyun, Taeyeon dan yang lain-lain? Kenapa sekarang?! Kenapa bukan masa dekat bilik tadi atau lebih bagusnya tak payah cakap langsung?!
"Makan slow-slow.." ujar Sehun. Dia menghulurkan air putih kepada Miyoung.
"You like mine?"
Puffff!!!!!
Miyoung tersembur air sehingga terkena pada Kyungsoo. Lelaki itu berhenti sejenak daripada makan dan mengelap wajahnya. Selepas itu, dia kembali makan tanpa mempedulikan sesiapa pun.
Belakang Sehun dipukul kuat oleh Miyoung.
"I dont like it and stop talking about that! Pervert!!" marah Miyoung. Dia tidak sengaja tertinggikan nada suaranya. Mereka baru faham apa yang dikatakan oleh Sehun dan Miyoung.
Kris turut sama tersembur airnya. Telinga Junmyeon menjadi merah. Yixing gementar. Tao pula kaku. Luhan dan Irene pula wajah mereka menjadi merah seperti tomato. Minseok menggeleng-geleng kecil. Baekhyun dan Taeyeon ternganga.
Sehun hanya tersenyum riang sahaja. Seperti tidak bersalah.
"You like it.." ujar Sehun dan kembali memakan daging separuh masak itu. Mereka semua hampir hilang arah. Kenapa Sehun perlu sambung lagi? Jangan buat mereka yang single ini cemburu.
'Kenapa seksa aku macam ni? Malunyaa!!'
"Baekhyun kau suka tak?" soal Sehun pada lelaki itu. Baekhyun terkejut. Suka apa ni?
"Kan aku dah tunjuk pada kau?" ujar Sehun lagi. Baekhyun meneguk liurnya. Dia teragak-agak mahu menjawab.
"Sehun dah lah tu. Kita tengah makan ni.." ujar Minseok, selaku yang paling tua disana.
"What? Tanya pasal deco bilik je. Bukan aku dah tunjuk ke deco tu dekat kau?" ujar Sehun, membela dirinya. Mereka semua tertanya-tanya dengan maksud Sehun.
"Sehun oppa ubahsuai bilik dia haritu. Lupa nak bagitahu.. Oppa tunjuk pada Seul lah bukan si Baekhyun ni." Seulgi yang baru sahaja tiba mencelah. Menyelamatkan keadaan.
"Really? Oh." Kris mengangguk-angguk kecil.
"Oh ye eh? Lupa.." ujar Sehun pula.
Mereka semua mengutuk diri sendiri kerana telah membayangkan benda yang tidak sepatutunya. Sehun tergelak dalam hati.
"Byuntaenya Miyoung saya ni.." bisik Sehun pada telinga Miyoung.
"Aku tak byuntae lah!!"
Kesemua adik-beradik vampire merenung kearah Miyoung serentak. Mereka terkejut lagi.
Kerana terlalu malu, Miyoung beredar dari ruang makan. Sehun pula ketawa terbahak-bahak disana.
"Jahat.." ujar Seulgi kepada Sehun dengan tenangnya.
"What?"
"Oppa malukan dia depan ramai orang ni dengan buat diorang fikir yang dia tu perempuan tak semengah. Not funny at all!" marah Seulgi.
"Okey my fault. Tapi betullah aku cuma cakap pasal decoration bilik je. Otak korang tu yang lain macam!" Sehun membela dirinya. Dia bangun dari duduknya dan mengejar Miyoung.
"Miyoung!" panggil Sehun. Miyoung tak menoleh. Dia berjalan mengelilingi mansion tanpa berbalik pada Sehun.
Lelaki itu cuba mengejarnya namun Miyoung cepat-cepat mengelak. Akhirnya, mereka bertembung didalam perpustakaan mansion.

YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampirosQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...