Quahog.
Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir.
"Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!"
"That is the rules. Quahog is ours incl...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Quahog.
Sebuah bandar yang seribu tahun dahulu amat bermisteri kini menjadi tumpuan utama sejuta umat manusia sejak kali pertama makhluk separuh pontianak mendedahkan diri mereka. Kini, mereka tidak lagi ditakuti bahkan disegani. Boleh dikatakan mereka lebih terkenal jika hendak dibandingkan dengan celebriti. Orang-orang lebih berminat untuk mengetahui tentang mereka lebih daripada tentang celebriti.
Namun tidak bagi Miyoung. Gadis itu lebih rela tinggal di Seoul dan diabaikan oleh keluarga daripada berpindah ke Quahog Town. Bandar hotdog—nama samaran yang diberikan olehnya— itu penuh dengan bala baginya.
Benar. Vampire disini sudah tidak menghisap darah manusia dengan paksaan namun, mereka akan memilih beberapa orang yang rela untuk melakukannya. Penderma akan diberikan kemewahan selama berbulan-bulan sebelum akhirnya darah mereka diambil saat bulan mengambang. Dia tidak faham dengan sistem undang-undang disini. Bahkan datuk bandar bersetuju dengan syarat tersebut. Yang lebih gila lagi, berduyun-duyun manusia datang untuk mendermakan darah mereka hanya kerana mereka obses dengan makhluk aneh itu.
Bum!
"Ayah!" Miyoung menjerit kesakitan saat kepalanya terhantuk pada bumbung kereta. Encik Kim ketawa dan seraya itu memohon maaf. Dia terlanggar batu besar diatas jalan raya dan terlupa untuk menekan brek.
Miyoung diam. Dia kembali merenung ke luar jalan. Bandar disini persekitarannya agak lembap dan basah. Memanglah. Lagipun iklim disini hampir 80 peratusnya hujan sahaja. Deretan pulau hijau diatas bukit dipandang dengan penuh sepi. Dia tidak berminat langsung dengan bandar yang kononnya terkenal ini. Meskipun ianya terkenal, had kemasukan ke sini telah dikawal. Sekiranya ingin melawat, harus mendaftar dengan pusat pelancongan tempatan dan bilangan pelancong dalam satu masa adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
Jadi, kawasan disini masih terkawal dan tidak tercemar. Itupun dengan persetujuan penduduk setempat. Kerana bagi mereka —penduduk berumur— ada vampire atau tidak, mereka lebih berhak menentukan siapa yang bakal masuk atau keluar dari bandar ini.
"Dah sampai,"
Encik Kim memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah berlatarkan zaman Eropah dahulu kala. Tak terlalu usang mahupun antik. Bangunannya masih kukuh, berdiri gah disana sendirian.
"Macam mana? Cantik tak?" soal Encik Kim kepada Miyoung. Miyoung berdecit.
Secantik atau se-gah mana pun rumah baharu ini, dia lebih suka rumah lamanya. Lagipun disana terdapatnya segala memori bersama mendiang ibunya.
"Kamu suka atau tidak, terpaksalah kamu hadapinya juga. Kenangan lama tak perlu diungkit Miyoung. Kita kena mulakan hidup baru. This is our new life. Sekarang masukkan semua barang tu dalam rumah. Lambat buat, lewatlah kita makan malam harini," ujar Encik Kim. Dia terus mengangkat kotak-kotak berisi barangan mereka masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian, barulah Miyoung keluar dari kereta.
Sejuk.
Dengan bermalas-malasan dia keluarkan barangannya. Saat itu, matanya tertancap pada sebuah rumah agam yang berada tinggi di puncak nun jauh sana. Tak adalah jauh sangat dari rumah mereka.