Part 44

916 91 41
                                    

Miyoung diberikan ubat dan diarahkan untuk makan lima kali sehari tanpa banyak alasan kerana khawatir keadaannya bakal menjadi semakin teruk.

Doktor memberitahu bahawa dia hanya mengalami gastrik sahaja kerana tidak makan.

Jongin dan Chanyeol akhirnya mampu untuk bertenang. Mereka sangka apalah yang teruk sangat tadi.

Kedua-duanya dipukul oleh Seulgi kerana telah membuat Encik Kim cemas. Mereka mengaduh kesakitan. Seulgi nampaknya semakin kuat dari hari ke hari. Bahkan lebih perkasa daripada mereka yang merupakan orang lelaki.

Jongin menggendong Miyoung pulang ke rumah kerana mereka terlupa untuk membawa kereta bersama tadi. Dan juga kerana dia cemburu saat melihat Chanyeol yang asyik melekat sahaja dengan Miyoung. Mana boleh macam tu.

Miyoung kan bakal isterinya jadi dia lebih berhak. Kah!

"Doktor cakap apa tadi lama sangat?" soal Chanyeol kepada Seulgi.

Hanya gadis itu sahaja yang menemani Miyoung didalam bilik rawatan tadi. Seulgi menggeleng sebagai tanda tidak ada perkara yang penting pun.

"Ye ke?"

"Iya. Dia gastrik je. Doktor membebel je dan marah sebab tak bawak dia pergi hospital waktu dia demam. Tu je." jelas Seulgi.

Chanyeol masih dengan pandangan tidak percayakan adik tirinya itu.

"Sumpah annoying gila kau ni bang! Aku cakap benda betul ni! Geramnya!!" marah Seulgi dan terus menarik kedua belah telinga Chanyeol.

Lelaki itu menjerit kesakitan. Dia menampar tangan Seulgi agar melepaskannya.

Mereka tiba dirumah dalam sekelip mata sahaja agar Miyoung tidak terlalu terdedah dengan cuaca yang tidak menentu diluar. Encik Kim setia menunggu khabar anak gadisnya itu. Seulgi terus menenangkan orang tua itu dan membiarkan Jongin membawa Miyoung naik ke bilik.

Baring sahaja dia diatas katil, Miyoung mula merengek. Dia memegang tangan Jongin, tidak membenarkan lelaki itu pergi.

"Sakit..." ujar Miyoung sambil memegang perutnya. Jongin sangkakan yang gadis itu sedang mengalami senggugut.

Dia pun tahu pasal hal wanita kerana dia telah bersumpah untuk menjadi suami mithali buat bakal isterinya, Miyoung. Haih, angan-angan sajalah.

"It's okay. Aku ada. Aku ada." bisik Jongin pada telinga Miyoung dan mengusap rambutnya lembut. Dia mendodoikan Miyoung untuk tidur agar kesakitan itu dapat reda dengan secepat mungkin.

Sebaik sahaja Miyoung tidur, Jongin melepaskan cengkaman tangan Miyoung itu. Dia mengusap rambut gadis itu ke belakang.

"Bertuahnya Sehun.."

...

Irene bertengkar dengan Sooyoung kerana tidak menyokong perbuatannya dalam menghasut Miyoung agar menjauhi Sehun. Dia hampir kehilangan suara kerana menyuarakan pendapatnya dengan begitu lantang.

Walaupun dirinya telah dicederakan oleh Sehun, tapi dia masih menganggap lelaki itu sebagai sahabat.

"She's immortal! Bahaya! Kamu tahu kan sebabnya?" marah Sooyoung.

Irene menghentak tangannya pada meja, tidak berpuas hati.

"Tapi dia half! Half! Dia tak membahayakan Sehun langsung. Kenapa payah sangat nak faham ni? Dia perlukan Sehun sebagaimana Sehun perlukan dia. Kenapa nak pisahkan mereka? Tak cukup ke dengan Seungwan?" soal Irene.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now