Part 56

839 68 21
                                    


"Taeyeon!!!"

"Baekkie!!"

"RINDUU!!!!!!"

Seisi mansion riuh-rendah dengan suara jeritan Baekhyun dan Taeyeon. Padahal mereka baru sahaja bertemu semalam. Keduanya berpelukan seperti belangkas. Cis! Taeyeon merehatkan kepalanya pada bahu Baekhyun.

Rasanya sungguh selesa. Miyoung pula membutakan matanya. Datar sahaja wajahnya memandang aksi mereka. Nak muntah boleh?

"Sooyoung ada ke?" tanya Miyoung pada salah seorang hamba yang kebetulan lalu disana. Dia risau.

"Puan dah keluar sejak pagi lagi. Mungkin malam nanti dia pulang." jawab si hamba dan kembali meneruskan kerjanya.

Miyoung beralih pula pada Baekhyun dan Taeyeon. Keduanya nampaknya masih belum selesai lagi bermanja. Itu memeningkan kepala Miyoung. Tolonglah jangan nak bersuwit-sawit dihadapannya. Geli!

Tapi bukan selama ni kau dengan Sehun pun selalu buat macam tu depan Taeyeon? Terimalah pembalasannya harini.

"Pasal aku tak nak tanya?" soal Sehun dari tingkat atas.

Tersengih dia merenung Miyoung yang sedang mencari suaranya. Gadis itu melambai-lambai ceria saat menjumpainya.

"Hun!" panggil Miyoung. Dia menunggu Sehun untuk datang kearahnya. Apabila lelaki itu sampai ditingkat bawah, dia berlari mendapatkannya. Pelukan yang kemas diberikan.

"Aduh la sibuk je nak tiru kitorang.." ujar Baekhyun, cemburu. Dia mengeratkan lagi pelukan pada Taeyeon.

Sehun memandang kearah Baekhyun. Terus lelaki pendek itu memandang kearah bertentangan. Lututnya bergetar lagi. Tak guna lah ada adik pun menyeramkan. Kenapalah dia takut sangat dengan Sehun yang berwajah dingin dan berbadan lebih besar itu? Oh. Jawapannya dah ada disitu.

"Kenapa tak bagitau nak datang? Boleh aku ambik?" ujar Sehun. Rambut Miyoung dibelai.

"Surprise?" ujarnya dengan accent Kanada. Terdengar seksi sekali. Sehun tertawa kecil.

"Jom naik? Ada something aku nak tunjuk.." ajak Sehun. Miyoung mengekorinya sahaja dengan senang hati. Mereka menaiki lif bersama-sama. Begitu juga dengan Baekhyun dan Taeyeon.

Baekhyun sengaja mengetatkan lagi pegangan pada pinggang Taeyeon untuk membuat Sehun dan Miyoung rasa tercabar. Sehun menggeleng kecil melihat kelakuan Baekhyun itu.

Dia terus berdehem untuk menarik perhatian Baekhyun. Lelaki itu menoleh ke belakang.

Terbuntang luas matanya saat melihat Sehun yang sedang mencium Miyoung dengan rakus sekali. Pintu lif terbuka.

Dia segera menarik Taeyeon keluar dari sana. Matilah Miyoung malam pertama nanti, ujar hatinya.

Manakala Sehun dan Miyoung, mereka ketawa kerana berjaya mengenakan Baekhyun.

Sebenarnya, Sehun hanya berpura-pura menciumnya sahaja dan membelakangi Baekhyun untuk menampakkan lagi kerealistikan kejadian itu. Tak sangka Baekhyun mudah sekali untuk tertipu.

Miyoung begitu terhibur dengan idea Sehun. Tak sangka Sehun pun boleh nak bergurau sebegitu walaupun mukanya sentiasa nampak serius. Terdetik lagi dihatinya, apa yang membuatkan kesemua vampire itu menjauhi satu sama lain.

Sampai sahaja didalam bilik Sehun, semuanya nampak biasa sahaja. Yang berubah hanyalah warna dinding sahaja. Bilik nampak lebih terang daripada kali terakhir dia disana. Entah bilalah kali terakhir di ke situ?

"I have a surprise for you.." ujar Sehun.

Dia menutup mata Miyoung dan membawanya ke bilik tidur mereka. Badan Miyoung membelakangi katil dan menghadap Sehun.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now