Pagi itu, Miyoung terbangun kerana bauan daripada bacon dan telur goreng. Badannya digerakkan sedikit untuk menggeliat. Matanya meliar-liar ke sekeliling bilik hotel. Hari yang baru selepas kejadian sewaktu dia hampir dirogol oleh tuannya sendiri. Entahlah perkataan rogol itu frasa yang betul atau tidak. Atau bunuh adalah perkataan yang tepat?
Miyoung menyentuh lengannya. Ianya telah disapu dengan ubat dan dibalut dengan kain. Miyoung menoleh ke sebelahnya. Sehun tiada disana.
Adakah lelaki itu yang merawatnya? Pelik bin ajaib.
Seketika, Sehun tiba dengan menatang sedulang makanan. Miyoung tidak membalas pandangan mata lelaki itu. Masih takut dengannya.
Makanan diletakkan diatas katil. Sehun duduk dihujung katil bersebelahan dengan Miyoung.
"Feel better?" soal Sehun. Miyoung tak menjawab.
Mata Sehun jatuh pada baju Miyoung yang separuh terkoyak itu. Dia menunduk kerana kesal. Terus diambil baju mandi yang berada didalam almari dan diserahkan kepada Miyoung.
"Pakailah. Tutup tu. Nanti masuk angin." arah Sehun..Miyoung masih tak memberi respon..
Itu membuatkan Sehun terpaksa membuat langkah terlebih awal. Baju mandi itu dipakaikan pada Miyoung namun dia masih berlembut. Itu membuatkan badan Miyoung terhinjut sedikit kerana terkejut.
Selepas itu, bacon dan telur yang dimasaknya tadi dihulurkan kepada Miyoung.
"Makanlah.. Aku masak istimewa untuk kau.." pujuk Sehun. Miyoung membuang pandangan kearah luar kota. Malas melayan Sehun.
Sudu diambil dan lelaki itu mula menghalakan sesudu telur hancur ke mulut Miyoung. Memaksa Miyoung untuk makan.
"Sikit je pun jadilah. Lepastu aku tak kacau," ujar Sehun. Miyoung akur. Dia membuka mulutnya dan menerima suapan pertama.
Dikunyahnya perlahan. Reaksinya disorok meskipun masakan Sehun itu boleh tahan sedapnya.
Dia menunggu suapan kedua pula. Kali ini Sehun menyuapkan bacon pula. Kelakuan Miyoung saat makan membuatkan Sehun geli hati. Reaksinya comel bagi lelaki itu.
Saat Sehun mahu menyuapnya lagi, Miyoung menggeleng.
"Nak susu.." pinta Miyoung.
Sehun mengangguk faham. Segelas susu dihulurkan kepada Miyoung dan dia membantu gadis itu untuk minum. Hampir separuh gelas diteguk oleh gadis itu.
Kemudian gelas itu diserahkan semula kepada Sehun.
Lelaki itu ketawa saat melihat ada sisa susu yang berada disekeliling bibir Miyoung. Miyoung merenung Sehun dengan pandangan bingung.
"Kenapa?" soalnya.
"Tu.. comot sangat minum macam budak-budak.." ujar Sehun. Miyoung mengelap sisa susu tersebut menggunakan jarinya namun tidak sepenuhnya hilang.
Sehun secara tiba-tiba melekapkan bibirnya pada bibir Miyoung. Membuatkan mata Miyoung terbeliak kerana terkejut.
"Dah tak ada.." ujar lelaki itu, selamba.
Miyoung speechless. Tidak mampu untuk berkata-kata.
"Cepat habiskan makanan. Kita nak keluar jalan-jalan.." arah Sehun. Mood Miyoung berubah.
"Jalan-jalan?"
"Ya. Pergi Eiffel Tower. Pergi jambatan cinta. Ronda-ronda makan macaroon. Tengok Monalisa," ujar Sehun. Senyuman terukir dibibir Miyoung.
"Betul?!" soal gadis itu lagi. Sehun mengangguk lagi.
"Cepat kalau tak kena tinggal," Sehun mengusik. Miyoung terus bangun dari katil dan menuju kearah bilik air. Dia berhenti sebentar dan kembali menoleh kearah Sehun dan tersenyum kearahnya.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...