Part 46

1K 80 56
                                    

Sehun duduk diluar bilik rawatan sambil menunggu doktor untuk memeriksa Miyoung. Dia masih lagi tidak sedarkan diri sejak kejadian tempoh hari. Sehun khawatir dengan keadaan Miyoung.

Saat itu, Encik Kim tiba. Dia berdiri dihadapan Sehun dan merenungnya dengan wajah bengis. Sehun turut sama bangun dan menunduk hormat. Dia rela ditumbuk atau diapa-apakan oleh ayah kepada gadis yang dia cintai itu kerana kesalahannya.

Encik Kim diberitahu bahawa Miyoung mengalami kemalangan dengan kereta. Dia tidak dimaklumkan akan cerita sebenar kerana risau lelaki itu tidak akan membenarkan Sehun untuk bertemu Miyoung lagi kecuali satu hal.

"Jadi, kamu lah Oh Sehun ya.." ujar Encik Kim, serius. Sehun mengangguk.

"Kamu lah yang dah mengandungkan anak saya dan tinggalkan dia macam tu je ye sampaikan dia jatuh sakit.." sambung polis itu. Sehun mengangguk lagi.

"Ya tuan.." jawabnya, takut-takut. Air liurnya ditelan. Dia bersedia untuk dipukul oleh lelaki itu.

Encik Kim mengangkat tangannya untuk memukul Sehun namun dia membatalkan hasratnya. Badan Sehun ditarik dan dipeluk.

"Terima kasih sebab kembali dan selamatkan anak aku. Walaupun kau dah nodai dia tanpa pengetahuan aku, sekurang-kurangnya kau tak lepaskan tanggungjawab tu. Walaupun pernah lari haritu.." Ujar Encik Kim. Belakang Sehun ditepuk dengan kuat.

Sehun agak terkejut kerana Encik Kim tidak memarahinya langsung.

"Tapi, kalau kau tinggalkan anak aku sekali lagi, siap sedia untuk terima pukulan aku. Kalau kau buat anak aku menangis lagi, jumpa kau dalam court. Pontianak tak pontianak, mati kau aku kerjakan." Encik Kim memberi amaran.

Sehun tersenyum. Dia membalas pelukan Encik Kim. Nampaknya orang tua itu sudah pun merestui hubungannya dengan Miyoung.

"Terima kasih ayah. Terima kasih!" Ujar Sehun.

"Hoi! Jangan panggil aku ayah selagi kau tak kahwin dengan anak aku!!" marah Encik Kim.

"Maaf ayah.. Ehh tuan.."

Mereka ketawa.

Nampaknya, Sehun sudah mendapat green light dari bakal ayah mertuanya. Tinggal anaknya sahaja yang perlu dipujuk.

...


Berjam-jam berlalu. Miyoung bangun juga setelah koma selama beberapa hari. Sel-sel badannya mengalami mutasi dan menjadi semakin kuat. Dia juga kelihatan lebih berisi.

Saat matanya terbuka, orang pertama yang dilihatnya adalah Sehun. Secara automatik, dia bangun dan terus menumbuk pipi Sehun.

"Tak guna! Pergi kau!" marah Miyoung. Matanya berubah merah. Dia geram.

Sehun tak melawan. Encik Kim, Chanyeol, Jongin dan yang lain-lain yang menonton turut sama terkejut. Mereka tak berani untuk bergerak. Risau nyawa mereka melayang.

Miyoung menangis. Hormonnya masih lagi tidak stabil.

Dia menarik tangan Sehun dan memaksa lelaki itu untuk memeluknya. Sehun menurut perintahnya.

Gadis itu menangis teresak-esak didalam pelukan Sehun. Dia menggumam tentang bayi mereka yang telah gugur.

"Anak kita.. Hun-ah.. Anak kita.." ujar Miyoung, sedih. Sehun mengesat air mata Miyoung dan menyentuh perut gadis itu.

"It's okay. It's okay. She or he deserved a better place in another world. Mungkin bukan takdir dia untuk bersama kita Miyoung..Masanya belum tepat lagi.." Pujuk Sehun.

Dia mengusap rambut Miyoung dengan penuh kasih sayang.

Nampaknya, Sehun terpaksa berdepan dengan Miyoung yang sedang mengalami perubahan hormon secara mendadak selama beberapa minggu seterusnya. Lagipun gadis itu baru berusia 19 tahun. Baru pertama kali merasai kehidupan ibu mengandung.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now