Tepat janjinya, Chanyeol sudah pun tiba dihadapan sekolah untuk mengambil Miyoung. Taeyeon pula dibawa pulang oleh Baekhyun. Nampaknya kedua makhluk itu juga telah berbaik dek kerana Miyoung tempoh hari. Terlepas juga rindu Baekhyun pada Taeyeon.Mereka bercadang untuk ke funfair sekarang.
Manakala Miyoung dan Chanyeol, mereka pulang ke rumah. Gadis itu mengajak Chanyeol untuk makan malam dirumahnya memandangkan ayahnya ingin memasakkan makanan kegemarannya hari ini.
Encik Kim mempelawa Chanyeol masuk dengan senang hati. Belum sempat pun Miyoung menyapa ayahnya, lelaki tua itu terlebih dahulu menyambut Chanyeol. Sudah dianggap Chanyeol seperti anak lelakinya sendiri sampaikan anak kandung sendiri dianak tirikan.
Miyoung mencebik. Cemburu melihat betapa rapatnya hubungan Encik Kim dengan Chanyeol.
"Miyoung naik atas bersiap lepastu hidangkan makanan untuk Chanyeol ye? Ayah nak borak-borak dulu dengan anak lelaki ayah ni," ujar Encik Kim.
Miyoung menjeling ayahnya namun kakinya tetap melangkah naik ke biliknya. Dia segera bersiap-siap. Dalam hati, dia masih mengumpat tentang ayahnya itu. Apabila dia turun, dilihatnya ayahnya dan Chanyeol yang sedang berborak sampaikan ketawa mereka boleh didengari ke luar rumah.
Menyampah! Dengan Sehun tak pula macam tu.
Pinggan dan lauk-lauk segera dihidangkan ke atas meja. Miyoung juga menyiapkan masakan ayahnya yang tergendala tadi.
"Dah siap!" ujar Miyoung. Mereka berdua datang namun masih lagi tak memandangnya.
Dia menghidangkan nasi dan lauk ke dalam pinggan masing-masing. Miyoung merenung Encik Kim dan Chanyeol yang masih fokus dengan bualan kosong mereka. Entah apalah yang menarik sangat. Sejak bila pula lah ayahnya rapat dengan Chanyeol?
Tak berapa lama kemudian, Encik Kim menerima panggilan daripada balai yang menginginkan dia untuk berada disana secepat mungkin. Lelaki itu pantas bergerak dan mencapai uniformnya. Miyoung mengekorinya daripada belakang.
"Kunci pintu dan tingkap nanti ya. Ayah mungkin balik lewat. Sayang Miyoung," ujar lelaki itu dan mencium dahi Miyoung.
Miyoung menutup pintu selepas kereta polis ayahnya hilang dari pandangan. Dia merenung Chanyeol.
"What?" soal lelaki kacak itu.
"Sejak bila kau rapat dengan ayah?" soal Miyoung pula.
"Lama dah.." balas Chanyeol. Miyoung mendekatinya dan menikmati makanan walaupun dalam keadaan tidak berpuas hati. Dia rasa bagaikan kasih sayang ayah kepadanya telah berkurang.
"Biasa la lelaki cepat masuk. Kau kena faham tu Miyoung," ujar Chanyeol, menenangkan gadis itu. Miyoung tak melayan Chanyeol. Badmood lah tu. Haih.
Cukuplah ada Sehun seorang sahaja yang suka bertukar mood dalam tiga saat. Janganlah tambah lagi seorang. Chanyeol dah cukup menderita dah.
uhuk!! uhuk!!
Miyoung tersedak. Dadanya dipukul. Ada sesuatu yang tersekat didalam tekaknya namun tidak dapat dikeluarkan. Chanyeol cemas.
Dia bangun dan menolong menepuk belakang badan Miyoung. Lain jadinya apabila batuk Miyoung semakin kuat. Sukar untuk dia bernafas.
Tanpa lengah, Chanyeol terus memegang Miyoung dari belakang dan menekan perutnya beberapa kali.
Lima kali cubaan, akhirnya makanan tersebut keluar juga.
Bawang putih.
Makanan paling menjijikkan buat vampire. Miyoung meneguk air sebanyak mungkin kerana rasa bawang putih itu semakin membuak-buak dalam mulutnya.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...