Part 32

986 87 203
                                    


Miyoung dan Irene kembali ke mansion keluarga Choi beberapa hari kemudian. Irene akan tinggal disana bermula hari ini. Kesemua pet mengemas pakaian mereka untuk pulang ke kediaman masing-masing. Selesai sahaja sarapan bersama-sama master buat kali terakhir, mereka terus bersiap.

Dengan berakhirnya pemerintahan Tuan Kangta, maka terputuslah kontrak mereka. Adik-beradik Choi kelihatan serba-salah mahu melepaskan pet mereka. Ada yang merayu agar mereka tinggal disana.

Terutama sekali Baekhyun. Menangis dia tidak mahu melepaskan Taeyeon. Kaki Taeyeon dipegang agar gadis itu tidak meninggalkannya.

"Baekhyun, saya datang sini pun bukan untuk jadi penderma. Saya nak cari kakak saya tapi nampaknya sia-sia. Saya perlu berundur," ujar Taeyeon. Badan Baekhyun ditolak perlahan. Dia rasa kesian melihat lelaki itu menangis bagai dunia mahu kiamat.

"Kita cari sama-sama. Tolonglah tinggal dengan saya.." meraung Baekhyun memohon kepada Taeyeon.

Matanya membengkak. Taeyeon jadi lemah mendengar tangisan itu. Walaupun dia sering membuli Baekhyun, tapi dia sayang lelaki itu. Tanpa Baekhyun, tak bersinar harinya.

Miyoung mengemas pakaiannya. Dia tidak mempedulikan Sehun yang sedari tadi merenungnya. Lelaki itu tidak berani pun untuk menegurnya.

"Nak saya hantar?" pelawa Sehun. Dia cuba untuk berbaik dengan Miyoung. Miyoung diam. Beg bajunya dizip.

Dia memandang Sehun sekilas dan meninggalkan beg itu disana. Memberi petunjuk agar Sehun membawanya. Sehun tersenyum dalam diam. Dia mengangkat beg tersebut dan membuntuti Miyoung dari belakang.

Pintu kereta Mercedes-Benz dibuka untuk Miyoung.

Miyoung masuk ke dalamnya. Sehun mulai memandu keluar dari mansion menuju ke Jalan Oak. Ke kediaman Miyoung yang sebenar.

Sepanjang perjalanan yang tidaklah mengambil masa yang terlalu lama, mereka hanya berdiam diri sahaja. Beberapa jiran mengintai dari dalam rumah saat melihat ada kereta mewah berhenti berhadapan dengan rumah mereka. Itu membuatkan mereka pelik kerana sudah beberapa kali kereta mewah melintasi kediaman mereka. Mungkin mereka masih belum mengetahui tentang terbatalnya kontrak vampire itu.

Sehun keluar dan membuka pintu untuk Miyoung sekali lagi. Dia mengiringi gadis itu sehingga ke pintu rumah.

"Nanti saya singgah hari-hari untuk tengok awak.."

"Tak perlu.."

"Mana tahu ada benda penting."

"Tak ada benda penting.."

"Kalau nak apa-apa bagitahu jelah.."

"Tak nak apa-apa.."

Sehun kehilangan ayat. Dia sudah kehabisan modal untuk melengahkan masa dengan Miyoung.

Dia sebolehnya tak mahu melepaskan Miyoung lagi. Miyoung meminta beg pakaiannya daripada tangan Sehun.

"Saya bawakkan ke dalam.."

"No!" tegas Miyoung. Dia mengeluh panjang. Matanya dipejamkan kerana kesal dengan sikap Sehun yang tak tahu bila untuk berhenti.

"Tinggalkan je dekat sini. Ayah saya boleh bawakkan," arah Miyoung. Sehun terpaksa akur. Dia meletakkan beg itu ke bawah dan masih berdiri kaku disana.

Mereka berpandangan.

"Tunggu apa lagi?" soal Miyoung. Sehun juga kelihatan bingung.

"Tunggu apa?" soalnya.

"Kenapa tak pergi lagi?" ujar Miyoung. Laluan untuk keluar terbuka luas untuk Sehun sekiranya mahu pulang.

"Kena eh pergi?"

"Oh Sehun.."

Miyoung sudah malas mahu melayan Sehun. Dia memulas tombol pintu dan mahu masuk ke dalam rumah. Saat itu, Sehun memegang tangannya yang satu lagi.

"I'll always be there if you need me."

"No need to.."

Pintu rumah dihempas kuat. Terus ditekan tombolnya agar Sehun tidak dapat untuk memecah masuk. Miyoung bersandar pada pintu. Dia mengelamun sebentar.

Terus dia menuju kearah tingkap untuk melihat samaada Sehun sudah pergi atau tidak. Saat dia menyelak langsir, dia nampak Sehun yang sudah pun berada didalam kereta. Lelaki itu sedang merenung tepat kearahnya.

Miyoung terus menutup langsir kerana terkejut. Dia menyorok disebelah langsir. Apabila yakin bahawa kereta Sehun sudah pun beredar, dia kembali mengintai. Firasatnya benar.

"Miyoung dah balik?" sapa Encik Kim Terkejut melihat anak gadisnya yang berada disitu. Miyoung turut sama terperanjat dengan sapaan mengejut itu.

"Ayah.." ujar Miyoung perlahan. Dia kelihatan serba-salah.

...

"Kontrak tu dah tamat?" tanya Encik Kim lagi. Miyoung mengangguk.

"Cepatnya.. Eh Miyoung jangan salah faham.." ujar lelaki itu.

"Panjang ceritanya ayah. Tapi baguslah kan dah tamat. Miyoung rindu sangat dengan ayah.." kata Miyoung. Encik Kim mengangguk.

"Ayah minta maaf.."

Miyoung menggeleng.

"Ayah tak perlu minta maaf. Miyoung yang patut minta maaf. Miyoung berkasar dengan ayah haritu. Sepatutnya Miyoung slow talk dengan ayah dulu. Kalau ayah tak buat macam ni, agaknya sampai bila-bila hubungan kita akan kekok dan tak macam bila ibu ada.." luah Miyoung.

Mereka berdua sama-sama terdiam.

"Erm.. Ayah tak pergi kerja ke?" tanya Miyoung. Encik Kim baru teringat. Dia bertugas hari ini. Dia bergegas mengambil kunci keretanya yang berada berdekatan pintu.

Miyoung mengekori dari belakang.

"Ayah cuti la harini. Kesian Miyoung sorang-sorang kat rumah.." ujar lelaki itu. Miyoung menggeleng pantas. Dia membuka pintu dan menolak ayahnya untuk keluar.

"Takpe. Miyoung bukan budak kecik la. Miyoung tahu jaga diri. Ayah pergilah." ujar Miyoung. Encik Kim mengalah. Dia mencium dahi Miyoung dan memeluknya erat. Kemudian, dia menuju kearah kereta polisnya dan menuju ke balai.

Beberapa orang yang lalu-lalang memandang kearahnya sambil berbisik-bisik. Miyoung jadi tak selesa. Entah apa lah yang mereka umpatkan tentang dia.

Dia masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu. Sekelilingnya dipandang. Keadaan rumah sekarang berada dalam keadaan berselerak. Miyoung hampir mahu membebel. Dia cuba untuk memahami situasi bapanya itu.

Pasti sukar untuk seorang bapa 'tunggal' tinggal sendirian dan menguruskan dirinya. Miyoung menyinsing lengannya dan menyimpul rambutnya sehingga membentuk bun. Dia mula mengutip sampah-sampah dan barangan yang berselerak diatas lantai.

"Haih. Nampaknya hidup aku dah kembali normal macam dulu. Should I be happy?"

to be continued


dah dengar ke lagu sperm? ehh superM

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now