Find Me - Taeyeon
Setibanya Miyoung dan Sehun dari Paris, Sehun terus meminta izin daripada Siwon untuk melamar Miyoung. Dia mahu menyatakan hasratnya untuk meminang Miyoung kepada Encik Kim pula. Siwon bersetuju untuk menjadi wakil untuk bertemu Encik Kim. Bahkan dia begitu gembira saat mendengar berita ini.
Sooyoung pula, awalnya dia agak ragu-ragu. Namun melihatkan kesungguhan Sehun, dia rasa bersalah. Dia yang bertanggungjawab menemukan Sehun dan Miyoung dan sekarang dia yang mahu memutuskan mereka? Jahatnya dia. Wanita itu juga bersetuju untuk menjadi wakil bagi pihak keluarga Sehun.
Mereka bertemu dengan Encik Kim beberapa hari kemudian. Lelaki itu nampak agak terkejut dengan apa yang terjadi. Awalnya, dia sangkakan rombongan meminang bagi pihak Chanyeol namun hampa kerana itu adalah Sehun.
Tapi melihatkan betapa gembiranya Miyoung saat melihat Sehun, dia menerima juga lamaran itu. Dia tidak minta banyak, dia cuma mahu Miyoung gembira sahaja. Kalau Sehun lah yang boleh menggembirakan Miyoung, maka dia akan biarkan sahaja.
Miyoung meneruskan pengajiannya bersama Taeyeon dengan bersungguh-sungguh. Itu pun kerana Encik Kim yang memberi syarat tersebut.
Miyoung perlu menamatkan persekolahnya dahulu barulah dia boleh menikah dengan Sehun. Dan sepanjang tempoh itu, Sehun tidak dibolehkan untuk bertemu Miyoung.
Ini adalah ujian untuk melihat seberapa besar cinta Sehun pada Miyoung. Sekiranya lelaki itu mampu bertahan untuk tidak bersua muka dengan Miyoung selama tiga bulan, dan sekiranya dalam tempoh itu dia masih mencintai Miyoung, maka dia lulus.
Miyoung agak risau dengan syarat itu namun Sehun meyakinkan yang dia boleh menunaikannya. Sehun mula menyibukkan dirinya meneruskan perusahaan milik Siwon. Dia ke hulur ke hilir merantau di negara orang demi untuk bersama Miyoung.
Sepanjang tempoh itu juga, dia cuba untuk tidak merindukan kekasihnya itu walaupun sukar. Wajah Miyoung sentiasa bermain-main dimindanya. Sungguh, ikatan diantara mereka terlalu kuat untuk diputuskan.
Beberapa kali juga Miyoung melepaskan keluhan pada Taeyeon kerana dia terlalu rindukan Sehun. Tangisan demi tangisan keluar dihadapan sahabatnya itu kerana lelah dengan kerinduan itu. Dia risau Sehun akan beralih hati saat dia berada di luar negara. Namun Taeyeon tetap meyakinkan Miyoung yang Sehun tidak sebodoh itu untuk curang. Kecuali kalau lelaki itu cari mati.
Dia sentiasa bersama Miyoung untuk memberi semangat pada sahabatnya itu.
Kini, dalam beberapa hari lagi, Miyoung akan tamat pengajiannya di Quahog. Bandar yang pernah menjadi bala buat Miyoung.
Baju graduasinya dipandang. Miyoung melihat kalendarnya. Dalam beberapa hari lagi, dia bakal dibolehkan untuk bertemu Sehun. Hatinya melonjak-lonjak kegirangan namun dalam masa yang sama risau.
Encik Kim masuk ke dalam bilik Miyoung. Dia menegur Miyoung yang sedang termenung itu.
"Ayah buat semua tu bukan sebab ayah tak percaya Sehun atau tak suka dia. Tapi ayah cuma tak nak dia sia-siakan anak ayah. Ayah nak uji je. Kalau dia seorang yang tepati janji, dia lelaki yang sebenar," ujar Encik Kim.
Miyoung memeluk ayahnya. Dia tak sangka ayahnya begitu sayangkan dia.
"Miyoung rindu ibu.. Kalau ibu ada mesti dia gembira kan?"
Miyoung mengusap gambar keluarga mereka. Encik Kim mengangguk.
"Ibu ada dengan kita. Ibu sentiasa ada dengan kita. Dekat sangat. Dalam hati kita," ujar Encik Kim. Miyoung menyandarkan kepalanya pada bahu ayahnya. Gambar keluarga itu turut sama dipeluk.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...