Part 2

1.5K 125 24
                                    

"She's perfect," kata Sooyoung sebaik sahaja mereka tiba di ruang mesyuarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"She's perfect," kata Sooyoung sebaik sahaja mereka tiba di ruang mesyuarat. Kelima-lima beradik itu merenung Sooyoung.

"Hurm?"

Sooyoung mengeluh kecil. Baju kotnya dibuang dan dia duduk di kerusi utama.

"Her blood. Different from the others. We need her. Bukan senang nak cari spesis macam tu. Hanya satu dalam sejuta. Tak gitu Jongin?"

Lima beradik itu merenung keatas siling. Tempat di mana adik mereka sedang bergayut. Jongin turun dari siling dan menghampiri Sooyoung. Bajunya yang terkena habuk dibersihkan dengan penuh berkarisma.

"Kau pun ada dekat sana?" soal Baekhyun. Jongin menjongketkan bahu, sengaja menguji kesabaran Baekhyun. Nampaknya betul lah Jongin ada di sana untuk memerhati Miyoung.

"Noona, tak boleh ke bagi dia pada Jongin? Bosanlah tak ada pasangan hidup ni. Dia tu nampak seronok je?" pinta Jongin dengan suara aegyo. Dia menempel di sebelah Sooyoung untuk memujuknya. Matanya dibesarkan agar kelihatan comel. Sooyoung menunjal kepala Jongin dan menggeleng.

"Adik kamu lebih memerlukan dia. Donour yang lain pun kamu sia-siakan. Sibuk nak Miyoung. Dah, pergi masuk bilik. Rimas!"

Mereka ketawa melihat Jongin yang dipulaukan oleh Sooyoung. Rasakan! Jongin kalau dilayan, memang makin manjalah dia. Sooyoung memberi isyarat agar mereka keluar dengan segera. Dia ada hal yang lebih mustahak untuk dibincangkan.

Mereka segera bergegas keluar meninggalkan Sooyoung. Lebih seronok pergi memburu daripada terperap di rumah. Nak tidur tak boleh sebab mereka sudah mati. Apa yang nak tidurnya? Lain pula dengan Jongin. Dia kembali ke rumah Miyoung untuk mengintip gadis itu.

"I did it all with the smile on my face.." Suara katak Miyoung kedengaran sehingga ke cuping telinga Jongin yang sedang duduk bersandar diatas dahan pokok berdekatan bilik Miyoung. Gadis itu sedang mengemas bilik sambil menari kecil diiringi dengan muzik kumpulan terkenal korea selatan, XO.

"Sexy..." ucap Jongin sambil menggigit bibir bawahnya. Dia menelan liur saat melihat leher Miyoung. Lama dia merenung Miyoung sehingga tidak sedar akan kehadiran Junmyeon di sebelahnya.

"Jangan tenung lama-lama. I know she's delicious tapi dia bukan untuk kita," nasihat Junmyeon. Jongin terkejut. Dia menjeling Junmyeon kerana tidak berpuas hati.

"That's not the rule. Selagi dia tak tinggal dengan kita, dia boleh jadi milik siapa-siapa je," bantah Jongin. Dia kembali merenung Miyoung yang sedang cuba untuk meletakkan barang keatas almari. Nampak terkial-kial. Junmyeon tersenyum.

"Then hyung masih ada peluang lah kan? I want her too," gurau Junmyeon. Mereka sama-sama memberikan senyuman sinis. Seperti ingin memulakan perlawanan untuk mendapatkan Miyoung.

"Not today-" kata Jongin dan terus menteleport dirinya ke dalam bilik Miyoung. Dia membantu gadis itu daripada terjatuh dalam masa sesaat tanpa gadis itu sedar. Dalam masa yang singkat itu, dia sempat menghidu bau darah manis Miyoung.

Menyelerakan.

Miyoung berpaut pada almari. Dia terkejut. Terasa seperti ada sentuhan pada tengkuknya tadi. Dia merenung ke luar rumah. Beragak-agak mungkin angin sejuk sahaja yang menyapanya.

Dia turun dari kerusi dan segera menutup tingkap. Dalam masa yang sama, ada puluhan mata yang sedang merenungnya tanpa dia ketahui. Dan ianya teramatlah menyeramkan.

Prak!

Dahan pokok yang patah secara tiba-tiba membuatkan Miyoung terperanjat sehingga terjatuh. Kepalanya terhantuk pada lantai. Dia mengerang kesakitan dan hampir tidak dapat bangun.

"Buat aku seram je tempat ni!" rungutnya. Dia mengumpul segala kudratnya dan bangun mendekati katilnya. Esok, dia harus bangun awal untuk membeli perkakasan dapur dan beberapa bahan dapur. Nasiblah jadi satu-satunya suri rumah di rumah ini. Hanya dia sahaja yang bertanggungjawab untuk menjaga ayahnya.

Lampu bilik ditutup sehingga keadaan menjadi gelap. Hanya cahaya bulan sahaja yang menerangai tidurnya yang tidak seberapa lena. Dia perlu menyelesakan dan menyesuaikan diri dengan tempat baharu.

"Harapnya ini semua mimpi."

...

Sooyoung mendekati suaminya, Siwon yang sedang beristirahat di hadapan pendiang api. Dengan berkaca mata dan bersut hitam, suaminya itu tampak segak. Dia menghempaskan punggung di hadapan Siwon sambil melontarkan senyuman yang paling manis. Siwon menggentel kumisnya dengan khusyuk, menunggu Sooyoung untuk berbicara.

"Kita dah jumpa orang yang sesuai," kata Sooyoung, penuh yakin. Siwon menghentakkan kakinya mengikut rentak. Matanya masih diberi tumpuan pada api yang sedang marak menyala.

"Saya tahu. Tapi hati-hati. Ramai yang bermusuh dengan dia. Kalau mereka tahu, gadis itu mungkin dalam bahaya. Bawa dan jaga dia disini secepat mungkin," kata Siwon dan dalam masa yang sama memberi arahan. Sooyoung mengangguk setuju.

"Dia sesuai untuk dia. Kalau kita satukan mereka, apa pendapat awak?" soal Sooyoung. "Satukan, maksudnya kahwin?" Sooyoung mengangguk. Siwon menghela nafas panjang. Dia berfikir buat seketika.

"Kita perlukan persetujuan keluarga besar di Perancis. Kalau mereka tidak suka, kita kena pulangkan dia atau dia mungkin perlu tetap sebagai pet sahaja. Paling teruk pun akan jadi sisa makanan mereka," jawab Siwon, tegang. Sooyoung mendengus, tidak berpuas hati.

"Dah lama kita tunggu saat macam ni. Kita buat perjanjian begini dengan manusia pun semata-mata untuk selamatkan dia. Kalau kita terlepas peluang ini, kita terpaksa tunggu beribu-ribu tahun lagi! Dia tak boleh terkurung dekat sana untuk selama-lamanya!" tegasnya. Dia juga penat dengan kontrak manusia ini. Daripada menerima penderma secara sukarela, baik dia berburu. Dapat dia puaskan hati dan kurangkan dahaganya.

Siwon mengangguk kecil. Dia berdiri membelakangi Sooyoung sambil merenung potret keluarganya.

"Yang lain pun berebut mahukan dia ke?" tanya Siwon, tanpa membalas kata-kata Sooyoung. Sooyoung membalas dengan mengiyakan soalan Siwon.

"Menarik. Darah gadis suci yang sangat didambakan. Terpaksalah kita ambil dia sebagai penderma, kan?"

"Kalau awak mahu, saya boleh dapatkan dia dalam minggu ini juga. Tak! Mungkin esok. Lagipun kita kena ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan."

"Apa-apa saja asalkan dia menjadi milik kita. Sebelum keluarga lain dapat tahu, segera ambil dia."

to be continued

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now