Part 24

961 94 48
                                    


Malam hampir melabuhkan tirai, para vampire seperti biasa sahaja sihat wallafiat namun pet mereka sudah pun keletihan.

Setengah dari mereka sudah pun kembali ke hotel untuk berehat. Namun Miyoung masih lagi bertenaga. Kini, mereka tiba di Ponts Des Arts.

Ramai pengunjung disana dan kesesakan nampak seperti tidak akan berhenti. Sehun membelikan padlock untuk Miyoung.

Pen diambil dan mereka memilih tempat untuk menguncinya.

"Kau nak tulis apa?" soal Sehun.

Miyoung diam sebentar untuk berfikir. Dia menulis sesuatu diatas padlock dan menyorokkannya daripada dilihat Sehun.

"Jangan tengok.." arah Miyoung. Sehun tak menganggunya. Membiarkan gadis itu menyelesaikannya.

"Dah!" ujar Miyoung.

"Let me see—"

"No! Mana boleh tengok. Rahsia!" Miyoung menyorokkan padlock itu dibelakang badannya. Sehun cuba untuk mengambilnya namun akhirnya dia mengalah. Dia membiarkan sahaja Miyoung menguncinya ditempat yang susah untuk dicari.

"Kau tulis apa?" tanya Sehun lagi. Miyoung tersengih nakal.

"Adalah," jawab Miyoung. Sengaja ingin bermain teka-meneka dengan Sehun.

"Tak payah berahsia sangat. Tell me.." arah Sehun. Miyoung menghentikan bebelan Sehun dengan jarinya dan mengarahkannya untuk diam.

"Shuuu.. Biarkan masa je yang menjawab.." ujar Miyoung. Itu membuatkan Sehun terkedu. Mereka bergerak ke bahagian tengah untuk menikmati angin malam.

Miyoung berjalan terlebih dahulu. Angin malam pada hari itu sungguh menyegarkan untuk dia.

"Thanks Sehun. Bawak aku jalan-jalan.." ujar Miyoung, berhenti beberapa jarak daripada Sehun. Hanya ada beberapa orang sahaja yang lalu-lalang ditepi mereka. Menjadikan situasi ini seolah-olah didalam drama.

"Supaya kau tak merajuk macam budak je.. dan aku nak minta maaf pasal kejadian semalam," balas Sehun. Miyoung ketawa.

Dia akui. Ini kali pertama sejak kematian ibunya, dia mampu untuk bergembira dan ketawa seperti tiada hari esok. Ini kali pertama dia berhenti memikirkan tentang kematian ibunya dengan menyempurnakan impian zaman muda ibunya itu.

"Esok kita tengok Monalisa boleh?" tanya Miyoung. Dia teringin sangat nak tengok adakah Monalisa semisteri yang dikatakan oleh orang ramai.

Sehun menggeleng. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Nampak begitu macho.

"This is our last trip today. Esok kita kena pergi dah. Ingat tujuan sebenar kita datang?" ujar Sehun.

Harapan Miyoung kecundang. Ingatkan sempatlah dia nak melawat seluruh bandar itu sebelum kembali ke realiti.

"Jangan risau. Aku akan putuskan hubungan dengan mereka dan pastikan kita dapat hidup bebas tanpa kawalan keluarga besar. Lepas habis je semua tu, aku bawak kau jumpa Monalisa," pujuk Sehun.

Sehun berjalan mendekati Miyoung. Ketinggian Sehun membuatkan Miyoung terpaksa mendongak dan harus menjengket sekiranya mahu menyamai paras dada Sehun.

"Promise?"

Miyoung menghulurkan jari manis kepada Sehun. Menunggu lelaki itu untuk mengunci jarinya bersama dan mengotakan janji itu. Sehun menyambutnya dengan senang hati sekali. Pandangan mata mereka bertaut. Hampir sahaja wajah mereka mendekat dan...

Piuu Piuu (sound effect failed)

Bunyi bunga api mengalihkan perhatian mereka. Jam tangan dipandang. Sudah jam dua belas tengah malam rupanya.

Mereka dan beberapa pengunjung lain mulai menikmati keriuhan itu. Beberapa bunga api membentuk pelbagai jenis rupa termasuklah 'love'.

"Miyoung.." panggil Sehun. Matanya masih memandang bunga api dihadapan mereka.

"Apa?"

"Kau percaya ke pada lelaki yang boleh jatuh cinta untuk kali kedua?" soal Sehun, musykil. Miyoung menjongketkan bahunya.

"Kenapa?"

"Kau rasa, keikhlasan dia.. kesungguhan dia.. kau boleh percaya?"

"Kalau itu yang dia betul-betul rasa dan dia betul-betul nakkan perempuan. Aku tak boleh nak persoalkan kan? Cuma, sakit hati la kalau dia tinggalkan cinta pertama dia untuk orang lain. Kecualilah cinta pertama dia khianat dia ke, curang ke, tak pun mati." jawab Miyoung, jujur.

Sehun merenung Miyoung, seperti sedang mengagumi kecantikan gadis itu.

"Tapi siapalah aku nak hukum orang kan? Nak judge orang kan? Itu hak masing-masing. Perasaan manusia tak dapat dijangka. Err, vampire pun macam tu kot.." sambung gadis itu lagi. Dia menggaru belakang telinganya kerana janggal dengan kata-kata sendiri.

"Kalau aku kata aku suka kau, kau terima tak?"

"...." Miyoung diam tak berkutik.
"Aku.. Aku—"

"Kidding. Nak usik pun tak boleh. Kau ni innocent sangat. Cubalah jadi brutal balik macam dulu.." ujar Sehun. Dia ketawa, mengejek Miyoung.

Penumbuk dihalakan kemukanya oleh Miyoung. Gadis itu menjelingnya, kesal.

"Kau pun baru kenal aku tak payah nak suruh aku berubah bagai.." bebel Miyoung.

"Ya.. baru kenal.."

Mereka kembali ke hotel tepat pada pukul satu pagi. Mata Miyoung sudah memberat. Dia naik keatas katil dan terus tidur tanpa menukar pakaiannya.

Dia sendiri pun tak sedar yang dia sedang tidur ditempat Sehun iaitu pada bahagian kanan katil. Sehun duduk disebelahnya sambil mengusap rambutnya. Lama lelaki itu memerhati wajahnya. Tangannya bergerak menyentuh kening, mata, hidung dan bibir Miyoung.

"Aku tak sepatutnya ada perasaan macam ni sedangkan kita baru je kenal. Atau mungkin sebab kau sama macam dia?"

ujar Sehun, sendiri. Pipi Miyoung diusap lembut.

"Tapi kau tak sama macam dia. Kau lain. Dia lembut orangnya. Kau ganas macam lelaki tapi itu luaran je. Dalaman kau lembut. Kau jadi kasar pun sebab kejadian tu.." sambung Sehun lagi.

Dia mula berbaring disebelah Miyoung.

Tak lepas matanya daripada merenung gadis itu.

"Aku tak boleh jatuh cinta dengan manusia lagi. Pet sepatutnya jadi pet sampai mati. Master sepatutnya jadi master buat selamanya. Begitu jugak dengan kau dan aku. Tak mungkin kau akan terima lelaki yang akan tamatkan hidup kau tak lama lagi. Cepat atau lambat, semuanya dah tertulis,"

"Miyoung.. Kim Miyoung.." nama Miyoung disebut beberapa kali.

Entah kenapa, Sehun tiba-tiba rasa mengantuk. Sudah lama dia tak rasai perasaan ini. Dia menguap. Dan akhirnya tertidur juga,

setelah beribu-ribu tahun berjaga.

to be continued

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now