Part 17

1K 97 27
                                    


"Kita jaga Sehun dari kecil sampai besar tapi baru sekarang dia nak tuntut Sehun sebab nak adik saya tu ambil alih jawatan dia?!" marah Sooyoung.

Wanita itu mengamuk. Dia tak akan biarkan sesiapa pun mengambil Sehun darinya walaupun mereka bukan darah daging yang sebenar. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Sehun sejak anak itu lahir sehinggalah dia menjadi Sehun yang dia kenali sekarang.

"Sabar. Saya tahu. Tapi keluarga besar sangat berkuasa.. Kita tak boleh melawan.." ujar Siwon. Sooyoung masih tidak mahu mengalah.

"Minta bantuan keluarga Britain," cadang Sooyoung.

Siwon menggeleng pantas.

"Kita dah korbankan satu nyawa dari ahli keluarga Britain atas kesilapan kita sendiri. Mereka tak akan pernah memaafkan kita Sooyoung.." ujar Siwon.

Mereka berdua nampaknya buntu. Hilang idea bagaikan mahu mengelak daripada kembali ke Perancis.

"Tapi Sehun dah bersumpah untuk tak pulang ke sana lepas kematian.."

"Saya nak.." Sehun menyampuk. Dia baru sahaja tiba ke sana.

Hamba memberi laluan kepada Sehun sambil menunduk hormat. Lelaki itu datang mendekat dan berdiri berdekatan dengan Siwon.

"Kamu nak pergi?" tanya Siwon, tak percaya mendengar kata-kata Sehun. Sehun mengangguk.

"Kita akan selesaikan semuanya dekat sana termasuklah pembahagian harta dan takhta. Saya akan pisahkan keluarga kita daripada keluarga di Perancis buat selama-lamanya. Dengan itu, keluarga kita tak akan dikacau lagi.." ujar Sehun. Siwon dan Sooyoung agak terkejut mendengarnya.

Mereka sendiri pun tidak berani untuk menentang Tuan Kangta mahupun mereka yang diberada di Perancis. Hanya Sehun seorang sahaja yang berani.

"Tu-Tuan.." panggil hamba itu. Sehun, Siwon dan Sooyoung menoleh.

"Dalam utusan tu ada diselitkan yang Tuan Sehun perlu bawa Cik Kim sekali.. Mereka nak jumpa Cik Kim secara berdepan," jelas hamba itu.

Wajah Sehun berubah. Moodnya nampaknya tidak baik.

"Mereka dah tahu?" soal Sooyoung.

"Kalau Sehun yang dah sedar ni pun mereka tahu, apatah lagi tentang Miyoung.." jawab Siwon. Mereka berkira-kira lagi mahu bersetuju atau tidak.

"Baiklah. Saya akan bawa Miyoung sekali."

"Tak boleh Sehun! Bahaya!" bantah Sooyoung. Dia menggeleng beberapa kali.

"Saya tahulah cara nak jaga dia. Noona tak payah risau. Setakat dua tiga vampire berdarah Perancis sana tu, apalah sangat.." ujar Sehun sambil tersenyum sinis. Dia segera keluar dari bilik bacaan dan beredar ke biliknya.

Nampaknya, mereka perlu membuat persediaan untuk ke Perancis tidak lama lagi.

...

Miyoung sudah pun dibenarkan untuk kembali ke biliknya yang asal. Gadis itu masih bermasam muka dengan Sehun. Dia tak akan tunduk selagi Sehun tidak meminta maaf kepadanya.

Sewaktu Sehun masuk tadi pun, dia abaikan sahaja dengan menonton televisyen. Walaupun drama yang ditayangkan mengarut, tapi lebih baik daripada memandang wajah dingin Sehun yang seakan-akan meminta penumbuk.

"Apoo heroine mati ni. Bongok je. Bukan Sweet Dreams ni tapi Nightmare!" Miyoung mencemuh drama tersebut. Mulutnya mengunyah popcorn tanpa henti sehingga tidak sedar akan kehadiran Sehun disebelahnya. Lelaki itu turut sama menonton rancangan yang telah tamat itu.

"Dah habis tengok?" soal Sehun.

"Kyahh!! Terkejut aku!" marah Miyoung. Kenapalah Sehun ni lebih menakutkan daripada hantu? Sekurang-kurangnya hantu kalau nak datang dia bagi petanda dulu contohnya lampu tutup buka ke, lilin terpadam ke. Ini tak! Senyap je. Tiba-tiba dah ada dekat tepi.

Miyoung membuat isyarat 'kau-nak-apa' dengan menggerakkan kepalanya keatas dua kali.

"Lima hari lagi aku akan pergi Perancis.." ujar Sehun.

Mata Miyoung seakan-akan bersinar. Jantungnya berdegup kencang.

Perancis! Tempat kelahiran fesyen! Tempat yang dipenuhi jenama luxury! Eiffel Tower! Mona Lisa!! Leonardo Di Caprio ehhh Da Vinky! Ehh Da Vinky? Da Vinci!! Ahh! Bonjourrrrr!!!

"So?" balas Miyoung, acuh tak acuh. Berlagak seperti tidak berminat.

"Kau kena ikut sekali.."

'Seriuslah nak nak!! nak ikut!!'

"Tak nak pergi.." bantah Miyoung. Matanya difokuskan pada kaca televisyen semula.

"Tiket dah tempah. No excuse. Kau pet aku jadi kau kena ikut master kau.."

"Suka hati kau lah.."

Sehun menjongketkan keningnya. Pelik kerana Miyoung tidak melawan lagi. Satu senyuman pendek terukir saat dia mendengar suara hati Miyoung. Lelaki itu terus beredar masuk ke dalam biliknya.

Sebaik sahaja Sehun hilang dari pandangan, Miyoung terus melompat-lompat diatas sofa sambil menggigit bantal. Dia menjatuhkan badannya keatas sofa dengan begitu aktif sekali.

"France!! France!! France!! Urghh!!" Miyoung menumbuk bantal dengan begitu agresif sekali. Ini kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke tanah air Mona Lisa.

Sudah lama dia impikan untuk melihat potret Mona Lisa. Bukannya dia faham dan tahu-menahu pasal Mona Lisa namun dia cuma nakkan gambar aesthetic sahaja bagi mendapatkan likes di media sosialnya yang diprivate kan itu. Itu pun kalau dia sempat kongsi sebelum mati.

"Ehem.." Sehun berdehem. Miyoung berhenti dari bergerak.

Dia kaku.

Wajahnya merah seperti tomato.

Dia jatuh terduduk kerana terlalu malu.

"Makan malam dah siap. Cepat pergi bersiap dan turun bawah.."

"Nae.."

Makan malam berlangsung dengan lancar. Beberapa penderma atau pet lain kelihatan sudah semakin mesra dengan master mereka. Nampaknya strategi menggunakan wang untuk menundukkan manusia berjalan lancar. Setiap dari mereka memakai pakaian yang harganya beribu-ribu sehingga tidak terkira nilainya.

Miyoung menjamah salmon bakar dengan perlahan. Tidak berselera dengan hidangan yang sama untuk empat minggu sejak dia tinggal disana. Dia rindu untuk makan nasi dan makanan tidak berkhasiat seperti McD dan Pizza.

Sehun yang perasan akan reaksi Miyoung terus meletakkan makanannya ke dalam pinggan Miyoung. Hidangannya adalah steak separuh masak. Ya, masih ada darah.

Gadis itu memandang Sehun dengan pandangan datar.

Serius lah?

"Better lah daripada makan ikan je.." bisik Sehun. Miyoung makan sahaja steak tersebut.

Rasanya agak liat. Tak berselera dia pada awalnya. Rasa darah pula masih segar. Perit rasanya untuk menelan makanan itu.

Sehun meletakkan garfu dan pisau ke bawah. Dia mendekati Miyoung dan mulai membisikkan sesuatu lagi.

"Makanan tu bagus untuk darah kau.. Pastikan darah dalam badan kau segar untuk aku nanti.."

Bisiknya sambil tersenyum nakal. Miyoung menggigit bibirnya. Dia menjeling Sehun.

"Baik..Master..tak guna.." balas Miyoung.

Jongin merenung kedua pasangan itu. Dia rasa cemburu. Dia pun nak Miyoung.

to be continued

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now