Part 54

873 78 38
                                    


"Aku bukan nak cari gaduh dengan kau.." ujar Sehun setelah berjaya masuk ke dalam bilik Chanyeol. Chanyeol menutup bukunya dan menyimpannya kebawah bantal.

Dia agak terkejut dengan kehadiran Sehun sebenarnya.

"Aku tahu kau bawa Miyoung pergi funfair tadi.." ujar lelaki itu. Chanyeol menjongketkan keningnya. Apa yang Sehun nak sebenarnya pagi-pagi buta macam ni? Nak gaduh ke?

"Jadi?"

"Terima kasih sebab sudi hiburkan Miyoung waktu aku kecewakan dia.." luah Sehun, sedikit gementar.

"Aku ikhlas dengan dia.."

"Aku tahu..dan aku tak halang.." balas Sehun.

Jawapan itu agak mengejutkan Chanyeol. Kenapa pula Sehun tiba-tiba jadi baik sebegini? Ada udang disebalik batu kah?

"Boleh kau sayang Miyoung macam mana aku sayang dia?" pinta Sehun. Chanyeol ketawa terbahak-bahak. Dia turun dari katil dan mendekati Sehun.

"Kau ni dah demam ke? Tak payah pasang perangkap lah. Aku dengan Miyoung cuma berkawan je atas permintaan dia.." ujar Chanyeol.

Cuba tidak mengeruhkan keadaan. Dia malas mahu bertekak dengan Sehun sekarang.

"Aku serius, Yeol. Boleh tak?"

Chanyeol diam sejenak.

"Aku sayangkan dia bahkan lebih dari kau.."

"Tak aku sayang dia lagi banyak dari kau.."

"Kau yang suruh aku sayang dia sebanyak mana kau sayang dia kan?"

"Memang tapi kau kena kurangkan sikit dari aku sebab aku boyfriend dia."

"Anjing.."

"Aku nak kau lindungi Miyoung masa aku tak ada. Aku cuma boleh percayakan kau." ujar Sehun. Bahu Chanyeol disentuh setelah bertahun lamanya mereka bermusuh.

"Aku sentiasa jaga dia dari jauh Sehun. Dia cinta pertama aku.."

"Cinta pertama selalunya tak menjadi.."

"Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku kan?"

"Aku cakap benda betul okey? Tengoklah Seungwan tu. Dah mati dah dia."

"Sial kau. Orang dah mati kau cakap macam tu. Dia first love kau tak guna!"

"I know. Hehe."

Buat kali pertamanya Sehun dapat bermesra dengan Chanyeol. Dia ketawa saat melihat Chanyeol yang begitu bengang dengan dirinya.

"Aku nak bawa Miyoung pergi honeymoon." ujar Sehun. Chanyeol menyinsing lengan bajunya dan melipat kedua belah tangannya separas dada.

Dia bersandar pada hujung kerusi.

"Honeymoon? Kahwin pun belum."

"Aku pernah janji dengan dia nak bawa ronda-ronda satu Paris. Aku rasa macam munafik pulak kalau tak tepati janji tu.. Lagipun dia pernah mengandungkan anak aku kan? Aku rasa bersalah.."

Chanyeol merenung tajam kearah Sehun setelah mendengar ayat terakhir itu. Dia ketawa sinis.

"Ye. Kau ambil keperawanan dia semata-mata tak nak bagi orang lain miliki dia. Kenapa lah kau tak mati je haritu supaya aku boleh jaga dia." balas Chanyeol, kasar. Sehun tidak terasa walau sedikitpun. Dia memang lelaki tak guna.

"Aku ingatkan nak pergi untuk dua tiga tahun dan buat surprise bila anak aku dah besar. Lain pulak jadinya bila aku dengar Miyoung minta tolong dari aku. Maaflah sebab tak mati.." balas Sehun.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now