Part 26

967 91 41
                                    


Miyoung dibawa ke penjara bawah tanah yang busuk. Dia ditolak masuk ke dalam salah satu kurungan sendirian disana. Pengawal menguncinya disana.

"Tolonglah.. Lepaskan aku.. Aku mohon sangat!!" pinta Miyoung. Pengawal yang tidak mempunyai perasaan itu tidak melayan Miyoung.

Tangisannya semakin deras. Dia teringat akan Sehun pula. Lelaki itu direnjat dengan sesuatu sehingga membuatkan dia melemah.

"Bunuh aku tapi jangan sakitkan Sehun.. Tolonglah.." pinta Miyoung.

Vampire itu menayangkan wajah sinis. Dia mencangkung dan menarik wajah Miyoung dengan kasar.

"Mati demi vampire yang layan kau tak lebih hanya sebagai makanan? Manusia memang bodoh.." ujarnya dan menunjal kepala Miyoung dengan begitu kuat sekali. Miyoung menggeleng kecil.

"Kau tak faham.." Ujarnya.

"Bagitahu apa yang aku tak faham.." arahnya.

"Sehun tak bangsat macam kau.." balas Miyoung. Vampire itu memukul jeriji besi sehingga membuatkan ia bergegar.

"Manusia bodoh!" marahnya. Dia meninggalkan penjara dan kembali ke tingkat atas..

Miyoung mengesot menjauhi pintu. Dia takut. Ada banyak haiwan aneh disitu. Dia tak suka berada disitu. Kalaulah dia ikut firasatnya, pasti dia tak datang ke situ. Air matanya dibiarkan sahaja mengalir.

"Ayah..Miyoung minta maaf.. Miyoung nak balik.." ujar Miyoung perlahan. Dia menyesal kerana berkasar dengan ayahnya pada hari terakhir mereka berpisah.

Wajah ayahnya kembali menerjah minda. Kenangan bersama ayahnya sejak kecil sehingga sekolah menengah kembali muncul. Tangisannya semakin kuat. Pelukan hangat ayahnya itu amatlah dirindui.

Kata-kata Sehun terngiang-ngiang dikepalanya.

Aku akan sentiasa lindungi kau tak kira betapa susahnya dan sukarnya rintangan tu. Hubungan kita tak akan terputus selagi aku hidup..

"Sehun.. Aku perlukan kau.."

...

Splash! Splash! (sound failed!)

Belakang Irene dipukul dengan tali perak. Ianya keras namun lentur. Darah mengalir kerana pukulan yang terlalu kuat itu. Irene menggigit bibirnya menahan rasa sakit.

"Berhenti.." arah Tuan Kangta. Dia mengarahkan pengawal untuk keluar dari biliknya itu.

Irene yang tidak berbaju itu didekati. Bahu Irene dipegang. Gadis itu takut untuk melawan.

Sudah beratus tahun dia didera secara seksual oleh Tuan Kangta tanpa ada sesiapa pun yang tahu termasuklah Seungwan dan Sehun. Mereka dahulunya kawan baik namun semuanya berakhir dengan satu kejadian sahaja.

Rambut Irene dihidu dan dicium olehnya. Irene cuba untuk mengelak. Dia jijik dan belakangnya masih lagi sakit. Tuan Kangta menyentuh tempat yang berdarah dan merasa darah manis itu. Darah vampire agak berbeza dengan manusia.

Kalau boleh jujur, memang darah manusia lebih manis dan lazat.

"Aku beri kau masa. Bunuh perempuan tu dan aku akan lepaskan kau.." kata Tuan Kangta. Irene menoleh pantas.

"Lepas apa yang berlaku dan kau nak lepaskan aku? Aku tak percaya.." ujar Irene. Tuan Kangta bagi ada helah lain fikirnya. Lelaki itu tersenyum.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now