Hari ini, Miyoung dan seisi kelas dikhabarkan dengan guru baharu yang bakal menggantikan guru kimianya yang sedang mengambil cuti bersalin.
Mereka beramai-ramai bergerak ke makmal kimia dan menunggu guru baharu itu untuk masuk. Sedang mereka berbual dalam 15 minit, guru lelaki berambut merah hitam masuk dengan berkaca mata. Badannya tegap dan pakaiannya kemas.
Pelajar wanita ternganga. Guru lelaki itu tersenyum. Menyapa anak muridnya.
"Hello kids. Saya Mr. Kim Taehyung. Guru kimia baru kamu. Hope all of you can give full attention to my lecture. and dont sleep."
ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Pelajar perempuan menjerit keriangan. Mereka asyik mengangkat tangan untuk bertanya tentang status guru itu.
"Sir! Single ke taken?" soal salah seorang dari murid dikelas itu. Sir Taehyung ketawa macho.
"Taken..."
"Ala.."
"to you.."
"Awwhhh!!!"
Ujar Taehyung sambil merenung Miyoung. Mata Miyoung terkebil-kebil. Dia pelik kenapa guru baru itu asyik merenungnya. Ada cili dekat gigi dia ke? Atau dia ada hutang apa-apa dengan cikgu tu?
"Okey done with me. Let's start with our lesson. so now which one of you can define chemistry to me? Anyone want to try?" Ujar Taehyung. Para pelajar diam. Mereka menunduk dan tidak mahu untuk menjawab soalan itu.
Sudah Taehyung duga.
Tiba-tiba Taeyeon mengangkat tangannya untuk menjawab. Taehyung tersenyum. Tangannya dihalakan kearah Taeyeon dan bergerak kearah Miyoung.
"You. The one with uninterested face to me." arah Taehyung. Miyoung menunjuk kearah dirinya. Terkejut. Taeyeon menghulurkan buku yang mempunyai maksud chemistry yang diminta oleh Taehyung.
"Urm.. Chemistry is the study of matter, its properties, how and why substances combine or separate to form other substances, and how substances interact with energy. Many people think of chemists as being white-coated scientists mixing strange liquids in a laboratory, but the truth is we are all chemists. Understanding basic chemistry concepts is important for almost every profession. Chemistry is part of everything in our lives--"
"Stop. Are you sure?" soalnya. Miyoung meneguk liurnya. Peluhnya hampir mengalir laju. Dia ada salah ke?
"I thought chemistry means you and me."
"Ahhhh!!"
Para pelajar menepuk tangan sesama sendiri dan menjerit seperti seorang fangirl. Itu membuatkan Miyoung berasa jengkel..Adakah guru baru itu sedang menggatal dengannya?
"You may sit now." pinta lelaki itu. Miyoung duduk dengan pantas. Dia menayangkan wajah tidak berpuas hati. Membazir air liur dia je terangkan ayat panjang nak mati tu dan akhirnya kena pickup line dengan cikgu sendiri.
Benci!
...
"Geramnya aku dengan dia.." ujar Miyoung. Dia mencucuk ayam goreng menggunakan garfu dengan geram. Taeyeon menutup matanya pantas kerana ada lebihan nasi yang terbang ke mukanya.
"Sabar. Cikgu muda memang macam tu." Taeyeon menggosok belakang Miyoung.
"Aku tak nak la masuk kelas dia. Aku tak suka dia pandang aku macam tu. Aku rasa tak selamat Yeon.." ujar Miyoung. Dia mengerek disitu. Bibirnya dimuncungkan.
"Jangan macam ni Miyoung. Dia tengah deliver pengetahuan dia pada kita. Kalau kau tak masuk kelas dia kau nak jawab apa exam nanti? Sabarlah. Sebulan je nanti Mrs. Yoona masuklah balik." pujuk Taeyeon. Dia memegang tangan Miyoung dan menggosoknya.

YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampirgeschichtenQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...