Miyoung terbangun saat mendengar bunyi bagasi dikeluarkan dari almari. Gadis itu mengesat matanya seraya menguap. Dia tersenyum lebar saat melihat Sehun yang masih berbaju singlet itu. Hehe. Pervert.
Miyoung terus turun dari katil dan memeluk Sehun dari belakang. Dia mencium pipi Sehun dan merehatkan kepalanya dibelakang badan Sehun.
"Buat apa?" tanya Miyoung.
Sehun sedang mengeluarkan baju-baju miliknya dan disusun ke dalam bagasi. Sehun nak halau dia ke? Erk?
"Kemas baju," jawab Sehun. Dia tersenyum mendengar suara serak Miyoung. Gadis itu masih mamai lagi.
"Nak pergi mana? Ada outstation?" soal Miyoung dengan suara sedih. Pelukannya terus terlerai. Sehun menahan gelaknya. Miyoung dah merajuk lagi. Tak boleh tinggal sekejap betul lah.
"Sayang, lupa ke?" soal Sehun. Miyoung berkerut. Peduli apa dia dengan jadual kerja Sehun. Miyoung tak menjawab pertanyaan Sehun.
Sehun terus bangun dan mengambil kalendar diatas meja. Dia menunjukkan kalendar tersebut kepada Miyoung.
"Apa ni?"
"Cuba tengok betul-betul, sayang," pinta Sehun. Miyoung merampas kalendar tersebut dan memandang tarikh hari yang tertera disana. Matanya terkebil-kebil sekarang.
"H—Honey.. moon.. kita?" ujar gadis itu perlahan. Dia menekup mulutnya dengan perasaan bersalah.
"Sa—sayang.. saya lupa.." ujar Miyoung dengan mata berair. Dia hampir-hampir memarahi Sehun kerana ingin meninggalkannya lagi. Sehun ketawa dan terus memeluk Miyoung. Belakang gadis itu diusap.
"Saya tahu apa yang awak fikir. Tapi saya tak akan tinggalkan awak lagi. Saya tahu awak penat sejak kebelakangan ni, sayang. Awak kena jaga ayah yang tengah sakit tu. Awak kena ulang-alik dari sini ke rumah hari-hari. Saya tak marah," kata Sehun dengan tenangnya. Miyoung membalas pelukan tersebut.
"Sebab itulah, awak perlukan rehat sekarang. Kita akan bertolak pergi honeymoon sekejap lagi. Pasal ayah, awak jangan risau. Saya dah sediakan pembantu untuk tolong jaga ayah selama 24 jam. Boleh awak bagi perhatian sepenuhnya pada saya sekarang? Untuk seminggu?" pinta Sehun.
Mereka meleraikan pelukan. Miyoung merenung ke dalam mata Sehun sambil mengangguk.
"Mestilah. Saya kan milik awak."
...
Pulau yang berada betul-betul ditengah laut itu membuatkan Miyoung terpegun. Disana, terdapat sebuah rumah yang dibina berhampiran. Ianya sangat cantik dan sepenuhnya mempunyai pemandangan laut.
"Sehun.. seriuslah?" soal Miyoung, tak dapat menutup mulutnya lagi. Rahangnya hampir terjatuh.
"Iya. Ini pulau kita. Pulau yang saya janjikan dulu," jawab Sehun. Dia memerhati reaksi Miyoung disebalik cermin mata hitamnya itu.
Miyoung semakin terkejut dibuatnya. Sehun betul-betul belikan sebuah pulau untuk mereka. Hanya untuk mereka berdua! Tak ada gangguan manusia lagi!
Hanya mereka berdua sahaja berada dipulau ini selama seminggu! Hanya Oh Sehun dan Oh Miyoung!
"Oh my god. Sehun-ah.. saya.. terharu.." ujar Miyoung. Dia menggigit bibir bawahnya.
Kenapa Sehun suka sangat buat dia teruja ni?
"Suka?"
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampirosQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...