Part 40

979 92 2
                                    

Miyoung keluar dari makmal kimia dengan senyuman yang megah. Dia berjaya membuatkan Sir Taehyung terkedu dengan pembentangannya.

Lelaki itu tidak mampu untuk mematahkan kata-katanya tadi dan terpaksa memberikan markah penuh untuknya. Miyoung tersenyum bangga dengan hasil kerjanya. Berkat mimpi indah bersama Sehun semalam.

"Miyoung!" panggil Sir Taehyung.

Lelaki itu datang mendekatinya. Miyoung dan Taeyeon memandang satu sama lain. Apa lagi lah agaknya yang guru muda ini mahukan?

"Taeyeon, boleh tak saya nak pinjam kawan awak sekejap?" ujar Taehyung. Taeyeon menoleh kearah Miyoung. Gadis itu memberi isyarat agar membantah namun Taeyeon bersetuju pula.

Dia meninggalkan Miyoung bersama Taehyung di tengah-tengah jalan itu.

Taehyung membetulkan kaca mata Detective Conannya itu. Dia tersengih.

"Good job.." puji Taehyung.

Miyoung tidak tahu samaada dia mahu gembira dengan pujian itu atau tidak. Dia agak kekok bila berduaan dengan guru muda itu.

"Thanks, Sir.." balas Miyoung. Dia menggaru telingannya yang tidak gatal.

Bahunya tiba-tiba dipegang oleh Taehyung membuatkan dia tersentak.

"Saya belanja kopi nak? Lepas habis sekolah?" ajak Taehyung.

"Eh sorry sir tapi tak bolehlah.." Miyoung menolak pelawaan itu.

"Ala bukan selalu kan? Saya nak belanja sebab awak berjaya selesaikan kerja saya dalam masa yang singkat? Saya kenalah ucapkan tahniah pada awak.." ujar Taehyung. Tangannya masih lagi pada bahu Miyoung.

Matanya merenung gadis itu seperti memaksanya. Miyoung rasa tidak selesa.

'cakap tahniah cukuplah tak payah nak belanja bagai.. miang la cikgu ni..' guman Miyoung dalam hati.

"Diam tanda setuju. I'll set the date later. Bye." ujar Taehyung dan pergi meninggalkan Miyoung tanpa menunggu jawapan gadis itu.

Miyoung ternganga. Biar betul cikgu muda tu?

"Sir! Sir! Nanti dulu!" panggil Miyoung. Namun Taehyung tak berpaling langsung. Dia hanya melambaikan tangannya dan berlalu ke bilik guru.

Miyoung berdecit. Kepalanya dipukul dengan buku. Kenapalah berat sangat mulutnya untuk berkata 'tidak'?

Taeyeon datang mendekatinya lantas mencuit perutnya.

"Asal tadi tu?" tanya Taeyeon.

"Kau la ni! Tinggalkan aku sorang-sorang sampai kena keluar date dengan dia!" marah Miyoung. Taeyeon terkejut kerana dijerkah oleh sahabatnya itu.

"Mwo? Berselera cikgu tu dengan kau?"

"Kim Taeyeon! Aku serius ni!" marah Miyoung. Pipinya dikembungkan.

"Manalah aku tahu. Salah aku lah ni?" soal Taeyeon. Miyoung mengangguk laju.

"Haah. Salah kau." balasnya. Mulalah tu nak merajuk. Taeyeon memeluk bahu Miyoung dan menayangkan wajah flirtingnya.

"Aku tahu apa yang boleh buat kau gembira balik.." ujarnya. Miyoung mengerutkan dahi.

"Apa?"

"Tu.."

Taeyeon memuncungkan bibirnya ke hadapan. Menunjukkan kearah sesuatu diseberang jalan. Sebuah lori melintasi dan menghalang penglihatan mereka. Sebaik sahaja ianya berlalu, tersembullah wajah orang yang Miyoung rindu sejak semalam.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now