Part 20

1K 92 40
                                    


Perjalanan ke Perancis mengambil masa yang agak lama. Punggung Miyoung hampir kebas kerana tidak bergerak sejak dari awal pagi lagi. Sudah berapa dia kali dia menjamah makanan sejak berada didalam pesawat.

Movie pun sudah hampir lima cerita dia tonton. Mahu pandang ke luar, semuanya laut sahaja. Mahu berbual, dia tak dibenarkan bercakap dengan penderma lain. Sehun? Malas lah dia bercakap dengan lelaki itu.

Nampak serius tengah buat kerja. Entahlah kerja apa yang tak siap-siap lagi dari hari pertama dia jumpa lelaki itu. Sudahlah bahasanya tidak dapat difahami.

Dia memandang pula pramugari yang sedang berlegar-legar ditempat mereka dibelakang kabin sana. Mereka mungkin sedang bersiap-siap untuk membawa hidangan seterusnya.

Haih, naik berkilo-kilo la beratnya dalam masa sehari ini.

Miyoung melentokkan kepalanya pada tingkap. Telinganya berdengung. Tapi dia biarkan sahaja. Orang kata kalau mahu hilangkan dengung kena telan air liur. Malaslah dia nak telan banyak kali. Hampir kering air liurnya buat benda tu berulang kali.

Tangannya ligat menekan skrin, mencari cerita yang menarik. Semuanya cerita aksi dan beberapa cerita zaman dahulu. Bosan. Sehinggalah tangannya tertekan cerita vampire, Twilight. Dia tonton sahaja sehingga cerita itu habis.

Kadang, dia mengutuk dalam hati. Apa bodohnya cerita tu? Sudahlah heroine kaku nak mati. Dia tak sedar yang ada orang boleh membaca fikirannya.

"Cik? Nak makan?" pelawa pramugari. Miyoung mengangguk.

Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan yang sudah dibungkus itu. Matanya masih difokuskan pada skrin. Walaupun dia mengutuk tadi, tapi jalan ceritanya menarik. Sekarang, dia sudah memasuki siri ke-dua pula.

Tersenyum-senyum sendiri dia melayan kedua watak utama itu. Makanan disuap ke dalam mulut tanpa dilihat terlebih dahulu. Sehun yang berada disebelah terhidu akan sesuatu yang busuk.

Dia menoleh kearah Miyoung. Gadis itu hampir menelan bawang putih yang merupakan musuh kepada vampire.

Tangan Miyoung dipegang dengan kuat sehingga membuatkan gadis itu terkejut. Garfu ditangan Miyoung dibuang.

Sehun memberi isyarat kepada seorang pramugari agar datang kearahnya dengan wajah bengang. Wanita itu nampak begitu gementar sehingga jalannya sudah tidak teratur.

"Ada apa saya boleh bantu—"

"Kenapa boleh ada bawang putih dalam makanan ni?! Bukan ke korang memang dah diberi amaran pasal ni! Kenapa tak periksa betul-betul?!" marah Sehun.

Wanita itu bagaikan hilang rohnya. Jantungnya seolah-olah terhenti. Dia tidak tahu apa yang mahu dijawabnya.

"Sehun.. Kenapa ni?" soal Sooyoung. Dia mengambil makanan Miyoung dan menghidunya. Segera wajahnya dilarikan.

"Buang!" arah Sooyoung lalu memberikan bekas makanan tersebut dengan pantas. Dia rasa nak termuntah.

"Maafkan saya.. Kami janji tak akan ulang lagi benda sama.." ujar wanita itu, takut. Dia segera beredar sebelum vampire-vampire itu naik angin.

Miyoung pula masih terkebil-kebil memandang situasi itu. Dia meneguk air orennya dengan tenang.

Hampir tersedak dia apabila dijeling oleh Sehun. Wajah lelaki itu menakutkan.

"You'll be punish once we reach there.." ujar Sehun, serius.

...

Kapten membuat pengumuman pendaratan pesawat dalam beberapa minit lagi. Miyoung tersedar dari tidurnya dan terus merenung ke luar tingkap. Kota Perancis nampak sungguh cerah ketika ini.

Dia ternganga. Dia boleh nampak Eiffel Tower dari situ.

Sehun segera menutup penutup tingkap dan mengarahkan Miyoung untuk duduk diam sambil bersabar. Miyoung mencebik.

Sebaik sahaja mendarat, mereka menggunakan ruang VIP agar tidak dikejar oleh media.

Dalam perjalanan, Miyoung lah orang yang paling bising sekali. Terbalik pula sewaktu dia mahu datang tadi. Pet lain semuanya diam kerana takut. Manakala Miyoung masih kagum dengan pemandangan disana.

Banyak artis jalanan sedang melayan pelanggan mereka.

"Kita tak jalan-jalan?" soal Miyoung. Takkanlah pergi atas urusan kerja sahaja? Boringlah.

Sehun menggeleng. Malas nak melayan Miyoung. Akhirnya gadis itu diam. Merajuk kerana tak dapat melawat city of love itu.

Dia merenung ke luar tingkap dalam keadaan sedih.

Tak lama kemudian, mereka sampai disebuah hotel lama dan mewah. Bukan Hotel Del Luna ya. Hotel mewah ini akan menjadi penginapan sementara mereka sebelum bertolak ke pusat bandar Perancis dimana istana vampire terletak.

Sehun dan Miyoung menginap di bilik ditingkat paling atas sekali. Ianya adalah bilik VIP dimana hanya kerabat diraja sahaja yang pernah menggunakannya. Gadis itu masih lagi tidak bercakap dengan Sehun.

Sehun yang perasan akan hal itu memusingkan badannya kearah Miyoung sambil menukar baju kemejanya.

"You're in punishment Miyoung. Jangan ingat boleh terlepas.."

Ujar lelaki itu. Jam tangannya diletakkan diatas meja dimana diatasnya ada kotak khas untuk jam tangan. (berbelitnya ayat)

"Hukuman apa? Aku tak buat salah pun.." bantah Miyoung. Dia tak tahu apa salah dia.

Dia cuma makan sambil layan cerita sahaja. Apa yang salah?

Sehun mendekati Miyoung sehingga petnya itu berundur sampailah tidak ada lagi jalan untuknya lari.

"Ingat balik apa yang aku cakap. Selagi kau tak sedar salah kau, jangan keluar dari bilik ni.." ujar Sehun. Dia terus meninggalkan Miyoung dan masuk ke dalam tandas.

Ini masanya untuk dia bersendirian dan membersihkan diri. Singlet dan seluarnya dibuka. Dia mulai masuk ke dalam tab mandi. Aroma ros yang keluar daripada lilin disekelilingnya menenangkan fikirannya.

Dia perlu menyiapkan mental dan fizikal sebelum bertemu Tuan Kangta. Ketua vampire itu tidak boleh dijangka perancangannya. Dengan masalah Miyoung yang sengaja nak makan bawang putih tadi, lagilah dia marah. Sangka Sehun, Miyoung sengaja nak kotorkan darahnya.

Sebaik sahaja siap mandi, Sehun keluar dengan bertuala sahaja. Tidak peduli sekiranya Miyoung nampak dirinya yang separuh bogel itu atau tidak. Dia pergi ke arah almari yang segera menyarung pakaiannya.

Sehun baru perasan, bauan Miyoung didalam bilik itu telah berkurangan. Pantas badannya menoleh ke sekeliling. Kelibat Miyoung tidak berada disitu. Melilau matanya memerhati setiap inci dan sudut bilik.

Tingkap yang terbuka dipandang. Dia berlari ke sana dan memerhati ke langit. Kosong. Dia pandang pula ke bawah. Tiada tanda-tanda orang bunuh diri dibawah sana.

"Tak guna.." marah Sehun.

Dia terus keluar dari bilik dan menjejaki Miyoung melalui bauan yang keluar dari gadis itu.

Hidungnya bergerak-gerak mencium bau itu. Dia dapat membayangkan yang Miyoung telah menggunakan lif sebentar tadi. Terus dia menuju ke sana.

Sampai sahaja dilobi, mata dan kepalanya melilau ke sekeliling. Sapaan pekerja hotel langsung tidak dipedulikan olehnya. Disini, bauan Miyoung dan bauan manusia lain telah bercampur.

"Kim Miyoung kau pergi mana..?" ujar Sehun, risau.

to be continued

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now