Part 30

994 95 89
                                    


Miyoung tersentak. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Hoseok dan Yoongi sedang merenung tajam kearahnya. Dia memandang kearah Yoongi. Mungkin lelaki itu yang menengkingnya tadi.

"Jangan cakap benda tak elok pada mendiang Cik Seungwan! Kau patut bersyukur diberi peluang untuk hidup! Jangan buat aku menyesal tolong kau dan kawan vampire kau tu!" marah Yoongi.

Dia keluar dari sana dengan perasaan marah. Hoseok tidak mengejarnya. Dia menunggu sahaja disana.

"Semua orang dekat sini hormat pada Cik Seungwan. Kami memang tak boleh dengar sesiapa pun hina Cik Seungwan. Tolonglah jaga mulut tu Cik Miyoung," pinta Hoseok.

Itu membuatkan Miyoung terdiam. Begitu berkuasakah gadis bernama Son Seungwan itu? Sejauh manakah kebaikannya dan keisitimewaannya sehingga orang begitu sayangkan dia?

"Maaf tertinggikan suara tadi. Saya tak tau pula kamu akan naik angin macam ni. Saya minta maaf," ujar Boa, rasa bersalah.

"Saya nak berehat.." pinta Miyoung.

...

"Aku kat mana?!" jerit Irene sebaik sahaja tersedar. Dia terkejut melihat dirinya didalam istana yang tidak dikenalinya. Semuanya cerah. Tidak sekelam istana keluarga Ahn.

Pengawal vampire kerajaan Britain berada disana mengawalnya. Dia membaling barang-barang disekelilingnya kearah mereka.

"Bawa bertenang!" pinta Hoseok. Dia cuba mendekati Irene.

"Jangan dekat!" Irene memberi amaran.

Wajahnya jelas menunjukkan yang dia takut. Hoseok mengarahkan para pengawal untuk keluar. Mereka ditinggalkan berdua. Kemudian lelaki itu menyambung urusan memujuk Irene. Dia tersenyum manis kearah musuhnya itu.

"Tenang. Aku kat sini untuk tolong kau.." pujuk Hoseok. Perlahan sahaja dia mendekati Irene lalu memegang lengan gadis itu.

Irene tersentak pada awalnya namun tidak direntap pula pegangan itu. Dia memandang Hoseok penuh ketakutan dan kebimbangan.

"Duduk sini.." arah Hoseok. Dia membawa Irene ke kerusi bersebelahan dengannya.

Irene menurut perintah. Dia duduk namun masih lagi berjaga-jaga. Hoseok melutut disebelahnya.

"Kau masih cedera. Jangan banyak bergerak. Vampire pun boleh sakit kalau asyik degil je.." ujar Hoseok. Irene mengerutkan wajahnya.

"Kau tak kenal aku jadi jangan nak mengata aku macam-macam.." balas Irene. Hoseok mengangguk faham. Dia sedaya mungkin cuba untuk nampak ramah dihadapan gadis itu agar dia tidak melarikan diri.

"Berapa lama aku kat sini?" tanya Irene.

"Dua hari.." jawab Hoseok. Irene terkejut. Dia pasti Tuan Kangta sedang mencarinya sekarang. Jantungnya berdegup kencang. Dia berdiri tegak secara automatik. Hoseok turut sama berdiri dan menghalangnya daripada pergi.

"Kau nak pergi mana?" soalnya.

"Balik. Tuan Kangta mesti cari aku. Dia mesti akan hukum aku sekarang kalau aku tak muncul depan dia. Aku kena balik." kata Irene, cemas. Hoseok menenangkan gadis itu. Dia nampak seperti kehilangan arah dan juga trauma.

"Duduk.. Buat apa balik kalau kau tahu kau akan disakiti? Kau duduk sini dan kitorang akan lindungi kau." ujar Hoseok. Irene diam.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now