Part 8

1.1K 98 14
                                    

"Miyoung?"

Satu tangan hinggap di bahu Miyoung menyebabkan gadis itu terperanjat dan hampir melatah sehingga mencederakan kepalanya.

Mulutnya ditekup pantas oleh lelaki itu. Miyoung diam dan memberi isyarat agar lelaki itu melepaskan tangan dari mulutnya.

"Kau buat apa dekat sini?" soalnya. Miyoung memandang gelas yang berisi darah ditangan lelaki itu. Matanya fokus sahaja ke sana. Membuatkan lelaki itu turut merenungnya.

"What? Ini darah."

"Tahu.."

"Jadi kenapa pandang macam baru nampak hantu je?"

Miyoung menggeleng kepalanya pantas. Dia bernafas dengan perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya. Lelaki itu tersenyum sinis memandang Miyoung. Dia meneguk darah tersebut sehingga licin. Lalu, gelasnya diletakkan diatas meja berdekatan.

"Kalau kau tak nak jawab tak apalah. Mari, aku hantar kau balik bilik. Malam-malam ni bahaya, Tao ada dekat mana-mana je," ujar lelaki itu. Miyoung tercengang. Cuba mengingat yang mana satu adalah Tao yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

"Yang tinggi macam Chanyeol tu Tao. Muka ketat semacam. Kalau kau tak ingat la," kata lelaki itu. Seolah-olah membalas pertanyaan dalam minda Miyoung.

"Kau boleh baca minda orang?" soal Miyoung. Dia mengangguk.

"Kau baru perasan?"

Miyoung menggeleng.

"Taklah. Dari hari pertama jumpa kau haritu," jawab Miyoung. Lelaki itu tersenyum lagi walaupun senyumannya seolah-olah mengejek.

"I can read it anytime I want to. Tapi bukan selalu macam—dahlah. Kau buat apa depan bilik Sooyoung tadi?" lelaki itu cuba mengalihkan topik.

"Aku...saja jalan-jalan. Bosan. Lagipun aku kan tak ada master lagi," jawab Miyoung, tidak mengesyaki langsung apa-apa yang aneh. Dia memandang sekilas wajah lelaki di sebelahnya ini. Agak tinggi dibandingkan dengan dia tetapi pendek sekiranya dia berada dikalangan adik-beradiknya yang lain.

Paras rupa lelaki itu menarik. Hidungnya mancung, matanya sederhana bulat, bibirnya merah menyala, kulitnya seputih salju dan rambutnya berwarna perang gelap. Badannya juga agak sedikit sasa namun tidak dapat menandingi bentuk badan Chanyeol.

Lelaki itu mengangguk kecil mendengar jawapan Miyoung.

"Betul ke?" duganya.

Miyoung mengangguk. Namun dia mengelak daripada memandang kearah lelaki itu secara berdepan.

"Dah sampai. Masuklah," lelaki itu menamatkan perbualan mereka tadi. Ibu jarinya diletakkan pada alat scanner di sebelah kiri pintu. Cepat-cepat Miyoung membuka pintu bilik untuk masuk.

"Malam-malam jangan keluar. You never know what hungry vampire can do, Miyoung."

Miyoung mengangguk.

"Goodnight Miyoung," ujar lelaki itu dan terus hilang dari pandangan dalam masa sesaat. Miyoung sedikit terkedu.

"Goodnight..Junmyeon..."

...

Pagi hari ketiga. Miyoung bangun lebih awal kali ini dek kerana tidak dapat tidur semalam. Yelah, tidur seharian sampai malam. Dah sampai malam takkan nak sambung tidur lagi kan?

Dia keluar dari biliknya dan menuju ke luar rumah. Dia mengambil tempat di sebelah kolam ikan kecil dan menghamparkan tikar yoga di sana. Botol air mineral diambil dan dia segera duduk bersila diatasnya sambil merenung pemandangan kosong bukit-bukit disitu.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now