Part 53

787 68 7
                                    

"Vampire?"

Miyoung menunjukkan gigi taringnya. Terkejut Taeyeon dibuatnya. Dia merenung gigi taring tersebut dengan rasa ingin tahu. Tangannya menyentuhnya.

"Akh!"

Tajam. Dia segera menghisap darahnya kerana risau Miyoung terliur dengannya.

"Sehun dah tahu?"

Miyoung mengangguk.

"Habistu dia cakap apa?"

"Tak tau.."

"Tak tau kenapa?"

"Manalah aku tahu.."

"Kau gaduh dengan dia lagi?"

"Entah.."

"Gaduhlah tu.. Haih korang ni.."

"Aku benci dia. Jangan sebut nama dia lagi.." ujar Miyoung. Kening Taeyeon hampir bertaut. Dahinya berkerut.

"Kenapa?"

"Dia keluar dengan perempuan lain tadi. Aku nampak masa keluar dengan Chanyeol. Dia tolak aku Taeyeon. Muka dia nampak marah.." Ujar Miyoung kecewa.

"Patutlah badmood semacam.."

"Habistu kau keluar dengan Chanyeol tu? Ingat dia tak jeles?"

Miyoung mencebik.

"Aku..." Kata-kata Miyoung terhenti. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia cari Chanyeol dan bukannya Sehun. Mungkin sebab dia rasa Chanyeol lebih memahami daripada Sehun?

"Dia tahu tak kau keluar dengan Chanyeol?"

Miyoung menggeleng. Taeyeon mahu sahaja menjentik kepala gadis itu. Dia merajuk sebab Sehun keluar dengan orang lain tapi tak sedar yang dia pun tengah keluar dengan orang lain jugak. Kalaulah boleh tumbuk kedua pasangan itu.

"Masalahnya aku keluar bukan dating pun. Chanyeol ada kerja jadi dia ajak aku sekali alang-alang nak bantu hilangkan gigi taring ni.." Miyoung mempertahankan dirinya. Taeyeon tetap tidak menerima alasan Miyoung.

"Tetap salah! Kau patut cakap pada Sehun bukan lelaki lain. Dia boyfriend kau kan? Bukan si Chanyeol. Jangan kata kau ada hati dengan Chanyeol pulak.." usik Taeyeon.

Miyoung menunduk. Dia pun tak tahu kenapa dia macam ni.

"Kitorang kawan je?"

"Aku dengan Baekhyun pun kawan je dulu.." pintas Taeyeon.

"Tak payah merajuk lah. Nanti kau jugak rindu nak pandang muka dia." ujar Taeyeon. Bahu Miyoung dipegang dan diusap kasar.

"Nak merajuk jugak! Biar dia tahu betapa seksanya tak dapat jumpa aku macam yang aku rasa haritu.."

Taeyeon menggeleng kecil dengan pendirian Miyoung.

"Suka hati kaulah budak. Aku nak pergi kedai sekejap. Kau ada nak kirim apa-apa?"

"Ada. Nak spaghetti."

"Banyak cantik kau.."

"Memang aku cantik.."

"Perasan.."

"Wekkk!"

...

Taeyeon sudah pun memaklumkan kepada Encik Kim yang Miyoung ingin menginap dirumahnya malam ini kerana ingin mengadakan sleepover disitu. Encik Kim tidak bertanya banyak kerana tak mahu menganggu mereka.

"Kalau tak hilang jugak macam mana?" soal Miyoung, risau. Gigi taringnya masih kekal disitu dan tidak berganjak langsung.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now