Part 38

1K 97 133
                                    

"God

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"God..apa yang kau dah buat ni Sehun?" soal Miyoung. Dia merenung tajam kearah Sehun yang berada disebalik kaunter dapur.

Lelaki itu tidak menjawab.

Wajah lelaki itu pucat. Tiada darah mengalir langsung. Mata hitamnya kembali. Uratnya menimbul.

Taringnya panjang. Rupanya seperti makhluk mitologi zaman dahulu.

Menyeramkan.

Sehun mengerang kearah Miyoung. Seolah-olah mahu menyerangnya. Namun Miyoung tidak berganjak walau seinci pun. Irene pula mengesot ke tepi untuk melarikan diri.

Sehun bergerak kearah bertentangan sambil memerhati Miyoung. Dia cuba untuk menjauhi gadis itu.

Miyoung memulakan langkah pertama. Dia bergerak pergi kearah Sehun. Membuatkan Sehun cepat-cepat berundur.

"Hun.. Ni aku, Miyoung." ujar Miyoung. Dia cuba untuk memujuk Sehun agar tidak lari darinya.

Sehun masih tidak mempercayainya. Wajahnya berkerut. Miyoung perlahan-lahan memegang tangan Sehun sehingga membuatkan lelaki itu tersentak. Dia mahu merentap tangan itu namun menerima gelengan daripada Miyoung.

Gadis itu mengusap tangan Sehun dengan lembut. Bagai memujuknya agar bertenang.

"Bawa bertenang.. Tarik nafas.. Jangan risau aku takkan cakap bye.." arah Miyoung.

Sehun menurut perintah. Membuatkan Miyoung tersenyum puas. Pipi Sehun pula disentuh olehnya. Dia menyisir rambut Sehun ke belakang. Sehun diam memerhatinya.

"Oh Sehun yang aku kenal bukan macam ni. Kau baik. Hati kau mulia."

Ahli keluarga Choi yang lain memerhati dari luar. Mereka tersentuh melihat adegan itu. Sooyoung yang baru sahaja tiba semula kesana datang memerhati. Dia perasan yang fizikal Sehun perlahan-lahan berubah semula ke normal. Dia bagai dihipnosis oleh Miyoung.

Kyungsoo dengan beraninya masuk untuk membawa Irene keluar dari sana setelah melihat Sehun yang leka dengan Miyoung.

Namun, pandangan mata Sehun beralih pula kearahnya kerana rasa terganggu.

Disebabkan itu, cepat-cepat Miyoung memalingkan wajah Sehun agar tetap menatapnya.

"Tengok sini je.." arah Miyoung.

Sehun terus memandangnya.

Lelaki itu menjadi lemah. Apabila dirinya yang 'liar' itu hilang sepenuhnya, nampaklah rupanya yang seperti gelandangan kacak itu. Bawah matanya lebam, dengan misai dan janggut tak seberapa lebatnya di bahagian pipi dan atas bibir.

Wajahnya cengkung kerana tak cukup makan. Miyoung menahan Sehun daripada jatuh terlantar disana.

"Miyoung.." panggil Sehun, perlahan.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now