Malam menjelma, hidangan makan malam pun sudah disediakan. Kentang putar yang dihidangkan oleh Encik Kim itu ditekan-tekan dengan garfu. Sejak makan malam bermula tadi, Miyoung banyak termenung.
Selalunya Miyoung berselera sahaja apabila melibatkan makan. Tak pernah gadis itu berperangai seperti ini. Pasti ada sesuatu yang terjadi. Lagipula, pagi tadi Miyoung nampak ceria sahaja. Pulang tadi sahaja dia kelihatan monyok dan tidak menegurnya langsung.
Encik Kim yang perasan akan hal itu menegur anak perempuan tunggalnya. Dia tidak mahu anaknya bersedih sendirian. Sebagai seorang ayah tunggal, dia haruslah cuba untuk memahami anaknya itu sebagaimana yang pernah dilakukan oleh isterinya.
"Miyoung gaduh dengan boyfriend ke?" tanya Encik Kim. Sengaja menduga.
Miyoung tak menjawab. Tiada mood untuk melayan ayahnya. Pasti orang tua itu mahu memberikan lawak jenaka yang tak seberapa lawak sebentar lagi.
"Betullah tu gaduh.." sambung Encik Kim lagi.
"Mana ayah tahu?" balas Miyoung. Akhirnya bersuara. Garfu dilepaskan. Dia menongkat dagu memandang si ayah.
"Ayah tahulah. Tengok muka kamu je terus ayah tahu.." ujar lelaki itu. Miyoung membuat muka tidak berpuas hati.
"Janganlah bergurau.. Tak lawak.." balas Miyoung. Encik Kim mengangguk faham. Tidak akan membuat jenaka lagi. Dia mulai menjadi serius.
"Ayah nampak kamu dengan Sehun dalam kereta tadi. Nampak badmood je dua-dua..Tu yang ayah fikir kamu berdua bergaduh.." jawab Encik Kim, yang sebenar-benarnya.
Miyoung mengeluh. Dia tidak tahu samaada dia patut ceritakan atau tidak kepada ayahnya itu.
"Salah Miyoung.. Sepatutnya Miyoung tak spoilkan dia tadi sampai dia marah.." Luah Miyoung. Mukanya dimonyokkan.
Encik Kim bangun dan mengambil tempat disebelah Miyoung. Wajah Miyoung dipegang. Mata gadis itu sudah pun berair.
"Let him be. Nanti reda lah tu. Jangan paksa diri tu. Jangan salahkan diri sendiri sebab mungkin dua-dua salah." pujuk Encik Kim. Dia menggosok belakang badan Miyoung seraya memeluknya.
"Ayah tak tahu apa masalah kamu berdua tapi lain kali cuba slow talk. Takpelah, ayah faham orang muda ni macam mana. Kalau tak gaduh tu mana nak kuatnya hubungan tu kan?"
Miyoung mengangguk faham. Dia merehatkan kepalanya pada bahu ayahnya itu. Sudah lama dia tidak merasai perasaan ini. Kali terakhir dia berkongsi masalah dengan ayahnya adalah saat ibunya masih ada.
"Sekarang makan makanan tu dan masuk tidur. Tak payah berjaga malam ni. Kamu bukan burung hantu. Tenangkan diri tu dulu ye?"
"Nae appa.."
...
Miyoung berpusing ke kiri dan kanannya kerana tidak dapat tidur. Fikirannya asyik menerawang kepada Sehun. Tak tahulah kenapa tapi dia rasa seperti nak sahaja berjalan pergi ke mansion keluarga Choi pada malam-malam buta itu.
Memang kerja gila tapi dia sanggup. Dia menekup mukanya dengan bantal dan cuba untuk tidur. Beberapa minit dia tidak menggerakkan badannya agar dia mengantuk.
Tingkap biliknya dibuka oleh seseorang. Miyoung yang separa tidur itu terjaga lagi. Dia dapat dengar bunyi tapak kasut yang mengelilingi biliknya dan berhenti disebelahnya.
Jantungnya berdegup kencang. Dia memberanikan diri dan mengalihkan bantal dari mukanya. Hampir sahaja dia menjerit saat melihat Sehun yang sudah pun berada disebelah katilnya itu. Secara automatik, dia terbangun.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampirQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...