Part 18

1K 96 32
                                    


Miyoung keluar ke padang rumah sambil membawa kayu golf. Dia mencurinya daripada stor Sehun. Alang-alang dia tengah bergaduh dengan Sehun ada patutnya dia guna barangan lelaki itu tanpa meminta izin terlebih dahulu. Protes lah kononnya ni.

Bola golf diletakkan keatas tanah. Salah satu kayu golf ditarik daripada beg khasnya.

"Berat jugak benda ni.." rungut Miyoung.

Dia meletakkan hujungnya ke tanah. Postur badannya berada dalam keadaan bersedia. Beberapa kali kayu golf tersebut digoyangkan sebelum dihayun bola tersebut.

Kerana tidak pakar dalam permainan orang kaya itu, Miyoung tersilap langkah sehingga badannya berpusing-pusing tanpa henti. Faktor lain juga adalah kerana tanah yang terlalu licin disebabkan baru sahaja hujan. Yelah dekat situ hampir 24 jam hujan. Nak rasa jerebu pun tak boleh hahaha.

Miyoung hampir terjatuh sehinggalah badannya disambut oleh Sehun yang baru sahaja pulang. Lelaki itu menayangkan wajah marahnya. Mata mereka bertentangan namun bukan dalam suasana romantik.

"Tak ada mulut nak minta izin ke untuk main?!" marah lelaki itu. Dia merampas kayu golf tersebut dan menyimpannya semula.

"Barang you barang I jugak.. Kedekut.." ujar Miyoung perlahan dengan muka yang cemberut. Sehun tersenyum pendek.

"Apa kau cakap tadi?" soalnya.

"Kau master aku kan? Means semua barang kau barang aku jugak. Master kenalah bagi apa yang pet nak. Tak pernah tengok ke manusia layan pet diorang macam mana?" bentak Miyoung.

Sehun berdiri tegak menghadap Miyoung. Tangannya disilang separas dada.

"Jadi dah mengaku la kau ni pet aku?"

Miyoung blur seketika.

"Hah.. Siapa cakap?! Aku tersasul jelah! Aku bukan pet kau! Bukan kau ataupun orang lain!"

Miyoung melarikan pandangan matanya. Dia rasa nak bunuh diri sahaja kerana tersalah cakap. Kenapalah dia tak boleh berfikir dulu sebelum bercakap?

"Terima jelah hakikat.." arah Sehun. Miyoung menggeleng. Dia menjelirkan lidahnya kepada Sehun.

"Tak nak.. Lelaki pelik.." balas Miyoung. Dia masih lagi mengejek Sehun. Badannya digoyangkan bagai hendak menari chicken dance. Jarinya diletakkan pada pipi dan lidahnya dijelir lagi.

Sehun yang tidak berpuas hati cuba untuk menghentikan Miyoung. Dia cuba untuk menarik tangan Miyoung agar memberhentikan perlakuannya itu namun gadis itu mengelak.

Itu menyebabkan berlaku adegan kejar-mengejar diantara mereka. Miyoung berlari dengan pantas sambil tergelak seperti tidak pernah bergaduh dengan Sehun.

Amaran! Ini bukan drama hindustan.

Sehun juga entah kenapa tiba-tiba sahaja melayan perlakuan keanak-anakan Miyoung. Dia tidak menggunakan kuasa vampirenya untuk mengejar Miyoung kerana itu akan menjadi tidak adil buat gadis itu.

Saat mereka bersuka ria, Miyoung tidak perasan akan tanah berselut yang berada dihadapannya. Dia hanya fokus berlari agar tidak tertangkap sahaja. Kakinya hampir sahaja terpijak dan terbenam didalam tanah lembut itu tetapi Sehun menariknya dengan pantas.

Badan Miyoung didakap erat. Hampir sahaja dia terbenam didalam lubang yang agak dalam itu. Kawasan itu dulunya adalah pondok untuk berehat namun telah dibuang beberapa minggu lalu. Itu yang menyebabkan lubang tersebut wujud.

Jantung Miyoung berdegup kencang.

Sehun segera menerbangkan mereka ke tempat yang kering ditepi mansion.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now