"Argh!"Suara seseorang menjerit kedengaran jelas digegendang telinga Sehun. Dia cam suara itu. Suara Miyoung. Lelaki itu terus bergerak kearah suara itu datang.
Kakinya bergerak pantas seperti kereta yang tidak mempunyai brek. Dia akhirnya nampak Miyoung. Baru sahaja dia mahu melaung nama gadis itu, mulutnya terkunci.
Gadis itu sedang bermain dengan bayi yang berada didalam stroller. Bayi itu menarik-narik rambut gadis itu sehingga membuatkan dia menjerit kesakitan. Tapi jeritan buatan itu membuatkan bayi itu ketawa tanpa sebab.
Ketawa comel itu turut menggembirakan Miyoung. Sehun hampir sahaja mendekati Miyoung namun sekali lagi langkahnya terhenti. Jongin terlebih dahulu mendahului.
Adiknya itu membawa makanan bayi lantas dihulurkan kepada Miyoung. Mereka sama-sama menyuap bayi yang tidak diketahui milik siapakah itu.
Miyoung nampak begitu seronok sekali ketika bersama Jongin. Entah lawak apakah yang disampaikan oleh Jongin.
Mood Sehun berubah 360°. Wajahnya semakin dingin. Dia pergi kearah Miyoung dan merentap tangan gadis itu dengan kuat. Makanan bayi itu jatuh keatas lantai. Kedua Miyoung dan Jongin terkejut.
"Sehun.."
"Siapa benarkan kau keluar?!" marah Sehun. Miyoung tidak menjawab. Dia hanya bertentangan mata dengan Sehun sahaja.
"Sehun.. Salah aku.. Aku nampak dia merayau-rayau kat luar bilik sambil pegang perut. Jadi aku ajaklah dia makan.." terang Jongin. Dia tahu betapa menakutkannya Sehun apabila marah.
Jadi dia tak mahu Sehun mengapa-apakan gadis yang disukainya iaitu Miyoung. Sehun menjeling Jongin dengan tajam sekali.
"Jangan dekat dengan Miyoung aku mulai hari ni! Jangan buat apa-apa untuk dia tanpa kebenaran aku! Ini amaran dan arahan!" tegas Sehun. Dia menarik Miyoung naik semula ke bilik.
Didalam bilik, Miyoung berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman Sehun tetapi kekuatan Sehun sesungguhnya teramatlah kuat.
"Tolonglah, Sehun.. Sakit.." rayu Miyoung. Dia rasa sekeliling pergelangan tangannya sudah pun melecet kerana pergerakannya sendiri. Sehun buat-buat tak dengar.
Pintu lif terbuka sebelum sampai ditingkat atas sekali. Wajah Chanyeol adalah yang pertama sekali tersembul disana. Lelaki itu kelihatan bingung.
Dia beralih pula pandangan kearah Miyoung. Gadis itu sedang meminta pertolongan darinya. Sebelum Chanyeol sempat berbuat apa-apa, pintu lif tertutup. Mereka akhirnya tiba ditingkat atas.
"Masuk!" arah Sehun dengan kasar.
Dia membawa Miyoung sehingga ke katil dan melepaskannya. Miyoung merengek kesakitan. Pergelangan tangannya sudah merah kerana melecet.
"Kau tahu kan kau tengah dihukum sekarang ni?!" marah Sehun. Miyoung tak menjawab. Dia lebih pentingkan tangannya sekarang daripada bebelan Sehun.
"Pay attention when I'm talking to you!" jerkah Sehun.
Jeritan lelaki itu tidak dihiraukan. Rahang Sehun mengeras. Dia terasa panas. Butang baju kemejanya dibuka satu-persatu. Anak matanya berubah merah.
Badan Miyoung ditolak dengan kasar. Rambut panjang Miyoung dialihkan sehingga menampakkan leher jenjangnya.
Gadis itu menggeleng berkali-kali. Rasa sakit pada tangannya semakin terasa apabila Sehun sekali lagi menyentuhnya disana. Ditambahkan lagi dengan Sehun yang menindihnya. Miyoung takut. Nafasnya sesak sekarang.
"Sehun.. please..?" rayu Miyoung. Air matanya sudah mengalir.
Lelaki itu tidak menghiraukan rayuannya. Gigi taringnya dikeluarkan.
"Saya merayu.. " pinta Miyoung. Tangisannya kedengaran tapi tersekat-sekat. Dia berusaha agar tidak diapa-apakan oleh Sehun.
Tanpa memberi amaran, Sehun menekapkan wajahnya pada leher Miyoung. Mencari tempat yang sesuai untuk membenamkan taringnya.
Sudah lama dia menahan dirinya daripada merasa darah Miyoung lagi sejak kali pertama mereka bertemu.
Gigi taringnya sudah bersedia.
Gerakannya semakin liar. Baju Miyoung dirobek kasar. Tapi semuanya terhenti saat dia mendengar suara serak Miyoung merayu terhadapnya. Gadis itu kedengaran sudah berputus asa.
"Hun.." sayu sahaja suara itu. Sehun menoleh kedepannya. Bayangan Seungwan seperti berada dihadapannya. Bayangan gadis itu menggeleng perlahan, seperti memberi isyarat agar tidak melakukannya.
"Seungwan.." gumam Sehun dalam hati. Anak matanya berubah normal semula. Gigi taringnya juga sudah hilang.
Sehun mulai sedar dengan dirinya. Dia baru perasan apa yang sedang berlaku. Tangisan Miyoung masih lagi tidak berhenti tanpa kedengaran satu suara pun. Dia agak clueless saat melihat dirinya yang sedang menindih Miyoung.
"Oh no.. Miyoung aku minta maaf.." Sehun turun dari badan Miyoung. Dia cuba untuk menolong gadis itu namun Miyoung nampaknya agak ketakutan dan trauma.
"A-Aku tak sedar tadi. Aku melayan sangat perasaan. Maafkan aku.." Pertama kali dalam seumur hidup, Sehun meminta maaf kepada haiwan peliharaannya.
Dengan Tuan Kangta pun dia tak pernah buat macam ni.
"Jangan.. sentuh.." pinta Miyoung. Badan gadis itu menggeletar. Takut didekati oleh Sehun.
Sehun menjauhi Miyoung. Dia memegang kepalanya dengan kesal. Kesal dengan tindakannya sendiri.
"Aku tak sengaja.. Aku minta maaf.." rayu Sehun. Dia cuba untuk memujuk Miyoung sekali lagi namun itu membuatkan Miyoung semakin takut. Gadis itu mengesot ke tengah katil dan melindungi dirinya menggunakan bantal.
Sehun terkedu. Sebegitu takutnya Miyoung kepadanya. Raut wajah Miyoung jelas menunjukkan yang dia sudah melampaui batas. Dia agak terkesan dengan pandangan itu. Seolah-olah dia sudah melakukan dosa besar kepada Seungwan.
...
Malam itu, Sehun berbaring disebelah Miyoung diatas katil. Gadis itu masih tak mahu bercakap dengannya. Dia memejamkan matanya dari tadi dan cuba untuk tidur. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak daripada bersua dengan Sehun.
Makan malam pun dia tak sentuh. Bajunya yang terkoyak pun masih tak ditukar. Badannya hanya ditutupi dengan selimut tebal sahaja.
Sehun cuba untuk memegang bahu Miyoung namun niatnya terhenti. Dia rasa macam bodoh pula seorang tuan yang beria-ria mahu perhatian haiwan peliharaannya. Sepatutnya situasi terbalik.
Akhirnya, lelaki itu membuat keputusan untuk berbaring membelakangi Miyoung juga. Kedua-duanya sama-sama egois.
Miyoung menahan rasa sakitnya. Dia mahu pergi dari sana secepat mungkin. Dia sudah tidak tahan disakiti seperti ini.
Tengah malam tiba. Sehun membuka matanya. Dia memusingkan badannya kearah Miyoung. Kedengaran bunyi Miyoung menangis didalam tidur. Gadis itu meminta tolong dipulangkan kepada ayahnya. Sehun mengepal tangannya. Geram kepada dirinya sendiri.
Badannya perlahan-lahan bergerak kearah Miyoung. Bantal peluk diantara mereka dialihkan. Tangannya mulai melingkar pada perut Miyoung dan gadis itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.
Kehangatan yang keluar dari badan Sehun membuatkan Miyoung perlahan-lahan diam. Dia mendodoikan petnya itu tanpa disedari.
Tangan Miyoung yang melecet kerana perbuatannya itu ditilik. Diusapnya lembut pada kawasan yang terjejas itu.
"I'm sorry.." bisik Sehun pada telinga Miyoung. Cuping telinga Miyoung dicium.
Pelukan semakin diketatkan.
"I'll do anything to get your apologies, Miyoung. I'm sorry.."
to be continued
![](https://img.wattpad.com/cover/166612998-288-k594945.jpg)
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...