Part 13

1K 93 2
                                    

"Saya tinggalkan Cik Miyoung dulu.." ujar Butler Kang, meminta diri untuk pergi.

Dia tidak dibenarkan untuk bersama pet kerana itu melanggar peraturan.

"Cik jangan risau. Tak ada siapa boleh masuk sini kecuali dengan cop jari Tuan Sehun," ujar Butler Kang. Kening Miyoung terjongket. Habistu macam mana mereka masuk tadi?

"Kad akses Tuan Sehun. Hanya Tuan sahaja dibenarkan pegang kecuali ada hal-hal macam ni. Cik jangan salah faham ya?" jelas Butler Kang bagaikan faham dengan riak wajah Miyoung.

Gadis itu mengangguk kecil. Seketika, dirinya kini bersendirian didalam kamar seluas sebuah rumah itu. Mewah tetapi tidak semewah mansion keluarga Choi.

Sebaik sahaja Butler Kang keluar, Miyoung pergi kearah balkoni bilik. Dia membuka pintu kaca dan merenung ke luar mansion. Udaranya nyaman disini cuma suasananya agak suram.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh wajahnya, mengerbangkan rambutnya sehingga menutupi sebahagian wajahnya, juga menunjukkan leher jenjang yang masih kosong tidak disentuh oleh sesiapa lagi. Miyoung menyikat rambutnya menggunakan hujung jari.

Pandangan matanya jatuh ke bawah, iaitu pada halaman mansion. Kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian tuxedo hitam dan berkasut hitam sedang memandangnya. Miyoung tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dilindungi oleh kaca mata hitam.

Lama lelaki itu merenungnya sehingga membuatkan dia tidak selesa. Miyoung terus masuk semula ke dalam bilik dan mengunci pintu kaca tersebut. Rasanya agak tidak selamat untuk berada diluar bilik sekarang.

...

Hari kedua dan ketiga berjalan dengan bosannya. Tiada apa yang Miyoung lakukan selain bangun, makan dan tidur. Sehun sudah pun keluar awal-awal lagi dan meninggalkannya sendirian dibilik. Dia pula masih dengan aktiviti yang sama iaitu membuang masa.

Tok! Tok!

Pintu diketuk oleh seseorang. Miyoung yang tadinya sedang menonton televisyen sambil memakan popcorn menoleh kearah pintu serta-merta. Lama dia menunggu Sehun untuk masuk namun pintu tetap tidak terbuka.

Sangkanya, mungkin ada orang yang ingin bermain-main dengannya. Jadi Miyoung abaikan sahaja dan kembali menonton filem hantu.

Tok! Tok!

"OpahMakKau!!"

Popcorn melayang ke udara. Ketukan dipintu yang kedengaran serentak dengan keluarnya hantu pada skrin televisyen membuatkan Miyoung hampir terkena serangan jantung.

Dia bangun dan terus menuju ke arah pintu untuk membukanya. Bukankah Sehun ada akses untuk masuk, habistu kenapa ketuk? Tak reti buka pintu sebab lama sangat kena ikat ke? Hah?!

"Tak reti nak masuk sendiri ke?!"

Miyoung terdiam saat melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri dihadapannya. Lelaki itu tersenyum manis. Dia membuka kaca matanya dan menunduk kearah Miyoung. Paling mengejutkan, lelaki itu cuba untuk mencium tangannya seperti yang seorang putera lakukan pada puteri apabila mereka bertemu. Namun Miyoung cepat-cepat meletakkan tangannya ke belakang.

"Aku ingatkan Sehun ada. Dia mana?" soal lelaki itu.

Miyoung memandang lelaki itu dengan perasaan penuh curiga.

"Dia kan ada mesyuarat. Takkan tak tahu?" soal Miyoung semula. Bibir lelaki itu sinis terbentuk.

"I know. Tapi dia suruh aku bagi fail pada dia. Aku ingatkan dia dah ada dekat sini. Alang-alang kau dah ada apa kata kau tolong beri untuk dia?" cadang lelaki itu.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now