Miyoung tidak dapat ke sekolah kerana mengalami demam panas. Dia tidak dapat bergerak mahupun makan. Irene yang datang melawat juga agak terkejut melihat keadaan gadis itu.Suhu badannya mencecah 50°C yang mana itu agak mustahil untuk manusia. Sepatutnya, suhu itu sudah pun boleh membawa maut kepadanya. Doktor kerap kali datang untuk merawat Miyoung kerana gadis itu tidak mahu ke hospital. Miyoung benci hospital dan yang berkaitan dengannya sebenarnya. Kerana disitulah, tempat ibunya meninggal.
Encik Kim sampaikan pergi ke mansion keluarga Choi untuk mencari Sehun. Mereka sendiri pun tidak tahu Sehun ke mana sampaikan membuat Encik Kim buntu. Miyoung boleh jadi gila sekiranya dia berterusan seperti itu.
Chanyeol dan Jongin juga bergilir-gilir menjaga gadis itu. Sewaktu mendapat berita yang Miyoung sakit, kedua lelaki itu bergegas ke rumah Encik Kim untuk melihat Miyoung. Yang paling risau tentulah Chanyeol. Betullah kata orang, kau bencilah macam mana pun orang yang kau sayang, tapi bila mereka perlukan kau pasti kau akana ada bersamanya. Kedua lelaki itu merawat Miyoung dengan baik seperti bayi kecil.
"Tolonglah cari Sehun. Saya tak sanggup tengok anak saya macam ni." rayu Encik Kim kepada Chanyeol dan Jongin.
Mereka berdua memandang satu sama lain.
"Kami akan sedaya upaya membantu Encik Kim." ujar Chanyeol. Encik Kim mengangguk faham.
Miyoung masih lagi meracau-racau.
Chanyeol membawa Seulgi ke sana kerana gadis itu lebih pakar dari orang lain. Dia merawat Miyoung dengan baik walaupun dia belum kenal sepenuhnya dengan gadis itu.
Seulgi membantu memandikan Miyoung, menyuap makanan bahkan memakaikan pakaian. Sedikit demi sedikit, demam Miyoung kebah.
Dia sudah mampu untuk berjalan walaupun tidak sepenuhnya. Matanya begitu sembab sehinggakan ianya sukar untuk dibuka sepenuhnya.
Miyoung banyak termenung. Seperti wanita kematian suami. Encik Kim sudah pun cuba untuk membuat lawak jenaka dihadapan Miyoung namun tidak dilayan.
Lelaki itu kerap menangis sendirian didalam bilik kerana tak rela melihat anaknya menderita sedemikian. Dia masih lagi tidak tahu akan cerita sebenar disebalik kesedihan yang melanda Miyoung.
Sekiranya dia tahu, entah apalah yang bakal dia buat dengan Sehun.
"Kau nak dengar tak cerita pasal Sehun zaman kecik-kecik dulu?" soal Chanyeol sambil mengacau bubur abalone untuk Miyoung.
Gadis itu nampak tidak berminat. Matanya masih merenung ke luar tingkap. Tidak berkerdip pun.
"Sehun tu kan.. budak berhingus dulu. Asyik berhingus je walaupun tak demam. Lepastu suka sangat makan hingus sendiri. Sedap agaknya.." omel Chanyeol.
Dia cuba untuk melihat respon Miyoung namun gadis itu tidak bergerak langsung dari posisinya.
"Dulu kitorang selalu gaduh. Aku tarik hidung dia, dia tarik telinga aku. Tu yang hidung dia dengan telinga aku jadi besar macam ni. Tapi, omma kitorang lah penyumbang besarnya. Nasib lah jadi orang kacak. Asyik kena cubit je.. Geram agaknya sebab aku comel.." sambung Chanyeol lagi.
Dia rasa nak tergelak apabila terkenangnya memori lama sewaktu mereka masih berkawan baik. Zaman kanak-kanak sememangnya yang terbaik.
Chanyeol menoleh kearah Miyoung lagi. Gadis itu tak bergerak lagi. Serupa mayat hidup. Tak ada perasaan. Chanyeol hampir tak ada modal lagi. Lagipun dia tak berapa nak ingat akan kenangan lama mereka. Bukan tak ingat tapi tak mahu ingat. Yelah, sudah menjadi musuh kan?
"ha ada lagi. lelaki yang kau suka tu suka sangat kencing dalam seluar. Sampai tuttut dia asyik kena penampar dengan omma dia. Pftt. Kesian aku tengok dulu.." ujar Chanyeol sambil ketawa sendirian.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...