Part 37

997 94 261
                                    

"Dia tak nak makan?" soal Sooyoung kepada Irene yang berada didepan bilik Sehun. Irene mengangguk.

Seisi rumah risau dengan keadaan Sehun sekarang. Sudah berapa lama dia tidak menjamah darah haiwan seperti yang dijadualkan. Keluar rumah pun tidak.

Berkali-kali mereka cuba untuk memujuk Sehun namun lelaki itu mahu memberi respon walau sedikitpun.

"Unnie kena pergi ni. Ada urusan. Irene tolong tengokkan Sehun ya?" pinta Sooyoung. Dia memberi kepercayaan kepada satu-satunya sahabat kepada Sehun itu. Irene mengangguk faham.

Dia berdiri dihadapan pintu bilik dan mengejuknya untuk kali ke sejuta. Menunggu Sehun membukanya.

Ajaibnya, pintu secara tiba-tiba terbuka setelah beberapa lama. Irene masuk ke dalam dengan berhati-hati sambil membawa segelas darah ditangannya. Dia mencari Sehun disekeliling bilik yang sebesar sebuah rumah itu.

Entah dari mana, satu bayangan hitam menyerang Irene. Lehernya dicekik.

"Sehun.." Suara Irene menjadi serak. Sukar untuk bersuara.

Sehun bukanlah Sehun yang dia lihat sebelumnya. Dia seperti dirasuk roh jahat. Matanya hitam. Dia kelihatan seperti makhluk yang dilihatnya sewaktu berada diistana kerajaan Britain.

"Bagitau aku kenapa kau bunuh Seungwan?!" marah Sehun. Cekikan semakin kuat.

"Lepaskan aku..aku akan cerita.." pinta Irene. Dia melepaskan Irene. Gadis itu terjatuh dan menghempap pahanya. Dia mengesot menjauhi Sehun.

"Seungwan yang minta.." ujar Irene sambil terbatuk-batuk.

Mata Sehun membulat.

"Apa maksud kau dia yang nak?!" jeritnya dan melempar perkakas yang berada disebelahnya. Irene menutup telinganya kerana takut.

"Kami dapat tahu yang Tuan Kangta nak bunuh dia malam selepas korang nak bersama. Seungwan tak sanggup tinggalkan kau lepas korang dah berhubungan. Dia tak nak kau meratapi kepergian dia. Jadi dia buat keputusan untuk mati lebih awal. Sebab itu, dia suruh aku buat kau hilang kawalan dan hisap darah dia sampai habis." jelas Irene, panjang lebar.

Sehun menggeleng tidak percaya dengan kata-kata Irene.

"Penipu."

"Aku tak tipu!"

"Kau tipu! Seungwan tak akan buat macam tu!"

"Seungwan sakit Sehun! Dia bukan manusia biasa! Dia ada darah keluarga Britain iaitu musuh kita. Kau ingat korang boleh bersama dengan tenang selagi Tuan Kangta ada waktu tu? Seungwan pun memang tak ada masa yang lama untuk hidup waktu tu. Dia dijangkiti penyakit. Dia tak pernah beritahu kau sebab tak nak kau simpati pada dia." sambung Irene.

Sehun diam. Matanya merenung Irene untuk mengetahui samaada gadis itu menipu atau tidak. Dia mendekati Irene dan mencangkung dihadapannya.

"Penipu!!!"

Badan Irene dihempas ke dinding. Sehun mengamuk.

Seisi rumah mendengar bunyi retakan yang terhasil daripada pergaduhan itu. Para hamba mencari vampire untuk melaporkan kejadian itu. Adik-beradik Choi sudah pun berkumpul dihadapan bilik Sehun.

Kyungsoo mengetuk pintu bilik Sehun dengan kuat dan menjerit memanggil nama lelaki itu.

"Sehun bukak! Jangan buat Irene macam tu! Apa pun masalah korang tolong selesaikan secara rasional!" pinta Kyungsoo. Bunyi barang dapur jatuh ke lantai membingitkan suasana.

Mereka cuba menerjah masuk namun pintu itu dikawal oleh kuasa Sehun. Ianya berat seperti ada batu yang menghalangnya.

"Panggil Siwon hyung cepat.." arah Kyungsoo.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now