Miyoung duduk termenung dihujung katil. Dia sudah pun bersiap dan tinggal menunggu Sehun mengajaknya untuk pergi sahaja. Jantung berdegup kencang. Rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku."Sehun.." panggil Miyoung.
Sehun yang sudah selesai memakai kemeja hitam mendekati Miyoung dan duduk disebelahnya. Belakang kepala Miyoung diusap. Rambut Miyoung disisir menggunakan jarinya.
"Wae?" soalnya. Raut wajah Miyoung jelas menunjukkan yang dia risau akan sesuatu.
"Jangan tinggalkan aku ye kejap lagi?" pinta Miyoung. Sehun berkerut. Dah kenapa pula ni?
"Kenapa? Bila masa aku nak tinggalkan kau?" tanya Sehun, pelik. Miyoung menggeleng kecil. Dadanya disentuh.
"Aku rasa tak sedap hati. Macam.. macam ada buruk yang akan berlaku.." jawab Miyoung. Anak matanya bergetar.
Sehun memegang kedua-dua belah pipi Miyoung. Kemudian wajah Miyoung digoyangkan perlahan.
"Tak ada apa yang akan berlaku. Aku akan sentiasa lindungi kau tak kira betapa susahnya dan sukarnya rintangan tu. Hubungan kita tak akan terlerai selagi aku hidup," pujuk Sehun.
Miyoung mengangguk kecil. Pintu bilik mereka diketuk oleh Butler Kang. Itu menandakan bahawa masa untuk mereka pergi telah tiba.
Sehun mengenggam tangan Miyoung dengan kemas dan keluar beriringan daripada hotel.
Masa seakan-akan terhenti. Miyoung nampak pet-pet lain yang turut ketakutan. Riak wajah mereka itu jelas kelihatan. Sooyoung juga turut menyapanya untuk memastikan yang dia okey.
Setelah memasuki limousin, mereka mulai bergerak meninggalkan hotel sepuluh bintang itu. Istana lama vampire dituju. Sehun memerhati Miyoung dalam diam.
Bahunya dipegang.
'Nothing's gonna happen Miyoung..' ujar Sehun dalam hati. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Dia nampak tenang walaupun dalamannya, dia juga risau akan keselamatan Miyoung.
...
Mereka akhirnya tiba diistana vampire. Kereta limousin mulai keluar dari perkarangan istana. Sooyoung dan Siwon memandang satu sama lain kemudian pada adik-adik mereka.
Pintu dibuka oleh pengawal. Satu-persatu dari mereka masuk ke dalam istana yang gelap dan suram itu. Istananya lama, dari era sebelum 30-an namun tidak ternampak begitu usang.
Tiada juga bauan pelik seperti yang dibayangkan oleh Miyoung. Namun disekelilingnya dipenuhi dengan senjata tajam yang tidak pernah dilihat oleh dunia manusia.
Mereka masuk ke ruang utama dimana tempat perjumpaan bakal diadakan. Sebaik sahaja kesemuanya masuk, mereka menunggu untuk ahli organisasi vampire tiba.
Tak lama kemudian, pintu diantara ruangan itu terbuka. Beberapa orang berpakaian jubah hitam keluar dan tidak menampakkan wajah mereka. Akan tetapi, aura yang dikeluarkan itu cukup menakutkan sesiapa yang melihat.
Ditengah-tengah sekumpulan vampire itu adalah alphanya. Ketua segala vampire di Perancis. Orangnya tinggi dan berbadan sasa.
Dia membuka penutup kepala yang menutupi wajahnya itu dan memandang satu-persatu keluarga Choi. Tatapannya terhenti pada Sehun. Satu senyuman diselangi dengan gigi taring yang bersinar terang menghiasi wajahnya.
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampireQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...