BAB 4

6.4K 211 2
                                    

POV Azrene

Aku baru sahaja tiba di Vintage Cafe. Langkahku menjadi laju tatkala melihat ada seorang jejaka berbaju kemeja Putih Dan jeans hitam. Aku kenal gerangannya.

Langkahku terus dimajukan ke kaunter. Raziya macam biasa, makan sambil kira duit.

"Ziya, mamat tu buat apa dekat sini? Awat dia yang lap meja? Dia kerja sini ka?" Aku menggaru topiku.

Tidak silap semalam mamat tu bagi tahu dia datang nak bercuti. Siap tanya tempat yang best lagi. Tapi kenapa harini dia datang lap meja. Tak mungkin dia pekerja baru. Aku tak ngam dengan lelaki macam ni. So annoying.

"Dia pekerja baru sini. Nama dia Qayral." Selamba. Sebab mana?

"Awat hang ambil dia kerja sini? Hang tau kan aku tak ngam dengan lelaki macam dia?" Aku mengerutkan dahi. Aku menepuk wajah sendiri. Jejaka itu hanya memerhati.

"Semalam kau yang beria cabut lutut apa, harini dah ada kau banyak pulal cikadak. Asal pulak kau tak ngam dengan dia. Dengan Aryan okay je." Roti bakar dikunyah. Boleh pula dia tanya time aku tengah bengang.

"Hang tau dak? Semalam dia mai makan sini dia habaq datang sebab nak bercuti. Siap tanya aku lagi tau tempat mana yang best. Dia membongak. Memang aku tak ngam la." Aku bernada tegas tetapi masih cuba untuk perlahankan suara.

Aku memang akan rasa bengang bila ada orang menipu. Aku tak suka. Memang pantang nenek moyang betul. Kalau sebab logik tak apa juga. Yang mamat ni, entah apa muslihat dia.

Geram je aku nak pergi cekik dia. Kalau tak ada undang- undang lama dah mati dalam kafe ni.

"Biarlah dia. Nak cari duit kot. Kau tak payah marah sangat, kau pergi tukar baju. Nak pukul sembilan dah ni." Raziya merenung jam tangannya.

Tanpa dia sedari aku sudah mengatur seribu langkah ke kamar persalinan. Orang gila je kot yang tunggu singa tengah marah.

                        *****
Pov Qayral

Aku mengatur langkah ke dapur. Perutku berkeroncong. Sibuk kerja sampai lupa makan. Haish!

Ya, aku bekerja di Vintage Cafe. Memang niatku untuk bercuti tetapi aku dalam keadaan terdesak. Bukan terdesak dengan duit, tetapi terdesak dengan permintaan papaku.

Flashback...

Kakiku Sudah melangkah luas menuju ke pintu utama. Tidak sabar mahu mengemas barang. Mahu bercuti.

Langkahku terhenti tatkala namaku dipanggil mama. Jangan dia nak batalkan pula.

"Qay, sebelum Qay nak pergi holiday, mama nak cakap something." Wajah mama beriak serius. Aku dah berdebar.

"Ya ma." Aku berlagak selamba.

"Mama tak suka tengok Qay jadi playboy. Mama nak lepas balik holiday, Qay bawa balik bakal isteri. Qay dah besar. Dah dua puluh lapan tahun. Dah matang. Mama nak secepat mungkin." Bernada tegas. Matanya tidak habis- habis menusuk mataku.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now