BAB 34 -HE DID IT-

4.3K 171 0
                                    

Qayral menuju langkah ke ruang tamu. Bagasinya diletakkan di tepi sofa. Punggungnya dilabuhkan di sisi Puan Fatimah.

"Kembar tu mana mak? Jarang ada dekat rumah sekarang." Qayral berbasi-basi.

Pagi-pagi lagi rumah itu sunyi.

"Macam biasa la. Pi jumpa kawan depa."

"Ye la mak. Ni, Qayral nak gerak awal sikit ni. Banyak kerja lagi dekat office. Kesian pulak dekat PA Qayral tu." Senyumnya dilakar.

Puan Fatimah tersenyum dengan anggukan. Dia mengiringi Qayral ke muka pintu. Namun langkahnya terhenti saat melihat Qayral berhenti. Mata Qayral melilau mencari apa entah.

"Cari apa Qay?" Dahinya berkerut seribu.

"Rose mana mak? Dari pagi Qayral tak nampak. Keluar ke?" Pandangannya jatuh ke wajah Puan Fatimah.

"Ough! Rene..." Katanya mati.

"Tengku Qayral Daniel! Isteri awak dah nak hangus dekat sini. Cepatlah." Pekikku dari luar.

Hampir setengah jam aku bertapa di halaman rumah. Hanya bersandarkan kereta Qayral. Aku ingat dia dah nak siap. Aku ni beria nak suprise. Tapi suprise dah terbakar.

Memang aku tidak merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama Qayral. Namun, jika direnung kembali, tanggungjawab sebagai seorang isteri perlu ada. Ego pun kadang- kadang mengecewakan.

Qayral dan mak menjengul kepala di muka pintu. Jelas riak terkejut di wajah Qayral. Mak pula selamba je. Dia dah tahu. Nak terkejut macam mana lagi.

"Siapa nak bawa Rose balik?" Qayral menjeling ke arahku.

Dengan pantas satu tamparan dari mak hinggap di lengan Qayral. Padan muka!

"Orang tu dah nak balik, dia bergurau lagu tu pulak. Sat lagi dia merajuk tak mau balik baru hang tau. Mak tak mau masuk campuq." Geleng mak melihat kerenah Qayral.

Qayral menggosok kesan tamparan. Walaupun tidak kuat, tapi masih terasa sakitnya. Padah la.

Aku mengatur langkah ke arah mak. Tangan mak disalam. Tubuh tua mak dipeluk erat sebelum melepaskan dengan senyuman. aku menyalam mak buat kali kedua.

"Apa ni?" Soal mak sebaik membuka genggaman tangannya.

"Duit untuk mak la. Ambil la." Rayuku.

Mak cuba menolak. Aku menggeleng. Mak akur. Qayral hanya tersenyum. Problem mamat ni.

"Senyum lagi buat apa? Panasakan enjin. Masukkan beg. Beg saya sekali jangan lupa." Jelingku sebelum mengukir senyum kepada mak.

Qayral mencebik. Dia akur.

Usai sahaja keluar dari perkarangan rumah aku mngajak Qayral ke rumah rakan Farihin dan Fariha sebentar. Ada hajat besaq sat.

"Tunggu jap." Arahku sebelum mengambil beg kertas di tempat duduk belakang.

Aku mengatur langkah ke arah Farihin dan Fariha yang sibuk bermain congkak. Mereka hanya memerhatikanku dengan kerutan di dahi.

"Mai sini sat." Panggilku sebelum melabuhkan punggung di meja batu di beranda. Yana dipandang sekilas.

"Awat?" Selamba. Kalau dah selamba badak cakap macam tu confirm la Fariha. Tak pernah nak matang.

Aku menghulurkan Farihin dan Fariha sebuah kotak setiap orang.

"Aku beli ni untuk senang hangpa nak sambung blajaq nanti. Nak call aku. Jangan guna untuk cari parka ka, marka ka. Semua dah lengkap. Hangpa boleh teruih guna." Pesanku sebelum bangun, berdiri tegak di hadapan mereka.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now