BAB 33 -DAMN!-

4K 142 0
                                    

"Assalamualaikum." Sapa Qayral dari muka pintu. Langkahnya diatur bersama bagasi ke dalam rumah kayu itu. Rindu pula terasa.

"Waalaikumussalam. Eh Qay. Tak Dak habaq pun nak balik mai." Dahinya mengerut namun salam Qayral tetap disambut mesra.

"Saja. Supraise tak?" Ketawa Qayral melihat riak selamba Puan Fatimah.

Sengaja Qayral pulang tanpa pengetahuan sesiapa. Jika diberitahu pasti banyak alasan yang Puan Fatimah akan berikan. Dia tahu Puan Fatimah terpaksa mengikut kehendak ego Azrene. Bukan kehendak Azrene.

"Rose dengan budak berdua tu mana mak?" Matanya melilau mencari kelibat yang lain

Sunyi pula rumah itu jika tiada Fariha dan Farihin. Jika ada Azrene sahaja tidak perlu bertanya mengapa sunyi. Memang gadis itu tak berbunyi di rumah ini. Tahu membisu dan mengelamun sahaja.

"Iha dengan Ari pi kluaq bandaq dengan kawan depa. Rene dalam bilik. Dari pagi lagi dia tak kluaq."

Puan Fatimah dan Qayral melabuhkan punggung di ruang tamu.

"Dia okay tak?" Wajahnya bertukar suram.

"Macam tu lah Qay. Ajak makan tak mau. Makan ubat tak mau. Keluaq jarang. Kalau keluaq pun pi tali ayaq tu ja lah. Pujuk la dia Qay. Mak bukan apa, mak tengok dia teruk sangat dah. Pendiam sangat. Sat nangis, sat bisu. Kadang, geram jugak mak bila tanya tak reti nak jawab."

Puan Fatimah menggeleng. Qayral diam seketika. Entah apa lagi yang dia harus lakukan demi Azrene. Semakin hari semakin merundum. Sebarang kemajuan lansung tak mahu ditonjolkan. Kesian juga kepada ibu mentuanya yang terpaksa menanggung Azrene dalam keadaan begitu.

"Qay cadang nak bawa Rose balik." Qayral merenung wajah Puan Fatimah meminta persetujuan .

"Elok sangat lah tu. Pi la pujuk dia." Puan Fatimah memuncungkan mulut ke arah kamar Azrene.

Qayral mengangguk. Langkahnya diatur bersama bagasi ke dalam kamar. Nafas panjang ditarik sebelum memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dikuak, kelihatan keadaan bilik yang gelap dan suram. Entah macam mana Azrene boleh duduk di bilik sebegini. Boleh sesak nafas dibuatnya.

Qayral menutup daun pintu. Lampu kamar dibuka. Kelihatan Azrene berpeluk tubuh kesejukan.

"Tidur rupanya." Sinis. Selimut ditarik membaluti tubuh Azrene.

Bagasi dibuka. Tuala dan pakaian salin dibawa bersama. Terasa melekit tubuhnya.

Usai mandi, Qayral masuk ke kamar semula. Pintu ditutup.

Aku sedar kedatangan Qayral. Ku renung wajahnya tajam setiap gerak geri kuperhatikan. Namun diriku lansung tidak diendahkan. Qayral hanya beriak tenang.

"Kenapa pandang hubby macam tu? Rindu sangat ke?" Qayral tersenyum sinis melihat riak di wajahku semakin berubah. Tak nampak ke aku tengah geram ni?

"Dah, jom duduk luar. Kita sembang kari. Tak rimas ke duduk lama-lama dalam bilik? Tak takut ke?" Qayral mencebik. Rambutnya dikemaskan.

"Dah biasa ditinggalkan keseorangan." Serius. Rambutku yang kusut dibetulkan.

Jelas riak wajah Qayral berubah. Entah apa yang dia rasa. Terasa mungkin.

"Pandai isteri hubby ni berfalsafah. Dah! Jom keluar. Kalau tidak... Hubby angkat sayang. Nak?" Qayral mengacah. Sinis.

"Malas!" Selamba. Selimut ditarik semula membaluti tubuh. Lena dijemput.

"Ye pun nak tidur balik, solat dulu. Ego dengan solat mana wajib? Lepas solat kita makan. Kalau sayang tak nak makan, hubby makan sayang. Cepat! Wake up darling!"

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now