BAB 22 -LOVE?-

4.4K 163 6
                                    

"Jaga diri. Jadi isteri yang baik. Jangan garang sangat dengan Qayral tu." Mak memuncung ke arah Qayral yang memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.

Aku menyalam tangan mak.

"InsyaAllah mak." Selamba. Topiku disarung.

"Jangan duk insyaAllah je. Buat! Hang tu, insaf la jadi lelaki lagu ni. Allah laknat. Dah jadi isteri orang pun. Cukup la." Pesan mak sayu. Aku mendengar mahu tidak mahu sahaja.

Aku jemu. Aku

"InsyaAllah mak. Rene cuba. Tapi.. Rene tak janji." Aku menggosok leher.

"Haih! Hang...." Kata-kata mak mati. Kami menoleh.

"Tak apa mak. Nanti Qayral paksa dia berubah. Kalau dia tak nak juga, kita bincang lain." Qayral ketawa nakal. Tangan mak disalam.

Aku mencebik. Jelingan maut diberikan. Dia pun entah apa-apa. Ada hati nak ubah aku. Pegi da!!

"Dah la mak. Kami balik dulu. Assalamualikum!" Aku menyarung sneakersku. Rambut dibetulkan sebelum topi diapakai semula. Cermin mata diapakai. Sekadar hiasan.

Qayral mengukir senyum sebelum masuk ke dalam perut kereta bersamaku. Kereta BMW milik Qayral membelah hangat hari.

"Comel!" Senafas dengan senyuman lebar Qayral memuji.

"Apa yang comel?" Aku menjeling. Volume radio dikuatkan. Siaran radio Funfm dicari.

"Awak la. Awak nampak comel pakai cermin mata. Nice!" Qayral menyarung cermin mata gerhananya. Sibuk la.

"Heh! Comel?" Aku menanggalkan cermin mata lalu disangkut di leher baju. Selamba sahaja tingkahku.

Aku tak suka dia puji aku comel walaupun hakikatnya aku memang comel. Hahaha! Aku bukan selembut dahulu. Aku bukan seayu dahulu. Hatiku bukan secair dahulu. Kini semua keras. Pemikiran. Hati. Perasaan. Saat aku bersama Qayral pun aku . Aku terlalu merindui Aryan. Aku tahu salah sebagai seorang isteri menyintai lelaki lain yang bukan mahramnya. Tapi.. Qayral bukan untuk aku. Tiada rasa cinta lansung aku padanya.

"La.. Kenapa tanggal?" Qayral mengerut.

"Asal? Dah tak comel ke kalau aku tanggal spek? By the way, kau boleh tak bawak je kereta. Nanti jadi apa-apa... Tak kahwin pulak aku dengan Aryan. Hish!" Aku menyarung kembali cermin mata. Tubuhku disandarkan.

Qayral tersentak. Lidahnya kelu. Bisu. Sebarang kata lansung tidak boleh dilafazkan. Untuk membangkang rancanganku apatah lagi. Qayral tidak sangka aku sanggup berkata demikian.

Sampai hati kau Rose! Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku suami kau yang sah. Aryan tu nobody. Kau sanggup nak jadi janda demi nak kahwin dengan Aryan. Apa kurang aku sampai kau kemaruk sangat dekat Aryan tu? Kau buta ke? Desis hati kecil Qayral. Batinnya tersiksa. Jiwanya meronta.

Qayral menghentak stereng kereta dengan tangannya. Cermin mata gerhananya dicampak. Kereta dipandu semakin laju. Kereta yang penuh di jalan raya tidak dihiraukan. Dia geram. Geram dengan perlakuanku.

"Woi! Apa campak-campak ni. Perlahan la sikit kereta tu. Aku takut la bodoh!" Aku memeluk tubuh.

Qayral memberhentikan keretanya di bahu jalan secara mengejut. Aku sedikit terpelanging ke hadapan. Qayral memusin kepala sembilan puluh darjah. Wajahku ditatap penuh amarah.

"Bodoh? Kau cakap suami kau sendiri bodoh? Kau? Kau tak rasa kau ke yang bodoh? Depan suami kau sendiri kau boleh cakap kau nak kahwin dengan orang lain. Kau ada fikir perasaan aku? Aku ni suami kau. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Susah sangat ke kau nak faham?" Qayral mengenggam kuat bahuku. Tubuhku digoncang deras. Aku kaku.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now