4 tahun kemudian....
Sudah lama aku meninggalkan tanah air sendiri. Rindu? Tak payah cakap la. Bertingkat-tingkat tak terkira. Ada juga Najwa mengajakku pulang ke Malaysia sehari dua, namun aku menolak. Biarlah dia balik sorang. Aku tak sedia lagi.
Tapi, rindu pada si dia lebih tinggi dan dalam. Tak dapat dihitung dengan jari. Ada juga aku melihat media sosial dia, namun tidak banyak yang aku dapat tahu. Teringin juga aku bertanya khabar, namun semua itu mustahil buat masa ini. Walaupun sudah tiga tahun, namun rasa pedih itu tidak pernah hilang. Tetapi semakin berkurang.
Wardah? Entah dah tiga orang anak dah kot. Ada juga aku komen di instagramnya, namun hanya sekali dibalas. Banyak juga aku tag dia di setiap posting lain. Pernah juga dia bertanyakan siapa aku. Namun aku hanya diam.
"Hai! Termenung apa Rene? I mean Rose." Riak gedik dilemparkan.
Aku sudah biasakan diri dengan nama Rose. Untuk elakkan diri dikenali, aku perlu. Di media sosial pun nama ku lain. Gambar aku satu pun tidak pernah di post. Hanya gambar gadis yang aku cintai dipost.
"Tak ada apalah. Rayqal mana?" Soalku sambil meneliti kawasan lapang itu.
"Tu ha dengan adik kau. Bukan main seronok lagi dia. Tak reti duduk diam." Sengih.
Rayqal Daniel bin Tengku Qayral Daniel. Ya, dia anak aku dan Qayral. Anak yang tidak pernah mengenali siapa bapa kandungnya. Usianya yang sudah menginjak empat tahun membuatkan dia semakin keliru. Ada juga dia bertanya kenapa kawan dia ada ayah. Dan kenapa dia tak ada. Aku hanya menjawab suatu hari nanti dia akan tahu jua. Lambat laun.
Kalau ada mak, mesti dia seronok.
"Ray, come here." Aku mendukung Rayqal. Dia ni bab main dunia pun boleh lupa. Suka sangat main dengan burung tu.
"What are you doing?" Pipi gebunya dikucup.
"Playing with bird. Let's play together mummy." Ujarnya dengan teruja. Bertepuk tangan dah.
"Never mind. Mummy tired. Can you just play with aunty and uncle?" Aku merenung mata bundar itu. Sama macam mata Qayral. Wajahnya juga saling tidak tumpah dengan Qayral.
Rayqal mengangguk. Aku menurunkannya dan terus menuju ke arah Najwa.
"Wa,.."
"Hm.."
"Jom balik Malaysia?" Tenang.
Hampir terkeluar balik air kopi yang diteguknya. Buntang matanya.
"Serious?"
"Hmm.. Dah lama tak balik sana. Entah sama atau tidak. Entah dikenali atau dibenci." Aku mengeluh berat.
"Aku tak kesah. Kalau kau on aku pun on. Lagipun, aku memang ada hajat nak balik. Dah lama tak jumpa family aku." Senyum.
Tegukan digentikan..
"So, bila nak balik?" Sedikit teruja.
Siapa saja yang tidak teruja. Nak melepaskan rindu. Namun, aku yakin, waktu itu Qayral pasti muncul di hadapanku. Saat itu aku harus bertabah. Ia antara dua, jalan yang lurus atau jurang. Jujur atau berdalih.
"Apply cuti dulu. Kalau dapat dalam hujung minggu ni, kita balik la." Senyum.
"Okay. Dah la, jom balik. Rayqal bukan boleh lama sangat dekat luar ni. Sejuk. Nanti selsema pulak." aku mencapai tas tangan.
"Ray, let's go home." Aku menghulur tangan untuk mendukung.
"No!"
"Do you want to meet your daddy?" Aku menjongket kening. Cuba menarik perhatian.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
General FictionDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...