BAB 36 -KESAL-

4.3K 148 0
                                    

"Rene... Lunch nanti ikut aku bole tak?" Bodek Wardah. Riak comel diyangkan.

"Okay." Ujarku selamba.

Lebih sebulan aku tak masuk kerja. Kerja yang tertangguh bertimbun di atas meja. Pekerja lain apa kurangnya. Akibat cuti seminggu yang diluluskan, semua tugas tergendala. Tu la, syok sangat bercuti.

"Kafe bawah tau." Senyumnya meleret.

"Ya Cik Wardahku sayang. Dah, pergi sambung kerja kau tu. Aku banyak lagi kerja ni." Aku menolak tubuh Wardah, namun tubuh itu mengundur kembali.

"Kau okay?"

Aku menjeling sekilas ke aah Wardah.

"Okay." Wardah terus berlalu pergi. Aku ni nak ikut, kang tak ikut baru tahu.

Baru sahaja beberapa minit berlalu, Wardah datang semula kepadaku. Tak pernah puas ke.

"Apa lagi?" Ujarku. Amarah ditahan.

Aku dah la tertekan dengan kerja yang bertimbun. Tolong kacau pekerja lain pulak boleh tak?

"Tengku panggil." Selafaz.

"Dia nak apa? Cakap kat dia, aku banyak kerja. Aku tak boleh jumpa sekarang." Tugasku kembali disambung.

Qayral ni pun satu. Tak boleh tengok aku tenang sikit. Ada sahaja kerenhanya.

Wardah berlalu setelah mengangguk.

*****
Knock! Knock! Knock!

"Masuk."

Wardah berdiri di hadapan meja Qayral.

"Rene cakap dia banyak kerja. Dia tak boleh nak jumpa Tengku sekarang." Ujarnya dengan khusyuk. Nanti lupa skrip pulak.

"Okay. By the way, thanks." Ucap Qayral sebelum keluar dari kamarnya bersama-sama dengan  Wardah.

Haluan masing-masing dibawa. Wardah menuju ke kamar khasnya, manakala Qayral mwngayur langkah ke ruang kerja Azrene.

"Apa lagi? Tolonglah bagi saya ketenangan sikit. Banyak kerja ni." Ujarku sambil menarik rambut. Wajahku beriak sugul. Sungguh aku tertekan tika ini.

"Nak pergi rumah mama tak lepas balik kerja?"

Pandanganku dibawa ke arah kerja. Qayral lansung tidak diendahkan.

"Hmm.."

"Okay."

Dah? Tu je? Sakitnya hati kita. Dah la kerja banyak, pastu nak melayan orang sekeliling. Stress wey. Tu la kau Rene, mengada sangat nak merajuk, padan la dengan muka.

*****
"Rene... Cepat la. Nanti waktu lunch habis." Rungut Wardah. Kakinya dihentak-hentak. Macam budak kecik..

"Kau pergi la lunch. Aku banyak kerja lagi ni. Tolong tapau, nanti aku bayar." Tangan dan mataku masih ligat bekerja.

"No!" Wardah terus berdiri disisiku. Kalau gugur janting aku tadi memang sia-sia je kau ni.

"Tak boleh! Kau kena ikut juga. Aku ada something nak bincang."  Matanya membulat.

"Fine!" Ujarku sebelum menutup file di atas meja. Beg tangan dicapai.

Aku dan Wardah tiba di tingkat bawah. Aku mengatur langkah ke kereta namun langkahku terhenti saat Wardah memanggilku. Bibirnya dimuncungkan ke arah kafe Ifzan. Aku hanya mengangguk dan menuju ke kafe Ifzan.

Aku melabuhkan punggung di meja yang terletak di sudut belakang kafe. Wardah sibuk memesan makanan. aku ni bukan kesah sangat bab makan, bagi je apa pun aku telan. Yang aku tak makan batu, kayu, najis!

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now