BAB 32 -NASIHAT-

4K 159 1
                                    

"Hai! Termenung apa tu?" Sapa Raziya dari arah belakang.

Memandangkan hari ini kafenya tutup, aku mengajaknya untuk menemaniku. Aku sunyi. Terasa kosong. Entah apa yang tidak cukup. Sudah dua minggu aku di sini namun masih belum kugapai ketenangan itu.

Qayral? Ada juga dia datang menjenguk ku seminggu sekali. Namun aku masih sukar melayaninya. Aku sering mengelak.

Aku hanya tersenyum sinis. Kepalaku dilabuhkan ke bahu Raziya.

"Berapa lama lagi kau tinggal dekat sini? Qay tak marah ke?" Pemandangan sawah yang lapang derenung.

"Hang ni macam tak suka ja aku tinggai sini lama-lama?" Sinis.

Topik Qayral cuba diabaikan. Malas mahu dibangkitkan. Nanti hujan pula mata ni.

"Mana ada. Aku cuma pelik, Qayral tak rindu ke isteri dia ni? Senang je dia biarkan kau tinggal dekat sini lama-lama. Ke... " Meleret.

"Ada problem sikit. Tapi semua okay. Tak payahlah risau pasal aku." Senyum.

"Eh! Tak kuasa aku nak risau pasal kau. Risau pasal my sweetheart lagi bagus."

Pantas aku mengangkat kepala. Dengan riak terkejut aku merenung wajah tenang Raziya.

"Siapa?" Tubuh Raziya digoncang.

"Adalah." Sinis. Dadanya disentuh. Tubuhnya digoyangkan.

Aku menggeleng. Memang macam ni lah bila first time dilamun cinta. Sudah la. Dah tua baru rasa bercinta, nampak sangat macam kebudak- budakan. Khusyuk sangat.

"Jangan terlalu berharap Ziya. Aku tak mah hang yang terluka nanti." Sayu. Pandangan dibawa ke tali air.

"Eleh! Dia bukan macam Ifzan." Raziya menjelingku dari ekor mata.

Sepi menyapa. Riak wajahku terus berubah semakin sayu. Terasa bahang di mataku.

Raziya mula serba salah. Serba tidak kena. Tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Air mataku mula mengalir perlahan. Sebak tidak tertahan.

"Sorry... Aku terlepas, tak sengaja. Jangan la nangis. Nanti aku pun menangis. Sorry la." Belakangku diusap.

Aku hanya terdiam membisu. Entah apa yang harus aku perkatakan. Memang aku tersangat lemah setelah mengalami trauma. Aku mudah menitiskan air mata apabila isu Ifzan dan Qayral berkait rapat.

"Sorry lah. Tapi aku nak tanya, kenapa kau sekarang senang menangis? Dulu tak macam ni pun. Orang usik kau teruk mana pun kau tetap okay. Tapi sekarang.. why?" Wajahku yang sembab direnung. Mencari maksud tersirat dari setiap riak.

"Entah lah Ziya. Lepas aku trauma ni, senang sangat menangis. Mungkin ni kot kesan dia." Aku melepaskan keluhan berat. Tak pasti dengan perasaan sendiri.

"By the way, sorry. Aku janji aku akan tolong kau jadi macam dulu. Okay?" Senyum.

Aku mengangguk dengan senyuman.

*****
"Hai, jauh termenung? Sampai mana dah? Zimbabwe?" Sengih.

"Banyak la kau punya Zimbabwe. Aku cuma teringatkan Rose la. Dah dua minggu dia tak sebumbung dengan aku. Dapat tengok pun seminggu sekali. Tu pun, dia nak tak nak je layan aku. Suka sangat mengelak bila aku nak datang dekat dia. Stress lagi macam ni." Rambutnya dikusutkan.

Entah apa lagi yang dia harus lakukan demi menambat hati Azrene semula. Segala cubaannya gagal. Bikin fikirannya sesak memikirkan hal rumah tangga mereka. Dia menyesal dengan tindakan melulunya.

"Serious? Dia tak balik lagi ke? Parok bena la. Kesian sahabat aku ni. Stress sampai bodoh. Stress sampai rasa macam nak mati dah. Teruk sangat ke hubungan kauorang ni?" Sinis. Hot chocolate dicicip perlahan.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now