Aku tiba di perkarangan rumah. Lagi mengejutkan, rumahku dibanjiri dengan puluhan manusia. Aku dah agak ada yang tidak kena.
Aku keluar dari perut kereta bersama kereta. Nafas ditarik. Aliran air mata diusap perlahan. Tak dapat menahan sebak. Walaupun belum melihat, namun air mata sudah menitis.
"Be strong."
Aku melangkah perlahan masuk ke dalam rumah.
"Assalamualikum." Ucapku perlahan. Tak mahu menganggu orang yang membaca Yaasin.
Belum sempat untuk aku melabuhkan punggung di sisk sekujur tubuh tua, tubuhku sudah diterpa Fariha dan Farihin. Esakan demi esakan membuatkan hatiku semakin luluh.
"Kak Rene. Mak dah tak dak."
Aku rebah di sisi mak. Qayral sempat menyambutku. Aku terasa lemah seluruh tubuh. Tak mampu lagi terus berdiri. Terasa bagai hilang separuh nyawa. Air mata semakin deras mengalir.
Kenapa kau tak ambil nyawaku Ya Allah. Andai bisa aku gantikan tempat emakku, aku redha Ya Allah. Aku tidak sanggup melihat pemergian orang tersayangku. Aku lemah Ya Allah. Sungguh terasa berat dugaannya.
"Kenapa mak tinggaikan Rene? Awat mak tak tunggu Rene? Rene tak kuat mak." Aku rebah ke dalam pelukan Qayral. Aku menangis sepuasnya di dada bidang Qayral.
"Sabar sayang. Ini takdir." Qayral memgusap belakangku. Menitis juga air mata jantannya.
Aku hanya menggeleng. Sungguh aku pilu saat ini. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Perasaanku bercampur baur.
Fariha dan Farihin memeluk tubuhku. Aku hanya mampu mengusap mereka. Aku tak mampu berlebihan. Sedangkan aku juga terasa mahu pengsan.
"Boleh kita mandikan jenazah sekarang? Barang dah siap." Soal Pak Hamid, ketua kampung ini. Bab ni semua dia uruskan.
"Boleh dak kalau saya dengan keluarga saya nak mandikan mak saya?" Aku berwajah simpati.
"Lagi elok."
Aku mengesat air mata.
*****
"Sayang, jom balik. Panas ni." Qayral mencuit bahuku."Hubby balik la dulu. Sayang nak duduk dengan mak kejap." Aku mengesat sisa air mata. Air mataku sudah tidak mampu mengalir. Sudah kehabisan.
"Sayang, jangan la macam ni. Nanti sayang yang sakit. Jom kita balik, esok kita datang semula." Qayral cuba memujuk.
Aku hanya akur. Aku bangun dan membantu Qayral melipat tikar. Qayral menarik bahuku. Tubuhku dibawa ke dalam dakapannya. Aku sudah tak mampu berjalan. Aku lemah Ya Allah.
*****
"Awat hangpa berdua tak dak telefon Kak Rene? Ni pun selamat Kak Rene paksa abang Qay hang balik. Kalau dak, mak dah tanam pun hangpa duk diam lagi. Apa guna Kak Rene bagi telepon tu? Untuk telefon kalau kecemasan bukan biaq kaku dalam seluaq tu." Ujarku sedikit geram.Mana tidaknya, pemergian mak lansung tidak diberitahu. Katanya meninggal selepas Subuh, sepatutnya apabila orang dah sampai, khabar ini patut sudah sampai di gegendang telingaku. Ini tidak, diam sahaja. Seperti aku ini tiada pertalian darah.
Fariha dan Farihin hanya tertunduk.
"Dah la tu sayang. Mungkin diaorang terkejut sangat sampai lupa nak telefon. Benda tak jangka Rose. Semua pun boleh lupa." Qayral menenangkan aku.
Ada benar juga kata Qayral. Tak semudah itu juga bagi mereka nak menerima takdir ni. Aku yang dah besar ni pun sampai lemah satu badan, apatah lagi diaorang yang tak pernah jauh dari mak. Paling jauh pun pergi pekan beli barang sekejap.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
General FictionDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...