BAB 9

4.6K 188 1
                                    

Azrene dan Qayral tiba di hadapan lobi Neil's Holding. Mereka keluar Dari perut kereta serentak. Qayral menyerahkan kunci kereta kepada pegawai yang bertugas. Langkah mereka terus diatur menaiki lif menuju ke tingkat enam.

Azrene hanya beriak selamba. Dia tak tahu nak buat apa. Namun, dia sangat cantik hari ini. Blouse merah jambu yang dibelikan Qayral semalam disuaikan dengan jeans putih. Jelas kewanitaannya. Lebih cantik berbanding dahulu.

Setibanya dia masuk ke dalam ruangan pejabat Qayral, seluruh mata menikam susuk tubuhnya. Umpama penjenayah yang paling jahat. Ada yang senyum. Ada yang sinis. Hah! Adat manusia.

POV Azrene

"Qay! Awat depa pandang kami lagu tu? Ada yang tak kena ka? Zip seluaq kami terbukak ka?" Aku memeriksa dalam diam seluarku. Fuh! Selamat.

"Kau new staff kan?" Senafas. Dia ni... ish!

Aku mencebik. Aku melabuhkan punggung di hadapan meja Qayral. Dia turuti. Aku melihat seluruh sudut kamar itu. Aku bersyukur sebab bakal bos aku pembersih. Hiks!

"Aku cakap sekali je. Dengar elok-elok." Serius. Kesian tak pandai senyum. Nanti aku ajar ya.

Aku mengangguk. Aku sempat membuka perakam suara di telefon pintar secara diam. Aku ni pelupa.

"Gaji kau satu bulan lima ribu. Nanti kau keluar, kau pergi dekat bilik depan ni. Kau Tanya dia tempat Azrene Rose dekat mana. Nanti kau tahu kerja kau. Panggil aku Tengku. Dekat luar macam biasa. Pergi mana-mana dengan aku. Tolong serius." Mata tegasnya menikam mata tenangku.

"Alright Tengku!" Aku metabik.

"Ada lagi, kalau aku suruh kau ikut aku jumpa client, loghat utara kau buang. Lunch nanti ikut aku." Dia membelek file yang berada di atas meja.

"Okay. By the way, jom lunch dekat cafe bawah. Tadi aku nampak, tapi tak perasan nama dia apa. Boleh tak?" Aku membuat riak comel.

"No!" Ringkas. Selamba

"Awat?!" Aku membulatkan mata, membentak.

"Kau nak ke tengok muka orang yang kau simbah air oren haritu lagi sekali?" Dia mendatangani sehelai kertas.

Simbah? Tak sangka mamat tu ada kafe. Heh!

"What? Tu cafe dia ka? Tak mau ah. Kami keluaq dulu." Aku terus mengorak langkah selamba ke kamar di hadapan kamar Qayral. Bilik kecil je. Ada seorang perempuan, seksi juga. Sibuk semacam.

Aku mengetuk pintu kamar dengan senyuman nipis.

"Masuk! Ye?" Dia menyoal aku dengan senyuman. Cantik!

"Maaf ganggu. Tempat Azrene Rose dekat mana?" Aku menyoal tersipu malu. Sejak bila entah jadi macam ni.

"Ough! You pekerja baru? Ikut I." Dia terus mengiringiku.

                           *****
POV Azrene

"Rose! Cu..." Ayatnya mati. Aku lah yang matikan. Aku je ada dengan dia.

"Chop! Awat hang panggil kami Rose? Kami tak suka hangpa panggil kami lagu tu." Aku kembali mengunyah ayam.

"Ah! What ever! Aku nak Tanya ni. Apa hubungan kau dengan Ifzan, sampai kau marah macam tu? Motif?" Qayral mengangkat sudu Dan garfunya sebagai tanda mengapa.

"Hang ni spoil mood betoi la. Awat yang hang nak tau sangat." Aku membaling tulang ayam ke dalam pinggang. Aku tak suka Qayral bangkitkan isu tu. Aku ni sensitif.

"A.. Aku.. Aku kena kenal pekerja aku macam mana. Nanti kalau dia serang kau dekat pejabat aku, nanti aku yang kena tangung." Qayral memberi alasan tak logik.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now