Azrene dan Qayral tiba di hadapan sebuah cafe. Azrene berpakaian kemeja putih, jeans hitam. Sudah tentu topinya wajib dalam setiap pemikaian tidak kira di mana jua. Qayral pula hanya memakai T-shirt polo hitam bersama jeans hitam. Simple!
Mereka keluar dari perut kereta terus menuju masuk ke dalam kafe.
Qayral cuba menarikkan kerusi untuk Azrene, namun ditolak. Marah ke?
"Aku ada tangan. Aku boleh buat sendiri." Sebaris perlian Azrene.
Entah mengapa mood dia pagi INI sedikit merundum. Bukan marah dengan ajakan Qayral, tetapi cuti yang dia boleh dapatkan hanya seminggu sekali. Waktu itu digunakan untuk merehatkan tubuh yang penat bekerja. Siapa sahaja yang suka cutinya diganggu?
POV Azrene
Mata bundarku menjeling wajah tenang Qayral. Terus menusuk bola matanya. Makin lama tatap makin sakit hati!
"Awat hangpa nak jumpa kami sangat? APA yang MUSTAHAK sangat? sampai tak boleh jumpa esok ja." Sengaja aku menekan kalimah mustahak. Geram.
"Kita oder dulu." Qayral mengangkat tangan kanannya. Memanggil salah seorang pelayan lelaki yang sedang rancak berborak di hujung sudut kafe.
Pelayan itu mengambil senarai menu di kaunter. Langkahnya menjadi laju tatkala mata berang Qayral menusuk bola matanya. Aku hanya perhatikan.
Aku meniliti segenap menu. Lebih kurang di Vintage Cafe je.
"Give me hot chocolate and spaghetti bolognaise." Aku menghulur kembali senarai menu.
"Saya nak latte dengan spaghetti carbonara." Qayral turut memulangkan kembali senarai menu.
Pelayan lelaki itu beredar.
"Hm.. Ceghita la." Sejali lagi aku menjeleling.
"Saya nak minta tolong something ni." Selamba. Pandangannya jatuh ke atas lantai.
"Apa?" Aku merenung segenap wajahnya yang semakin mengerut. Entah apa yang dirisaukan.
"Saya harap awak tak marah. Saya harap... " Ayatnya mati tatkala aku bersuara. Nak bermadah pulak.
"Hang boleh dak straight to the point? Nak berkias awat? Kalau aku boleh tolong aku tolong." Aku menepuk meja perlahan. Berang.
Qayral kelihatan terkejut. Dia tak kenal lagi siapa Azrene Rose.
"Okay, sorry. Actually saya nak awak jadi girlfriend saya sekejap je. Lepas saya tunjuk dekat my mom, kita boleh buat hal masing-masing." Telapak tangannya disatukan di hadapan muka. Memohon. Merayu.
"What? Hang gila ka? Hang cakap pakai kepala lutut ka? Memang dak la aku nak buat kerja lagu tu. Hang ingat aku nak dak maruah ka?" Mataku membulat.
Memang kerja gila kalau aku terima tawaran ni. Cukup sekali maruah keluarga aku dipermainkan, bukan untuk Kali kedua. I can't do this.
Sebelum Qayral sempat bersuara, seorang pelayan lelaki tiba dengan sedulang makanan dan minuman. Pesanan diedarkan sebelum dia berlalu pergi.
"Tolong Rene. Sekejap je. Saya sanggup bayar awak berapa pun asalkan awak terima tawaran ni. Saya terdesak sangat ni." Dia mengenggam tangan kananku. Merayu.
Aku merentap kasar sebelum meneguk hot choclate. Sempat pulak.
"Jangan sentuh aku! Hang pikir
Aku murahan sangat ka? Aku bukan macam perempuan dekat luaq sana. Bukan hat dekat KL tu. Aku lain. Dik, sini." Aku bangun sedikit dan menengking perlahan di hadapan wajah Qayral sebelum memanggil pelayan."Yes Mrs." Lembut suaranya menyapa dengan senyuman terukir.
Tak payah nak Mrs sangat. Aku bukan kahwin lagi. Baru 25 tahun.
"Bungkuskan spaghetti bolognaise ni. Cepat sikit tau. Saya dah tak sanggup nak layan kucing tak cukup kasih sayang ni." Aku menjeling wajah Qayral yang sudah tertundu. Tak payah nak merajuk sangat.
Aku memang tak suka membazir. Tak suka membazir sampai makanan yang tak habis dekat kedai pun aku bungkus. Membazir tu amalan syaitan. Aku manusia. Kalau aku tak makan habis nanti mak aku cakap ' kesian nasi tu menangis. Kesian mi tu menangis. Kesian cabai tu menangis.' Aku tak nampak pulak bends tu menangis. Mak aku ni melebih!
"Okay. Tunggu sekejap." Dia terus berlalu pergi membawa mangkuk spagetti aku ke dapur.
"Awak nak pergi mana?" Qayral turut bangun. Dahinya mengerut. Jangan nak buat drama senetron dekat sini pula.
"Balik! Layan hang? Esok lusa pun belum habis lagi isu ni." Aku mendengus kasar.
"Awak nak pergi mana?" Dia mula menggelabah.
Beberapa minit kemudian pelayan lelaki itu tiba. Sebuah beg kertas dihulurkan kepadaku.
"Eh, tempat ni bukan kolot sangat tak ada teksi ka, bas ka. Terima kasih. Nanti suruh kucing tak cukup kasih sayang ni bayaq." Aku terus mengambil beg kertas tersebut Dan berjalan keluar. Selamba.
Ini bukan drama melayu, asal nak bla je, toleh belakang dulu. Aku ni mengamalkan sikap pergi mampus.
*****
Sejurus Azrene tiba di rumah, kamarnya menjadi sasaran utama. Dia hanya pulang menggunakan teksi.Tubuhnya direbahkan ke atas katil selepas menutup pintu Dan meletakkan makanan di atas meja solek.
Pandangannya jatuh ke atas siling kamar. Dia merenung segnap kamar itu. Fikirannya ligat memikirkan tentang kejadian pagi tadi.
Kenapa aku! Kalimah itu terus berlegar dalam fikirannya. Bermain seperti pita perakam. Arg! Penat memikirkan.
Pov Azrene
"Kenapa mesti aku? Tak dak orang lain ka? Dekat KL tu belambak kan? Boleh sewa lagi." Aku menaggaru dagu. Entah menagapa aku begitu risau tentang tawaran Qayral. Asal? Kau berminat ke? Aku perli diri sendiri.
"Apa tujuan sebenaq hang mai sini Qayral?" Azrene menggaru dagunya yang tidak gatal.
*****
Qayral pulang dalam keadaan hampa. Rasa malu terus menerus menerpa. Dia raksakan dia orang paling bodoh sekali. Azrene tidak seperti yang disangkan. Azrene lain daripada lain. Lebih sukar dipancing daripada sangkaan Qayral.Dia cuma mahu Azrene berlakon sebagai teman wanita sementaranya. Selesai, semua akan habis.
Bukan Qayral tidak mahu berkahwin, tetapi diarasakan semua perempuan sama seperti bekas kekasihnya, Latisya. Hanya mahukan wangnya dan terkenal. Semua blind date yang diaturkan mamanya, dihancurkan begitu sahaja. Setiap gadis yang mahu berkahwin dengannya, semua ditolak. Sudan banyak Kali juga dia disiram air di muka. Cakap sahaja air apa yang tidak kena.
Qayral penat. Esok dia mahu bekerja pula. Memujuk lagi. Banyak benar tugasnya. Tanpa dia sedari, dia lena di atas sofa.
*****
Vote🌹🔥
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Fiction généraleDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...