Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke Neil's Legacy, aku terus menuju ke kamar Qayral. Maklumlah, terlewat pulak harini.
Aku menguak daun pintu. Senyumku terus terbalik. Patutla Wardah tak bagi masuk tadi. Senyum kembali diukir. Aku nampak Qayral sudah menggelabah. Namun, aku masih bertahan. He did nothing right?
"Morning my chubby bunny?" Aku terus melabuhkan punggung di sisi lengan Qayral. Leher Qayral dipaut. Jelas wajah gadis di hadapanku sedikit beriak terkejut.
"Morning honey. Jiha, kenalkan my wife." Qayral tersenyum girang sambil mengusap kepalaku. Tahu la aku pendek.
Membuntang mata gadis itu. Aku bersalaman dengannya. Namun, salamku disambut mahu tak mahu sahaja. Kau pehal. Suami aku.
"Azrene, wife Qay." Aku melakar senyum.
"Najiha, ex..."
"Ex kawan hubby. Dia datang sini sebab nak minta nombor kawan hubby. Hubby tak ada nombor tu sebab dah lost contact." Qayral beriak manja.
Aku mengusap rambut Qayral. Aku tahu Qayral tak suka orang sentuh rambut dia yang kemas tu, tapi aku tengah geram sekarang ni. Aku tak bodoh lagi. Aku pun pernah juga potong ayat orang. Perempuan tak guna. Dah bekas tu, bekas je la.
"Kenapa sentuh rambut hubby? Rosak dah." Qayral membetulkan kembali rambutnya.
"Tak apalah." Aku menggosok lagi sekali rambut Qayral. Geram nih!
Qayral menggertap bibir bawahnya. Aku ketawa. Najiha dia hadapan tidak diendahkan.
"Gigit bibir pulak? Nak goda ke? Cium kang baru tahu."
Berderai ketawa tak ikhlas aku. Malu ditahan ditahan demi mempertahankan rumah tangga. Kena la tebalkan muka ni. Tak tahu dah berapa inchi ni.
"Nakalnya. Cepat! Betulkan rambut hubby balik." Qayral menyuakan kepalanya.
"Er.. er.. Qay, I balik dulu ya. See you next time." Ujarnya sambil mecapai tas tangan.
"Balik la. Sibuk je duduk sini. Ornag nak bemanja kasih lun susah. Tak payah next time. Next year pun belum tentu aku bagi kau jumpa dia. Balik!" Ujarku sambil bercekak pinggang.
Wajah Najiha direnung tajam. Jelingan maut diberikan. Senyum dilakar seketika untuk Qayral yang galak mentertawakan Najiha.
Najiha terus beralu pergi. Tiba masa aku menjalankan tugas yang tertangguh.
"Lain kali, jangan bercinta kalau tahu tak reti tanggung." Aku menjeling Qayral.
Tidak sempat nak buka pintu, satu pelukan hinggap dari belakang. Qayral mendaratkan kepalanya ke atas bahuku.
"Apa lagi?" Soalku sedikit lemah. Tiba-tiba rasa tak ada mood.!1
"Marah ke?" Ujarnya dengan muncung di bibir.
Aku cuba meleraikan pelukan.
"Banyak kerja lagi ni. Nanti lambat balik pulak." Ujarku sambil meleraikan pelukan yang sudah longgar itu. Pantas aku keluar dari kamar Qayral.
Tak sanggup dah nak berdepan dengan Qayral. Tak tahu mengapa. Tapi, aku rasa tak sedap hati apabila melihat Najiha. Rasa macam sesuatu.
"Aku dah cakap kan jangan masuk tadi." Sapa Wardah dari arah belakang. Aku hanya meneh sekilas.
Aku hanya diam tanpa membalas. Cawan di kabinet aku capai. Sepaket nescafe dituang.
"Aku rasa semacam la. Tak sedap hati." Nescafe dicicip perlahan. Punggungku ditongkatkan di meja pantri.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficção GeralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...