"Tengku Qayral Daniel!!! Bangun! Dah lewat nak pergi kerja ni." Aku menolak tubuh Qayral yang kaku. Boleh sambung berdengkur pulak tu. Haish! Bos jenis apa la.
"Hmmm... Kerja apa? Papa bagi cuti seminggu la. Orang nak tidur pun susah." Kain selimut ditarik membaluti tubuh.
Aku duduk di birai katil. Melompong. Punya awal aku bangun, tapi tak kerja. Baik aku melantak sampai tengah hari. Bukan aku solat pun.
"Habistu apa function balik? Baik aku duduk kampung. Lagi syok! Tepi la kau. Dah la aku gerak bangun subuh pun susah. Tanggung la dosa kau." Aku menolak Qayral sehingga jatuh dari katil.
Aku terus berlari keluar dari kamar dengan amarah.
"Azrene Rose! Kenapa tak kejutkan aku?" Pekik Qayral. Belakangnya digosok. Aku hanya tersenyum sinis.
Langkah terus diatur masuk ke dalam kamar. Pakaian ditukar. Langkah diorak menuju ke dapur. Dapur pun cantik. Rasa nak tidur je. Penghawa dingin dibuka hingga ke paras paling minimum. Peti sejuk dibuka.
"Mamat ni suka makan apa?" Aku menggaru dagu. Aku bukan rapat sangat dengan dia. Masak breakfast pun tak pernah.
"Roti titap okey kot?"
Kaya dibawa keluar dari peti. Telur dua biji juga. Air dipanaskan. Telur dimasukkan setelah air mendidih. Roti disapu mentega cair. Roti dibakar garing.
Perh! Macam iklan aku author bercerita.
"Morning my angle!" Qayral memelukku dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahuku. Tempah maut mamat ni.
Aku menyigung rusuk Qayral. Serta-merta pelukan dilepaskan. Rusuknya dipegang.
"Kenapa ni? Sakit tau." Qayral melabuhkan punggung di meja makan.
"Padan la muka kau. Siapa suruh peluk aku? Aku dah cakap aku tak suka kau. Memang makan la." Aku menghidangkan dua keping roti bakar. Telur separuh masak dipecahkan di atas roti. Kaya diletakkan di atas telur.
"What? Apa ni?" Qayral menolak pinggan. Tangannya disilabgkan di dada. Wajah dimonyokkan.
"Eh kau. Demand sangat pahal? Ni roti titap. Makan je la. Rumah kau dah la tak banyak barang. Kang aku tak masak baru tahu." Aku turut melabuhkan punggung. Perkara yang sama dilakukan terhadao rotiku.
"Saya tak makan benda macam ni. Pelik!" Wajahnya mengerut. Makan tangan jugak kang mamat ni.
"Kau makan. Sebelum aku jadi isteri yang kejam. Makan!"
Aku menepuk meja. Mata dibulatkan. Serta-merta Qayral menarik pinggannya.
"Ma...macam mana nak makan ni?" Tangannya terketar. Tahu pun kecut.
"Ha.. Macam ni la good boy. First.. Kacau telur ni dengan kaya. Kalau nak cecah guna roti terus pon boleh. Ikut mana kau selesa." Aku menyuap sesudu roti ke dalam mulut. Sedap palih!
"Hmm.. Dapnya.." Puji Qayral. Mulutnya masih penuh. Comel. Tapi tak boleh tanding parka mini aku.
"Rose! Lepas makan ni kita keluar. Kita beli barang dapur sikit. Shopping sikit. Alang-alang dating terus la." Ketawa Qayral. Pipinya memerah. Maklumlah.. Putih!
"Heh! Tak hengen aku. Kau je la keluar. Aku malas la." Aku menghabiskan suapan terakhir. Jus oren diminum.
"Ala... Mami teman la Qiqy. Qiqy takut pergi sorang-sorang. Qiqy janji Qiqy belanja mami. Boleh..?" Meleret. Matanya dikebilkan sebelum suapan terakhir diselesaikan.
Aku mendongak mencari wajah Qayral. Mataku membulat. Air yang diminum hampir tersembur keluar. Qiqy? Welk!
"Aku malas. Aku bukan jenis suka shopping ni. Please! Bagi aku rehat." Aku membawa pinggan ke sinki.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Ficción GeneralDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...