BAB 27 -HOLIHAY!-

4K 157 0
                                    

"Kita nak pergi holiday tiga hari ja, yang hang pi bawak beg macam nak tinggai sana teruih pasai apa?" Tengkingku. Pinggang dicekak.

Tak pernah dibuat orang nak pergi bercuti tiga hari tapi bawak beg macam nak lari rumah. Barang apa entah dia bawak. Teruk sangat dia ni.

Nasib baik pergi dengan kereta sewa Qayral. Kalau naik kereta katak aku tu mahu pecah cermin sumbat beg dia je.

"Ala... Ni semua penting." Rungutnya. Riak comel ditayangkan. Nak termuntah aku.

"It's okay Rose. Biasalah, excited." Senyum. Aku memberi jelingan maut kepada Fariha. Namun, senyum nipis diberikan kepada Qayral. Aku akur.

"Dah la. Masuk. Nanti lambat pulak. Ari, panggil mak." Arahku. Aku terus masuk ke perut kereta dan duduk di bahagian sisi pemandu. Topi dibetulkan.

Perjalanan dimulakan. Tak fun lansung. Semua tidur. Aku je yang kena teman Qayral. Qayral pon diam je sebab ada mak. Kalau tak ada mak ni tahu-tahu je la mamat ni. Keluar la adengan otak kuning dia tu.

"Sayang.." Start dah. Geli-geleman aku dengar.

"Pe?" Selamba. Pandangan dibawa keluar cermin. Menikmati pemandangan lebuh raya yang penuh dengan lautan kereta.

"Sombongnya. Cuba la lembut sikit cakap tu. Sejuk la sikit hati abang ni." Pulak. Sengihannya menyimpan beribu maksud.

"Haish! Ya Tengku Qayral Daniel. Ada apa?" Selembut mungkin aku cuba bertutur. Suami kan.

"Cuba la panggil abang ke.. Hubby ke..." Poyo.

Aku semakin bosan. Melayan kerenah Qayral lebih teruk dari melayan kerenah Haris. Hish! Selamat la handsome. Kalau tak aku dah campak keluar kereta ni.

"Kau ni banyak songeh la." Rungutku. Topi diletakkan di atas muka. Tidur lagi bagus.

Qayral menggoyangkan tubuhnya. Meronta. Nakal! Haha.

"Ya hubby. Ada apa?" Aku meliang-lentokkan tubuh. Geli- geleman aku mendengar.

"Wah! Sayang suka panggil hubby dari abang ae? But why?" Banyak cikadak la. Nak tidur ni.

"Entah. Kalau abang tu orang luar pun aku boleh panggil abang. So.. Sama level je. Tapi kalau aku panggil hubby, so.. Kau special." Senyum. Malu, namun diselindungkan. Jujur okay.

Memang Qayral sudah menjadi sebahagian yang amat bermakna dalam kitab hidup aku. Yang melengkapkan struktur hatiku. Lumrah manusia. Sebatu mana pun hati dia, sejahat mana pun hati dia, dia tetap ada hak mencintai dan dicintai. Syukur Alhamdulillah, aku kecapi juga bahagia walau pada mulanya hanya derita. Kekalkan rasa ini Ya Allah.

"Ough! I see.. So... Panggil lah hubby. Tak payah la aku kau dah. Tak sweet lansung." Qayral menggumam senyum.

"Tak nak la. Aku kau tu kan sweet jugak apa?" Aku menjongket kening double jerk. Sweet kan? Macam sahabat rapat gila.

"Panggil la.... Panggil la... Panggil la..." Rungutnya.

"Ish! Panggil je la. Awat yang susah sangat? Orang nak tidoq pon susah. Kecoh hangpa laki bini ni." Rungut Fariha.

Kalau aku pun aku marah tidur aku terganggu. Qayral ni la. Mengada. Bising.

"Ni abang Qay kau ni. Demand lebih." Aku mencebik.

"Cebik mulut je tahu. Cium kang." Sengih.

Pang!

Satu tamparan yang kuat hinggap di peha dan lengan Qayral serentak. Aku pantang dengan dia ni. Eh!!!

"Tak malu ke? Hormat sikit orang tidur. Bawak la kereta tu. Bercakap lagi banyak dari memandu." Aku terus melelapkan mata. Menjemput lena.

"Sayang! Teman la hubby. Bosan ni." Stereng kereta dihentak perlahan.

"Malas! Bercakap sorang-sorang. Gatal sangat." Aku mencebik geram.

Qayral tersenyum. Akur. Memang salah Qayral. Dah tahu aku tak suka. It's mean tak suka la. Even dah start rasa sayang dekat dia, tetap aku rasa benda tu tak penting. Tak suka.. Entah! Tak boleh nak bayangkan.

**
Kami sudah tiba di Cameron Highlands. Tu je yang aku nak pergi. Saja nak try feeling-feeling kena salji. Fariha paling excited. Aku pelik betul.

"Done! Jom naik. Bilik mak dengan Ari dengan Iha dekat sebelah bilik kitaorang je. Jom Qay tunjukkan." Selamba. Langkah mereka diatur menuju ke lif. Namun, aku masih tercegat di ruang menunggu di tengah hotel.

Mataku menbulat. Aku kaku. Terkesima. Bilik kitaorang? It's mean aku dengan dia sekali? Sekatil? Wo.. Wo... Memang la semalam tidur sekatil. Tapi, aku tak selesa, aku terus tidur bawah. Malas nak gerak Qayral. Tak biasa. Aku rasa macam.. Macam.. Diperkosa.. Huhu!!

"Sayang! Kenapa tercegat dekat situ lagi. Jom naik. Hubby penat dah ni." Qayral beriak mengada. Bahunya diurut sendiri.

Aku bangun. Bagasi dicapai. Sambil mengatur langkah..

"Kita... Sekatil ke?" Ragu-ragu.

"Hmm.."

"No! Tak nak!" Perlahan sahaja suaraku. Kantoi pulak nanti.

Qayral hanya tersenyum sinis. Scary.

Yang lain dah masuk bilik. Masalahnya, yang tinggal aku dengan Qayral ni. Sebilik tu boleh. Sekatil tu la..

"Apa tercegat lagi? Jom masuk." Panggil Qayral. Lenganku ditarik perlahan..

Wajahku mengerut. Kerut seribu tanda tanya.

"Don't worry honey. Just come in. Qay tak buat apa-apa. Hubby faham. Jom." Pintu kamar dikatup.

Aku mengamati segenap kamar itu. Selesanya. Sejuk.

"Hubby nak mandi ni. Sayang tak nak mandi sekali?" Menggoda. Bajunya sudah ditanggalkan. Menampakkan tubuhnya yang sasa. Aku terus memalingkan tubuh menghadap pintu keluar.Ya Allah. Kuatkanlah imanku.

"It's okay. Kalau nak mandi sekali masuk je." Sengih.

"Tengku Qayral Daniel!" Aku menggertap bibir. Geram.

"Sorry honey." Qayral terus masuk ke kamar mandi dengan tawanya. Nakal la dia ni. Haha.

Kami sekeluarga pergi menjamu selera di restoran yang terdekat. Lapar tahap babun dah ni. Kalau oder dua pinggan pun boleh habis. Hahaha.

Selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel. Mak dan badut dah naik. Aku dan Qayral masih di bawah. Entah apa pasal mamat ni suruh tunggu.

"Jom." Lenganku ditarik.

"Nak pi manoi?" Malas.

"Tidur la. Orang penat gila ni tahu tak?" Langkah terus diatur ke lif dan terus ke kamar. Mataku membuntang.

"Apa function kau suruh tunggu?" Aku mnngerut dalam geram.

"Saja." Sengih. Qayral terus merebahkan tubuh ke atas katil. Manakala aku dengan senyapnya tidur di atas sofa. Tanpa pengetahuan Qayral.

Berani dia marah? Dia faham aku. Aku ni belum sedia. Entah la. Aku ni pelik.

*****
Untuk pengetahuan readers semua, selepas ni author akan slow update sikit. Busy sekolah you. Cuti pon macam sekolah.
.
Btw, thanks sebab support author. Ada yang add dekat reading list. I'm appreciate all of you.
.
Author akan usaha untuk bestkan cerita ni. So.. Korang tak lah bosan. Nantikan jugak next karya selepas MS. TOMBOY I LOVE YOU. Author memang banyak idea. Bila nak buat hilang. Lumrah right?
.
Btw, don't forget to comment and vote. Boleh jugak nak cadangkan idea. Tak pun nak cadangkan tema untuk next karya.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now