Kereta BMW Qayral berhenti di hadapan sebuah butik terkenal di Kuala Lumpur. Mereka mengatur langkah masuk ke dalam butik mewah itu.
Azrene kelihatan tenang sahaja. Wajahnya tidak lekang dari senyum. Mana pergi sakit hatinya?
Qayral pula gelisah. Dia tidak tenang dengan keputusan Azrene. Bukan tak sanggup, tetapi mungkin akan membuatkan mak lebih membencinya. Dia tak suka akan dilabel sebegitu.
Dia sibuk memikirkan APA yang mahu dia lakukan. Pening!
POV Azrene
"Ray, I nak cari baju untuk tunang." Selamba mama meminta kepada pengurus butik itu, Rayhan.
"Siapa yang nak tunang datin? Tengku Qayral ke? Mana pasangannya?" Dia melihat Qayral. Asal tak pandang Aku? Apa fungsi aku di situ? Mamat ni lembut semacam.
"Of course la Qayral. Ni bakal menantu I, Rose. Cantik kan?" Mama memuji Aku. Kembang seketika.
By the way, mama dan papa pun dibiasakan panggil Aku Rose. Qayral LA ni. Tapi tak kesah, untuk sementara je.
"What? Ni bakal menantu you? So beautiful. I ingat anak you Tengku Hasni." Dia menepuk bahu mama. Elah, lembut now.
Chop!
Tengku Hasni mana pulak ni? Qayral ni ada adik-beradik ke? Aku ingat anak tunggul.
"Ough! Baju tunang. Jom ikut I. I ada banyak baju tunang. Actually, Rose minat yang macam mana?" Rayhan menunjukkan sebaris gaun pengatin. Cantik siak. Harga pun cantik.
"Ma! Qay duduk sana jap." Pintas Qayral. Dia melabuhkan punggung di sofa yang terlwtak di ruang tengah butik ITU. Di sibuk membelek kertas-kertas yang terlakar gaun pengantin.
Mama mengangguk. Aku tak kesah. Aku tak ada perasaan dekat dia, Aku nak hairan buat APA kan?
"Rose nak macam mana?" Mama menyapa Aku. Aku tersedar dari lamunan. Sibuk membayangkan apabila Aku memakai gaun pengantin. Hiks!
"Err.. Rose tak kesah. Yang simple je. Tunang je kan?" Aku mengangkat kening, meminta kepastian. Tak yakin la!
"Okay! Mama ikut je. Tapi wedding kena gah sikit. By the way Ray, I nak putih. You cari yang simple tapi cantik." Pinta mama. Aku bukan arif sangat bab baju kahwin ni. Dulu pun sedara mara aku yang pilih.
"Cuba try yang ni dulu. Just hiasan bunga dekat atas. Simple." Aku menyambut huluran Rayhan.
"Lyn! Settle please!" Rayhan memanggil salah seorang pekerja perempuannya yang sibuk menyusun gaun. Kesian dia.
Aku masuk ke dalam bilik persalinan, diiringi Lynas. Malu wey!
Beberapa minit kemudian langsir terbuka. Kelihatan Qayral duduk di atas kerusi pelamin. Mama pula di sofa ruang tengah, sibuk membincangkan tentang pelamin.
"Nice! Rose okay?" Mama menyoalku dengan senyuman. Aku pun rasa aku cantik masa tu. Siap pakai vel lagi. Macam dah kahwin.
"Nope! Next!" Selamba tekak Qayral.
Aku mencebik kepada Qayral saat Rayhan menghulurkan gaun seterusnya. Kali ini lebih simple. Kau pahal kucing?
Beberapa minit kemudian aku keluar dengan gaun kedua. Yang ini bagi aku lebih menarik. Walaupun hanya hiasan di lengan, tetap cantik.
"Nope! Deal yang first tadi." Selamba.
Kucing ni, makan kaki aku kang. Selamat ada orang lain je. Apa kau nak main ni? Ajak aku tanpa kebenaran.
"Okay! I rasa, datin pun dah settle. Baju settle. Esok lusa boleh ambil lah, I nak repair sikit. And, bila majlis?" Rayhan memandang wajah mama. Aku kaku saat mendengar kalimah majlis. Aku takut.
"Two weeks from now. Tapi, majlis ni dekat Kedah tau? So, I akan booking hotel untuk you la. Nanti you inform I detail." Mama mengambil beg tangannya. Aku Sudah siap menukar baju saat mama sedang berborak. Bukan susah pon.
"What? Two weeks left baru nak cari baju?" Rayhan menayangkan riak terkejut. Tak padan dengan lembut.
"You kenal kan Qay? So, I tak nak lambat- lambat." Pinta mama.
Setelah selesai semua, kami keluar dari butik ITU.
*****
POV AzreneHah! Tubuh aku begitu lenguh. Penat seharian berjalan mencari barang keperluan. Alhamdulillah dah siap. Kecil-kecilan sahaja. Tak perlu gah. Nanti nama Aku kena setepek.
Esok aku dah start cuti, nak balik kampung pula. Nak bagi tahu mak, sedara-mara. Banyak hal. Namun, masih tidak timbul keterujaan dalam diriku. Entah!
POV Qayral
Aku merebahkan diri ke atas sofa di ruang tamu. Penat!
Tugas aku cuma, mengiyakan, menidakkan apa yang dipilih. Aku tak teruja. Sebesar zarah pun tiada teruja. Resah makin membuak. Macam mana nak buat.
"Nasib kau la Qayral. Tu la, sayang sangat dengan penthouse, Rose jadi mangsa." Aku memerli diri sendiri.
*****
Adakah mak akan terima? Atau, terpaksa membatalkan segalanya? Siapa sangka, perkara yang baik juga ada buruknya.
.
Nantikan bab seterusnya dalam MS. TOMBOY, I LOVE YOU. Enjoy it.
.
Vote!🌹🔥
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
General FictionDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...