"Rose.."
Jantungku sudah berdebar. Berdegup kencang. Aku menelan liur pahit. Rasa nak lari pun ada. Tapi tak mampu bergerak. Seperti lututku dan lutut Qayral sudah menjadi magnet. Aku menundukkan wajah. Namun, diangkat kembali oleh Qayral.
"Pandang la sini." Lembut sahaja nadanya.
"Rose sayang hubby kan?" Soalnya sedikit sayu. Pipiku sudah merona kemerahan. Mahu sahaja tunduk kembali, namun tangan Qayral masih kekal di situ.
"Rose tak rindu hubby ke?" Sekali lagi.
"Jawab la." Sayu. Ni buat aku lemah ni.
"Saya tak pernah lupakan awak. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari saya ingat awak. Saya nak tahu pasal awak. Saya nak berdepan dengan awak. Kalau boleh, masa kita jumpa dekat aiport haritu, saya nak peluk awak. Peluk puas-puas. Saya nak cium kaki awak. Saya nak melutut maaf dekat awak. Tapi, saya tak mampu. Saya cuma rasa marah masa tu." Ujarku dengan suara yang serak.
"Tipu! Tipu kalau saya kata saya tak rindu. Tipu kalau saya kata saya tak sayang awak. Kalau boleh saya tak nak berpisah dengan awak. Saya nak sentiasa di sisi awak. Tapi, awak buat saya kecewa. Awak buat saya rasa tak dihargai. Awak buat saya rasa macam saya ni sampah." Qayral mengusap air mataku yang sudah mengalir deras.
"Tapi, bila saya tahu perkara sebenar, saya rasa menyesal. Menyesal sangat. Saya rasa malu nak berdepan dengan awak. Saya bersalah. Saya tak pernah nak dengar penjelasan awak. Saya selalu sakitkan hati awak. Apa awak cakap saya buat main- main. saya cabar awak. Saya ungkit pasal cerai. Saya salah." Esakanku semakin deras.
"Sa... Sa.."
"Shh.. dah!" Qayral terus memelukku. Aku melepaskan tangisan di dada bidangnya.
Lancar sahaja percakapanku. Aku sedar. Luahan itu dari hati aku sendiri.
Qayral mengesat air mataku. Pipimu diusap perlahan. Dahiku dan dahinya ditemukan.
"Maafkan saya.." ujarku dengan baki esakan.
"Hubby dah lama maafkan sayang walaupun tu bukan salah sayang. Maafkan hubby juga."
"I love you, Mrs. Tomboy." Ujarnya dengan senyuman. Terus sahaja aku membalas senyuman itu.
"I love you to my chubby bunny."
So.. siapa kata kahwin tanpa cinta tak boleh bahagia? Siapa kata hubungan yang dah hancur pun boleh baik semula? Semua takdir di tangan Allah. Andai bahagia itu milik kita, ia tetap milik kita. Lambat atau cepat. Banyak atau sikit. Sementara atau selamanya sahaja yang membezakan.
Hargai sebuah cinta itu. Tak kesah, jika menyayangi sahabat sejantina kita. Andai dengan hubungan itu kita bahagia, andai hubungan itu diredhai Allah, ia akan kekal.
*****
Finally!!! Habis juga cerita cliche dan membosankan ni. Maaf kalau rasa cerita ni tergantung. Actually, author terlalu excited. Btw, thanks to readers yang support. Stay tuned for next novel!!
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Tiểu Thuyết ChungDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...