Pov Azrene
Kring! Kring!
Telefonku berlagu merdu. Aku masih mengantuk. Pagi-pagi buta kacau aku tidur, pantang nenek moyang betul.
Aku mengagahkan diri untuk membuka mata. Telefon pintar di atas meja di sisi katil aku capai. Aku hanya meraba, cuba menggapai.
"Hello! Call aku pagi-pagi buta ni buat apa? Ayam jiran aku pun tak bunyi lagi, hang kecoh sangat awat?" Aku menengking dalam nada lemah. Aku tak tahu siapa yang telefon. Malas nak tengok.
Aku memang jarang bangun lewat, tapi aku penat gila nak mati kot. Memang terlajak zoom la.
"Pagi buta apa? Ayam apa? Sekarang dah pukul 12: 23 pagi. Aku dah lama tunggu dekat luar rumah kau ni. Semalam aku dah mesej jumpa pukul sembilan dekat depan rumah kau. Kau tidur lagi ke?" Tegas Qayral bernada di hujung talian.
Aku masih menggeliat. Rambut aku semua dah sesat jalan. Pergi reti balik aku kena bawa, Susah. Selamat pendek.
Aku terus mematikan panggilan. Malas nak dengar Qayral membebel. Mak aku pun tak macam ni.
Chop!
Pukul 12? My appoiment dengan kucing tak cukup kasih sayang! Argh! Macam mana boleh terlajak ni.
Aku terus bergegas lari masuk ke dalam kamar mandi. Tuala dah ada dalam kamar mandi, so tak payah risau. Aku dah teroka satu rumah.
Beberapa minit kemudian aku keluar dengan keadaan berkemban. Tak sempat nak ambil baju dalam beg.
Aku hanya mencapai baju t-shirt lengan pendek bewarna hitam, kemeja biru petak dan jeans putih. Aku tak bersolek sebab rimas. Aku dah kacak kot.
"Sorry Qay. Aku terlajak bubum. Lembut sangat tilam tu." Aku menyarung sneakers Nike aku.
"It's okay. By the way, kau yakin kau tak lupa apa-apa?" Qayral mengangkat kening perlahan.
"Lupa apa pulak?" Aku membentak. Banyak songeh mamat ni.
"Tu. Crown kau." Dia memasukkan tangan ke dalam poker seluar sambil memuncungkan bibir ke arah kepalaku.
Tanpa bersuara aku terus lari lintang pukang masuk ke dalam kamar. Aku mencapai topi putih di dalam bagasi. Sumpah! Aku tengok bilik aku pun sakit mata. Sepah gila siak.
"Thank you ingatkan. By the way, kita nak pi mana sebenaqnya?" Aku mengunci pintu sebelum membetulkan topi.
Qayral terus menarik lengan aku terus masuk ke dalam lif. Sakit siak.
"Hang memang tak dak mulut ka nak jawab soalan aku? Bisu ka? Kucing kawan aku pun tak lagu ni." Aku menggosok pergelangan tangan aku yang sakit. Qayral masih berlagak selamba.
Ya, aku memang takut kucing. Sebab tu aku mention kucing kawan aku. Aku bukan takut sangat pun, aku cuma alah bulu dia je. Kot?
"Ikut je." Senafas ayat Qayral. Aku ni isteri dia ke yang kena bawa ke Hulu ke hilir. Yang kena ikut cakap dia. Aku terpaksa redha
*****
Qayral dan Azrene tiba di sebuah mall yang terkemuka di Kuala Lumpur. Azrene bagai lembu dicucuk hidung, ikut sahaja kemana Qayral mengheretnya.POV Azrene
Kita buat apa dekat sini?" AKu menggaru kepala.
"Nak beli baju kau." Selamba. Apa baju aku ada masalah ke?
"Buat apa beli baju aku? Baju aku dah belambak. Dekat kampung pun bertimbun lagi." Aku berjalan laju mengejar langkah Qayral. Kaki apa entah besar sangat.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Fiksi UmumDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...