BAB 6

5.7K 190 1
                                    

Azrene tiba di kafe lebih awal daripada Qayral pagi itu. Dia tiada mood sedikit pagi ini. Selesai mengelap meja, Azrenw melabuhkan punggung di meja yang terletak di hujung sudut kiri kafe. Dia menongkat dagu, termenung. Tawaran Qayral berlegar-legar di fikirannya. Wajah Qayral nampak begitu terdesak semalam. Macam kasihan pun ada.

POV Qayral.

Aku tiba di Vintage Cafe lewat sedikit. Aku tidak cukup tidur semalam, sibuk memikirkan untuk memujuk Azrene. Padahal tempohnya masih lama, namun, Azrene susah ditawan. Mama sudah pun memperingatiku semalam. Aku semakin gelisah.

Flashback on call

Mama. : Qay dah jumpa?

Qayral : Belum.

Mama. : Haish! It's okay. We
will give you two
weeks. Hargai
masa ni.

End flashback

Aku keluar dari bilik persalinan. Aku membetulkan baju sebelum mataku menangkap susuk tubuh Azrene yang masih duduk di meja itu. Dia masih termenung. Menungkan apa pun aku tak tahu.

Aku memberanikan diri duduk di hadapannya. Kehadiranku masih tidak disedari. Aku merenung segenap wajah bersihnya.

Pov Azrene

Aku sedar akan kehadiran Qayral. Namun, aku mengendahkan. Berpura- pura tidak sedar. Malas mahu berbicara. Pasti soal yang sama. Jenis tak faham bahasa memang macam ni.

Endahan aku hanya sekitika. Terhenti saat Qayral merenung wajahku. Tenung macam nak terkam aku. Lapar sangat ke?

"Hangpa pandang kami lagu tu awat? Ye pun maqah, tok sah la nak protes sangat." Aku menjeling sebelum menoleh Dan menongkat rahang kananku. Menyampah!

"Ough! Sorry. Saya tak marah pun. Saya tahu, kalau gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan?" Dia berkias. Jelas riak selambanya.

"Hang ni kan, memang tak faham bahasa ka? Kami habaq tak mau, tak mau la. Awat ketegaq sangat?" Aku mendengus kasar. Jenis macam ni memang susah bawa bincang.

"Ketegaq? Apa tu?" Qayral mengerut dahi. Lehernya dipendekkan.

"Herh! Malas kami layan hangpa. Pi borak dengan Aryan lagi seqonok." Aku menjeling sebelum bangun menuju ke dapur.

Memandangkan, pagi itu masih tiada pelanggan walaupun Sudah jam sembilan empat puluh lima, aku mengambil kesempatan untuk membawang. Duduk dengan Aryan ada faedah juga, berbanding duduk dengan Qayral yang entah apa motif kerja sini. Kacau daun betul.

*****
POV Azrene

Jam Sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Tiba masa untuk waktu rehat. Aku mengatur langkah ke meja di sudut belakang. Aku tiada selera. Aku pun tak tahu mengapa selera aku hilang. Sebab Qayral? Kenapa pula?

Langkahku terhenti saat lengan kiriku ditarik dari belakang. Terasa tangan yang kasar mengenggam. Tidak begitu erat sebelum aku cuba melepaskan diri. Aku menoleh dalam keadaan marah. Wajahku memerah.

"Hang ni tak cukup ka dah paksa aku jadi marka hang, la ni mai pegang tangan aku pulak? Jantan jenis apa hang ni?" Amarah aku membuak. Aku merentap tanganku dari genggamannya. Sakit LA juga. Tapi terpaksa tahan. Huhuhu.

"Sorry. Saya nak bincang something dengan awak ni. Duduk dulu." Dia melabuhkan punggung. Aku turut melakukan hal yang sama tapi tidak until bertentang mata dengannya.

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now