"Aku terima nikahnya Azrene Rose binti Harman dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit, tunai!"
"Sah?"
"Sah!" Serentak.
"Alhamdulillah." Semua menadah tangan membacakan doa.
Akhirnya, lafaz akad nikah sudah teralun. Aku kaku. Aku tak mampu berbicara. Aku redha walau ini bukan yang aku mahu.
"Pengantin lelaki dijemput sarungkan cincin." Pinta salah seorang wartawan. Dia pula yang kecoh.
Ya wartawan. Qayral ni kan terkenal. Kecoh la cerita dia. Aku glamour.
Qayral mengatur langkah ke arahku dalam keadaan melutut. Cincin yang dihulurkan mak dicapai. Tangan kirinya ditadah menunggu huluran tanganku.
"Rose! Tangan!" Jannah menghentikan lamunanku. Hah!
Aku menghulur tangan teragak- agak. Nak bagi ke tak nak? Haih! Kang.. Jadi heboh pulak. Aku pun menghulurkan dengan rela. Sekejap je. Dah sarung aku terus tarik. Mengada nak pegang lama- lama.
"Qay! Cium la dahi dia. Rose! Salam la dia." Pekik Jannah bernada perlahan. Kang ada makan tangan kang. Kecoh la. Ni bukan tutorial kahwin. Aku tahu. Banyak kali aku tengok.
Aku menghulur tangan untuk bersalam. Disambut mesra Qayral.
"Qay! Cium la dahi dia!" Arah Fateh. Dia sibuk mengambil gambar. Dah macam wartawan pulak.
Chop!
Cium? Aku ni bukan isteri hidup mati dia. Sementara je. No way!
Qayral sudah bersedia untuk mencium dahiku.
"Kejap!" Aku menjerit. Semua mata tertumpu padaku. Termasuk Qayral yang mengundur kembali.
"Awat ni?" Mak menepuk bahuku.
"Boleh tak kalau tak buat macam ni?" Aku berbisik kepada mak.
"La... Dia malu! Dah halal dah." Mak berbicara deras. Habis berdengung satu masjid dengan ketawa. Tak kelakar! Aku tak nak.
"I love you!" Ucap Qayral sebelum aku merasakan satu kucupan hangat hinggap di ubunku. Sungguh lembut. Tapi tak cukup untuk cairkan hati aku. Aku tak rela dia cium aku. Tak!
"Woo!" Anak remaja sekalian bersorak. Awok oi! Aku ni tersiksa jiwa raga tau.
*****
Sudah tiba hari perkahwinan aku bersama Qayral. Fuh! Tiga bulan macam tiga hari. Cepat betul masa berlalu. Aku nak membatalkan pun tak ada idea.
Jannah masuk ke kamarku dengan senyum lebarnya. Seseorang diiringinya. Bilik aku ni dah macam tempat berhimpun sanak saudara. Mana tidaknya, penuh dengan badut senior. Aku dah la bergaun macam ni. Panas tau dok?
Tapi.. Gaun ni cantik gila. Kembang gitu ho! Aku bersetuju mengambil tema peach! Antara favourite colour aku.
"Rose! Mak andam kau dah smmpai. Betul kan yang ni? Aku pergi kutip je tadi. Betul la kot." Jannah menggaru sambil melabuhkan punggung ke atas katilku. Katil aku dah hias cantik kauorang sedap melantak. Hodoh dah.
"Weh Rene! Cantiknya kau. Untung Tengku dapat kau." Wardah membuka beg soleknya selepas memelukku. Beg tu dah macam beg bayi. Penuh berus. Apa fungsi entah.
Akceli Wardah ni memang pandai makeupkan orang. So.. Aku upah dia je. Dapat diskaun. Kalau suruh Rayhan, fuh! Parok!
"Aku memang cantik. Kau baru tahu ke? Cepat la mekeup. Aku nak simple je. Rimas! Lepastu pakaikan aku shawl tu. Karang aku belit sendiri, tak kahwin wo! Matey!" Aku menggeleng.
YOU ARE READING
MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️
Fiction généraleDengan satu lafaz putus mengubah kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah. Mahligai yang diimpikan runtuh hanya kerana dusta. . Setiap dugaan yang menghampirinya, cuba ditempuh dengan tabah. Pelbagai hinaan dia terima. . Hadirnya seorang demi seo...