BAB 30 -MENYESAL-

4.3K 149 0
                                    

"Congratulation!" Bahu Hasni ditepuk.

Sudah tiga hari Aqif Haikal dilahirkan di dunia ini, baru Hari ini aku dapat melawat. So cute. Aqif terpaksa dilahirkan lebih awal akibat Hasni jatuh ketika di kamar Mandi. Perancangan ALLAH lebih baik. Aqif dilahirkan dalam keadaan normal.

"Thanks. Qay Mana?" Matanya melilau mencari kelibat Qayral.

Sudah hampir sepuluh minit aku di was bersalin namun Qayral masih belum kunjung tiba. Apa la yang dia buat lama-lama dekat bawah.

"Sorry lambat. Parking penuh tadi. Abang Hazif Mana?" Terjah Qayral dari arah belakang. Tubuhku dihempas perlahan ke Dada sasanya.

"Depan kak Hasni ni kan?" Perlahan aku memberi amaran. Bibirku digetap, menahan geram.

"Nak malu apa? Kita kan husband and wife. Kan kak Hasni?" Senyum.

"Betul! Tapi Qay, jangan la buli Rose macam tu. Kesian akak tengok dia. Dah merah muka tu." Meledak ketawanya bersama Qayral.

Aku masih tidak Selesa dengan perlakuan Qayral. Entah mengapa aku rasa sebegitu sedangkan sudah enam bulan aku bergelar isteri Qayral yang sah. Mungkin pemikiranku terhadap kisah lalu masih belum berubah.

"Amboi! Sakan ketawa. Apa yang seronok sangat?"

Semua mata tertumpu pada arah Hazif yang baru memasuki wad peribadi itu.

"Qay ni usik Rose. Merah muka dia. Nakal sangat adik ipar abang ni." Ketawanya kembali meletus. Wajahku semakin merona kemerahan apabila making disakat. Apatah lagi oleh Hasni.

"Eh! Nama Kita pulak. Dia ikut perangai awak la. Suka menyakat saya."

Dengan serta merta Hasni mencebik. Geram dengan Hazif mungkin.

"Eh dah! Kami datang sini nak tengok little Aqif, bukan nak tengok kauorang buat adengan drama." Perli Qayral.

"Ough sorry. Jom!" Jemput Hazif. Kerusi today dari belakang katil ditarik keluar.

*****
Datin Maria mencicip kopi panasnya. Suasana taman mini yang indah membuatkan dia tenang bersama suami tercinta.

"Bang.."

"Hmm.."

"Hasni dah dapat anak. Qay Bila lagi ya? Dah enam bulan kahwin say tengok macam tak Ada apa-apa pun. Diaorang pun saya tengok mesra je. Pelik kan?" Majalah mingguannya dibelek satu per satu.

"Apa yang peliknya? Tak Ada rezeki lagi, nak buat macam mana." Dato Ramli sibuk dengan ipadnya. Masih sibuk dengan kerjanya.

"Abang pun sama. Ayat tu je yang keluar. Tak Ada rezeki, tak ada rezeki, tak ada rezeki. The same thing that Qay told me. Saya rasa, saya nak bawa Rose tu pergi check up la. Kot Ada masalah." Wajah Dato Ramli ditenung seketika.

Setiap kali bertemu dengan Qayral Dan Rose, gopik utama mereka adalah soal cucu. Datin Maria tidak sudah mendesak Azrene untuk membuat pemsriksaan. Risau benar dia melihat rahim Azrene masih belum berisi. Masih tidak cukup dengan seorang cucu.

"Apa awak ni? Jangan didesak dia macam tu. Kelak nanti awak yang menyesal. Biarlah mereka usaha sendiri. Kalau Ada, Ada la tu. Dah, jangan difikir sangat. Awak tu ada darah tinggi. Nanti pengsan pulak." Cermin matanya dibetulkan.

Datin Maria hanya mendiamkan diri. Sepi menemani mereka seketika.

*****
"Argh! Finally, dapat jugak rehat!" Laungku sekuat hati selepas melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu.

Penat yang menimpa tak terperi. Lega rasanya dapat merehatkan tubuh seketika.

"Sayang.."

"Hmm.."

MS.TOMBOY, I LOVE YOU (Complete)✔️Where stories live. Discover now